Memaparkan catatan dengan label Premium Beautiful. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Premium Beautiful. Papar semua catatan
, , , , , , , , , ,

Testimoni Short Bra Premium Beautiful



Pelik ke kalau saya nak cerita testimoni pakai short bra? atau dalam bahasa Melayu coli pendek. Eh, lawak je bunyi sebut short bra, lagi elok rasanya. Saya nak cerita, Short Bra Premium Beautiful ni actually salah satu produk hebat daripada Syarikat Hai-O Marketing. Kalau korset Premium Beautiful mungkin lebih dikenali tapi short bra ni adalah versi lebih baharu dengan potongan yang lebih pendek.

Short Bra Premium Beautiful meningkatkan susu badan

Balik pasal testimoni, wife saya Adibah Karimah memang pemakai korset premium beautiful dan short bra ni sejak hampir empat tahun lepas. Selepas melahirkan anak saya yang bongsu, dia tak lagi pakai bra lain selain premium beautiful. Sekarang sudah tujuh bulan selepas bersalin, dan masih menyusu badan walaupun campur dengan susu formula. Boleh dikatakan susu badan agak banyak walaupun anak dah masuk tujuh bulan dan belum ada tanda akan berkurangan.

Inilah salah satu kesan kebaikan memakai bra premium beautiful. Selain dapat menyihatkan badan, ia membantu meningkatkan pengeluaran susu badan. Syukur Alhamdulillah, anak pun makin membesar dan sihat. Cubalah, klik link ini untuk maklumat lanjut. Harga seunit Short Bra Premium Beautiful ini RM 450.00 sahaja dengan jaminan seumur hidup.

Share:
Read More
, , , , , ,

Majlis Ulangtahun Hai-O Marketing ke 20

21 November 2012

Syarikat Hai-O Marketing akan menyambut ulangtahun ke 20 pada 24 November 2012. Majlis gilang-gemilang ini akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam. Paling best adalah wife aku, CDM Adibah Karimah akan naik pentas. Alhamdulillah, hasil usahabersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa dia berjaya mencapai pangkat kelima iaitu pangkat tertinggi Crown Diamond Manager (CDM) dalam tempoh setahun berbisnes korset Premium Beautiful.

Bestnya berganda bila kau pun naik sama atas pentas nanti sebagai peneman wife aku.. hehe. Insya-Allah giliran aku tahun depan akan mengikut jejak langkah CDM Adibah Karimah akan merangkul tiga anugerah sekaligus iaitu anugerah DSM, DDM dan Tabung Kereta. Apatah lagi kalau Tun Mahathir yang akan sampaikan anugerah tu! Wow!

Mesti tak sah kalau anugerah yang besar dan berprestij begini kalau takde artis jemputan. Kali ni artis tanahair terkenal Shila Amzah dan Dayang Nurfaizah akan menghiburkan para usahawan semua. Itu belum termasuk persembahan lain-lain. Memang berbaloi lah kalau datang. Tapi ada sorang lagi artis jemputan yang paling glamour... jeng jeng jeng... CDM Hanis Haizi dengan dress daripada Dato' Razuan Radzwil berharga lebih RM20k!

Apa lagi yang best? Ada cabutan bertuah lagi. Banyak hadiah yang menanti, hampir seratus hadiah. Paling best adalah hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton Preve! Mak ooii.. rugi la tak datang, sebab chances nak dapat tu tinggi. Katakan semua yang hadir hari tu 5000 orang, jadi 1/5000. Okeylah tu, compare kalau korang masuk peraduan Milo ke, Nescafe ke atau apa sajalah. Chances nak menang sangat ciput sebab satu Malaysia masuk... berapa juta tu??

