, , , ,

Risiko berurusan dengan ejen Indonesia


Risiko ditipu ejen pembantu rumah Indonesia

Setiap hari ada saja yang menghubungi saya berkenaan pembantu rumah. Walaupun bukan saya yang membawa masuk pembantu rumah tetapi saya kenal beberapa orang ejen pembantu rumah tempatan yang menguruskan pembantu rumah Indonesia. Mereka juga menyediakan perkhidmatan bagi urusan permohonan permit kerja dan urusan penghantaran balik ke Indonesia.

Seringkali saya dapati ramai yang menghubungi saya pernah ditipu ejen pembantu rumah dan kebanyakannya berpunca daripada ejen Indonesia. Dahulu saya pernah ditipu ejen Indonesia tetapi sekarang saya sedar kebanyakan mereka tidak bertanggung-jawab. Maksud saya disini, mereka bagus bila urusan berjalan lancar dan selagi bisnes menguntungkan mereka.

Hakikatnya berniaga tidak selalu untung. Adakalanya masalah timbul dan terpaksa mengalami kerugian. Disinilah anda semua boleh menilai sekiranya ejen tersebut benar-benar jujur dan amanah. Duit deposit dah diambil beribu-ribu ringgit tetapi pembantu rumah yang dijanjikan tak tiba-tiba. Hari menjadi minggu, akhirnya menjadi bulan dan akhirnya majikan sedar yang dia sudah ditipu.

Fikirlah betul-betul sebelum berurusan dengan ejen Indonesia. Apa jaminan dia? Mungkin dia pernah bekalkan pembantu rumah kepada rakan atau saudara kita tetapi itu tidak menjamin urusan akan datang. Walaupun anda ada menyimpan resit transaksi atau surat perjanjian dengan ejen tersebut tapi bila berlaku penipuan sebegini anda tetap buntu.

Biasanya ejen Indonesia akan meminta wang pendahuluan. Jumlahnya tidak tentu dari minima RM1000 sehinggalah RM5000. Mungkin kos yang ditawarkan lebih murah dibandingkan dengan harga yang ditawarkan ejen tempatan tetapi berbaloikah untuk menanggung risiko ditipu? Sekurang-kurangnya anda tahu mana nak cari ejen tempatan sekiranya timbul masalah.

Nasihat saya, kalau anda memerlukan pembantu rumah. Carilah agensi pembantu rumah berlesen dan jika ingin berjimat boleh hubungi saya untuk saya kenalkan kepada ejen-ejen tempatan yang jujur dan dipercayai. Kadang-kadang masalah boleh timbul dan kita tak boleh lari dari masalah. Ejen saya tak akan lari dan akan selesaikannya. Tetapi ejen Indonesia boleh lari menghilangkan diri bersama duit anda!



Share:
Read More
, , , , , , , , , , ,

Jet Lag dan post-vacation stress!


Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami ke negara Hungary dan Austria baru-baru ini tiada sebarang masalah. Semuanya berjalan lancar bermula dari KLIA, semasa di sana sampailah pulang semula ke tanahair tercinta. Cuma ada satu masalah iaitu jet lag. Trip kali ini saya alami jet lag yang paling teruk berbanding trip-trip ke Eropah sebelum ini.

jet lag dan post vacation stress bila balik bercuti di Eropah bersama Awesomazing Team dan Team Hebat Berniaga Online

Bayangkan perbezaan zon masa di negara Hungary dan Austria dengan Malaysia adalah 7 jam. Ini bermakna waktu tidur ketika berada di sana sebenarnya sudah menjelang subuh di Malaysia. Tidur pada jam 10 malam disana dah terjaga pukul 3 pagi. Lepas tu nak tidur balik dah tak boleh. Rupa-rupanya jam biologi badan saya masih mengikut waktu 10 pagi di Malaysia.

Biasanya jet lag ni ambil masa beberapa hari untuk badan mengatur balik jam biologi atau ritma sirkadian yang telah ditetapkan mengikut perubahan suhu badan, paras hormon tertentu dan faktor biologi lain. Biasanya ia lebih teruk apabila sesorang mengembara merentasi dua atau lebih zon masa dan kehilangan masa iaitu dari arah barat ke timur.

Balik ke Malaysia lebih teruk, rasa pening kepala macam tak cukup tidur berlarutan sehingga 3-4 hari. Agaknya baru je jam biologi nak sesuaikan masa di Eropah dah balik sini semula. Memang lintang-pukanglah jawabnya. Bukan itu saja masalahnya, ada lagi masalah lebih serius yang saya alami iaitu stres selepas percutian atau lebih sedap didengar 'post-vacation blues'.

Rasa malas nak pergi kerja, tak ada mood nak pergi gym, hilang selera makan dan rasa tertekan adalah simptom-simptom yang saya alami untuk beberapa hari sejak saya balik. Biasalah bila hati tengah gembira ketika bercuti di sana bila balik terus masuk kerja dan kembali kepada rutin kehidupan asal mestilah terasa boringnya.

Tapi Alhamdulillah sekarang dah rasa normal. Kasihan isteri saya Adibah yang sekarang ni sedang demam panas. Sudahlah kena jet lag, post-vacation blues memang terang lagi bersuluh sekarang demam panas pula. Moga cepat sembuh ye sayang, lepas ni kita pergi Bangkok pula ye.

Sementara tu jom layan gambar Instagram kami semasa berada di Hungary dan Austria. Cari hastag Awesomazing Team ya!
Share:
Read More
, , , , , , ,

Selamat Tahun Baru 2015


Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua pembaca

Selamat menyambut Tahun Baru 2015 kepada semua! 


Saya doakan semoga tahun ini tiada lagi ujian berat yang diturunkan Allah kepada negara kita seperti tragedi-tragedi sepanjang tahun 2014. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa beragama Islam dalam nahas pesawat MAS dan Air Asia serta mangsa maut banjir besar yang sedang melanda negara kita sekarang. 

Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Tabahkanlah hatimu dalam menempuh segala keperitan ini kerana Allah pasti memberi ganjaran pahala yang sangat besar kepada orang-orang yang bersabar. Sementara itu marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan agar dapat meringankan kepayahan mangsa-mangsa banjir.

Doakan juga keselamatan kami yang akan bertolak ke Austria dan Hungary pada 12 Januari ini. Moga-moga perjalanan kami lancar dan selamat pulang ke pangkuan keluarga pada 18 Januari. 
Insya-Allah.



Share:
Read More