Majlis Ulangtahun Hai-O Marketing ke 20 drp Hasbi Harun, ejen Premium Beautiful

Share:
Read More
, ,

My new 2012 BMW F30 320i

11 November 2012


Dah hampir sebulan aku pakai kereta baru BMW F30 model 320i 2012. Inilah hasil titik peluh wife aku Adibah Karimah dalam bisnes jual korset Premium Beautiful selama setahun. Adibah dapat anugerah Tabung Kereta (Car Fund) untuk membeli kereta idaman sendiri. Berkereta mewah bukanlah wajib ada kalau nak berbisnes tapi kalau dah kompeni yang bayarkan apa salahnya kan.

Nak bercerita masa aku sekeluarga balik kampung nak beraya haji baru-baru ni. Ketika melalui LPT dalam lebih kurang pukul 10 malam. Keadaan gelap gelita walaupun cuaca baik. Adalah sebiji kereta ni follow rapat belakang aku. Baru drive 140kmj masa tu, aku bagi chance dia potong dia tak potong. Aku speed up 160 kmj dia follow lagi sampailah 180 kmj dia follow rapat. Aku agak dia ni sengaja nak test kereta aku ni.. okey, mari test...

Aku suruh Adibah tengok kereta apa kat belakang tu tapi gelap. Aku risau gak takutlah kereta tu dah pasang turbo ke, kereta lagi power ke.. malulah aku kalau kalah nanti. Saatnya tiba bila ada kereta kat depan bawak slow dalam 130 kmj kat lorong kanan. Aku dah ready dan kereta 'hantu' tu memang rapat kat belakang aku. Bila je kereta depan tu beri laluan aku pun tekan rapat pedal minyak. Apalagi, aku pecut tak tengok belakang dah. Sedar je meter dah lebih 200 kmj lepas beberapa saat, aku tengok belakang kereta tadi dah sayup-sayup kat belakang.... haha! ambik ko, jangan try aku...hehe

Aku slow balik, tunggu kereta 'hantu' tu datang. Dia datang rapat kat belakang pastu terus potong aku sebelah kiri. Baru tahu tu kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT aje. Okeylah, maybe dia saja nak test power kereta aku ni. Maklumlah baru di pasaran kan. Anyway, lepas tu aku bawa kereta slow je. Takut juga jalan LPT tu malam-malam gitu. Kut ada lubang ke, jalan tutup sebelah ke atau ada lembu terlepas atas highway ke... bahaya tu. Apatah lagi ada keluarga tersayang kat dalam kereta tu. Jangan menyesal di kemudian hari okey!

New BMW F30 320i owned by Adibah Karimah premium beautiful corset and biozone food purifier top agent
my sheer driving pleasure...

New BMW F30 320i owned by Adibah Karimah premium beautiful and biozone food purifier top agent
top speed 235 kmj

New BMW F30 320i owned by Adibah Karimah premium beautiful corset and biozone food purifier agent
iDrive

New BMW F30 320i owned by Adibah Karimah premium beautiful corset and biozone food purifier top GLG agent
proper handbrake

New BMW F30 320i owned by Hasbi Harun premium beautiful corset and biozone food purifier top agent

New BMW F30 owned by Adibah Karimah premium beautiful corset and biozone food purifier top agent


New BMW F30 320i owned by cdm adibah premium beautiful corset and biozone food purifier top agent

New BMW F30 320i owned by Adibah Karimah premium beautiful corset and biozone food purifier top green leader agent

New BMW F30 320i owned by Adibah Karimah premium beautiful corset and biozone food purifier sales agent
17 inches sport rims

CDM Adibah with new bmw f30 hasil bisnes premium beautiful dan biozone food purifier
  
Share:
Read More
, , ,

Smart Reader Annual Concert 2012



Setelah hampir setahun Aqil Haarith belajar di Smart Reader Kids Wangsa Maju, nampak perubahan dari segi perwatakan dan pengetahuan. Kalau dulu dia ni nampak macam slow dan cakap pelat tapi sekarang alhamdulillah dah boleh membaca sikit-sikit dan petah bercakap. Dua hari lepas Smart Reader Kids adakan Annual Concert and Graduation Day di bangunan MMA pada 4 November 2012. 

Sebagai parents aku dan Adibah Karimah mesti kena hadir ke majlis tu. Pagi lagi dah bangun, sebab kena daftar pukul 8.30 pagi. Tak sabar nak tengok anak aku beraksi atas pentas, ntah apalah show dia nak buat nanti. Semua meeting dengan klien yang nak tahu pasal bisnes premium beautiful atau demo biozone food purifier kena tangguh ke sebelah petang. 

Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by premium beautiful top agent
 nak naik pentas kena mekap dulu...
 Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O biozone food purifier top agent

 Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O garam buluh top agent
 
USA show in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by premium beautiful top agent

USA dance in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by premium beautiful top agent

Saudi Arabia in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by premium beautiful top agent

Arabic dance in the Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by premium beautiful top agent

Spain in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by biozone food purifier top agent

Spain dance in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by biozone food purifier top agent

UK in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by biozone food purifier top agent

UK dancers in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by garam buluh top agent

Hawaii in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O biozone food purifier agent

Hawaii dancers in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O biozone food purifier agent

China dance in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O biozone food purifier agent

China dancing on Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O biozone food purifier agent

Malaysia in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by biozone food purifier top agent

Malaysia dancers in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by biozone food purifier top agent

Negaraku in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O biozone food purifier agent

Akhirnya saat yang dinanti-nantikan sudah tiba. Tak sangka yang anak aku ni kena menari dangdut! haha!
Indonesia in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O garam buluh top agent

Indonesian dancers Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O garam buluh top agent

Dangdut dance in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O garam buluh top agent

Dangdut dancing in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O garam buluh top agent

Tari dangdut in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O garam buluh top agent

Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O biozone food purifier agent

Dangdut style in Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O biozone food purifier agent

Gelek dangdut on Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O biozone food purifier agent
masa ni diorang tengah gelek skru... lawak bangak dong! berciciciran air mata aku tergelak. Nak ambil video pun tak boleh nak pegang steady kamera tu..hhoho!
Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by biozone food purifier agent
gelek-gelek lagi... adik Khairi pun tercengang tengok abang dia buat gitu.. ;)
Smart Reader Kids Annual Concert and Convocation 2012 by Hai O marketing biozone food purifier agent

Habis je Indonesia, aku pun keluar. Jam pun dah hampir pukul 12 tengahari. Jemput Haarith kat belakang, ambil souvenir terus blah dari situ. Dalam kereta kitorang asyik perli dia tak henti.. hehhe
Selesai makan tengahari kat restoran, hantar anak-anak balik rumah sebab tengahari aku dan Adibah ada appointment dengan klien nak beli korset premium beautiful.



Share:
Read More
, , , , , , , ,

Cuti tanpa gaji untuk berbisnes


Hari ni dah masuk minggu ketiga saya bercuti. Bermula dengan cuti tahunan seminggu terakhir bulan September kemudian sambung sebulan lagi cuti tanpa gaji untuk buat bisnes Premium Beautiful dengan Adibah. Kalau ikutkan sayang nak ambil cuti lama-lama takut pesakit saya berkurang nanti. Maklumlah, biasanya ramai pesakit yang datang ke klinik dah biasa dengan saya. Kalau doktor lain yang ganti diorang taknak datang.

Tapi memandangkan bulan September lepas adalah sangat penting kerana bulan terakhir pakej percutian Paris dan London jadi berbaloilah kalau ambil cuti. Lagipun, hari top up day pada hari ni, 8 Oktober adalah hari penentuan untuk wife saya, Adibah untuk naik pangkat kepada Crown Diamond Manager (CDM) dan saya untuk naik pangkat Double Diamond Manager (DDM). 

Insya-Allah kalau semua berjalan lancar kami juga akan lahirkan 3 orang pemenang jam tangan untuk bulan September dan dapat bawa ramai rakan kongsi melancong ke Paris dan London pada bulan Mac tahun depan. Majlis anugerah CDM, DDM dan pemenang Jam Tangan untuk jualan RM 100,000.00 sebulan akan diadakan di Stokis B32 pada 20 Oktober 2012. 

Saya dan Adibah mula berbisnes korset Premium Beautiful secara online selepas menyertai kumpulan Green Leaders Group (GLG) dibawah pimpinan CDM Hanis Haizi dan CDM Razali Zain kira-kira setahun lalu. Group kami ni memang besar dan sentiasa mencecah rekod jualan berjuta-juta ringgit setiap bulan.

Hasbi Harun ambil cuti tanpa gaji buat bisnes premium beautiful dan biozone food purifier


Share:
Read More
, , , ,

Penerima anugerah SM & SSM Awards



Tahniah kepada semua penerima anugerah Sales Manager (SM) dan Senior Sales Manager (SSM) Awards yang berlangsung pada 8 September baru-baru ini. Mereka semua bakal menjadi bintang yang bercahaya suatu hari nanti. Berkat usaha bersama kumpulan "Green Leaders Group" pimpinan Hanis Haizi dalam bisnes korset Premium Beautiful telah melayakkan mereka merangkul anugerah yang gilang-gemilang ini.

Kira-kira lebih tiga puluh orang daripada kumpulan Adibah Karimah dan saya yang dijemput untuk menerima anugerah yang berprestij ini. Mereka semua berasal dari setiap pelosok negeri, malah ada diantara mereka berasal dari bumi kenyalang iaitu Sabah.

Anugerah SM dan SSM Awards untuk Premium Beautiful GLG Top Agents

Majlis anugerah SM/SSM Awards ini diadakan dua kali setahun biasanya dalam bulan Februari dan September di Dewan Wawasan PGRM Cheras, KL. Penerima anugerah kali ini dianggarkan melebihi dua ribu orang dari seluruh Malaysia! Saya adalah salah seorang diantaranya tetapi tidak sempat nak pentas kerana sibuk bergambar dengan rakan-kongsi. 

SM dan SSM adalah pangkat pertama dan kedua dalam bisnes networking ni. Anugerah ini adalah bukti pertama kejayaan seseorang ejen itu dalam perniagaan networking ini. Selain pangkat, peratus untung runcit dan bonus juga meningkat berbanding sebagai seorang pengedar. Anugerah ini bagus dijadikan batu loncatan untuk terus menempa kejayaan dalam perniagaan ini.

Gambar Hasbi Harun dan Adibah Karimah ejen premium beautiful GLG
bersama Adibah Karimah
Green Leaders Group team Adibah Karimah premium beautiful top agents dengan Hanis Haizi
Berdiri dari kiri : Julia Nazreen, Aminah, Farhana Arapah, Shuhada, Hafizah, Adibah Karimah, Hanis Haizi, Zie Abdul Ghani, Zahirine Abd Rahman, Adibah. Duduk : Zura.

Green Leaders Group premium beautiful team pimpinan hanis haizi
Green Leaders Group
Akhir kata, 'seribu langkah bermula dengan langkah pertama' ibaratnya jika kita mimpikan kejayaan yang besar dikemudian hari, maka jangan abaikan kejayaan kecil di awal perniagaan. Kejayaan sekarang akan mendorong lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Semoga 'Green Leaders Group' terus mencipta nama di persada perniagaan networking.
   
 
Share:
Read More
, , ,

Kenapa kita bekerja?

Kenapa kita bekerja persoalan kepada diri sendiri drp premium beautiful top GLG agents
Gambar Hiasan
Dulu zaman sekolah rendah bila cikgu tanya dalam kelas bila besar nanti nak jadi apa, semua akan jawab profession yang hebat-hebat macam lawyer, engineer, arkitek, doktor dsb. Tiba-tiba dalam kelas saya tu ada seorang kawan ni jawab nak jadi ahli bomba. Semua orang pandang dia, mungkin sebab ahli bomba tu tak sehebat orang lain. Cikgu pun buat-buat terkejut pastu tanya dia kenapa nak jadi ahli bomba. Dia jawab sebab nak tolong orang. 

Saya rasa jawapan tu yang terbaik dan jujur sebab dia nak tolong orang dia nak jadi ahli bomba, bukannya terpengaruh dengan orang lain yang nak jadi orang hebat-hebat sebab glamer dan gaji besar. Hakikatnya tu cuma cita-cita ketika zaman sekolah, sekarang bila jumpa kat Facebook hanya segelintir saja yang jadi apa yang mereka citakan dulu.

Sebab orang bekerja ada macam-macam. Secara umumnya orang bekerja sebab nak cari makan, nak sara kehidupan diri dan keluarga. Tak kurang yang bekerja atas dasar tanggungjawabnya terhadap masyarakat, agama dan negara. Juga ramai yang bekerja secara sukarela tanpa sebarang gaji demi membela nasib seseorang atau sesuatu. Ataupun bekerja kerana hobi atau minat pada kerjanya walaupun mereka sebenarnya sudah kaya-raya dan tidak perlu bekerja. Ada orang bekerja untuk kekal aktif secara fizikal dan mental atau sekadar mengisi masa lapang.

Namun, apa jua kerja yang dilakukan mestilah ada minat. Sebabnya kalau tak ada minat kemungkinan kerja yang dilakukan setakat ala kadar sahaja. Mutu kerja yang kurang, malas, layanan buruk kepada pelanggan dan pelbagai masalah akan timbul. Hakikatnya sekarang ini masih ramai yang bekerja kerana terpaksa untuk menanggung kos sara hidup dan bebanan hutang yang tinggi. 

Kalau sepuluh tahun dulu gaji rm3000 sebulan dikira besar tapi sekarang kalau tinggal di bandar metropolitan seperti KL golongan ini termasuk kategori orang miskin. Harga barang dan minyak terus meningkat dengan ganasnya tetapi kenaikan gaji tetap cool and steady!

Isteri saya, Adibah adalah graduan ijazah dalam bidang IT. Bidang yang digembar-gemburkan di zaman IT tapi hakikatnya Malaysia masih lagi baru dalam industri multimedia dan kurang infrastrukturnya. Akibatnya kurang peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang IT menyebabkan ramai graduan IT mengannggur. Ramai yang terpaksa memilih kerjaya lain luar dari bidang IT. Ilmu yang ditimba selama bertahun-tahun dalam bidang IT dibazirkan begitu saja. Skrol ijazah IT hanya tinggal nama, sekadar sekeping kertas untuk memberitahu tahap pendidikan pemiliknya..

Persoalan di atas, kenapa kita bekerja? Jawapannya kita bekerja untuk memenuhi keperluan. Definisi keperluan itu bergantung pada diri masing-masing. Keperluan diri, keluarga, masyarakat, negara, agama, hobi dsb. Saya bekerja sebagai doktor kerana mak suruh keperluan tanggungjawab pada diri, keluarga dan masyarakat. Isteri saya, Adibah berbisnes korset Premium Beautiful asalnya kerana keperluan menyara kos sara hidup tapi sekarang dia begitu minat dengan bisnes ini. Pelbagai insentif dan bonus yang diterima kini telah melangkau keperluan. Ini menaikkan semangat dan minat kami untuk terus berjaya dalam perniagaan ini.

Share:
Read More
, ,

Happy Birthday to Adibah Karimah

Happy Birthday Adibah Karimah drp Hasbi Premium Beautiful top agents
Happy Belated Birthday to my lovely wife Adibah Karimah. Sebenarnya bukan tak ingat atau sengaja buat tak ingat nak post entry ni tapi taknak kacau mood yang tak berapa tenang pasal orang gaji ni. Hehe.. yelah sejak dua menjak ni cerita pasal kena tipu, pastu stress dengan POS Malaysia kad kuning hilang, lagi tensen bila kes mahkamah kena tangguh. Tiba-tiba nak cerita benda happy-happy birthday rasa tak kena pulak..
Happy Belated Birthday Adibah Karimah drp Hasbi Premium Beautiful
Adibah Karimah a.k.a. wife saya ni dah masuk umur 26 tahun pada tanggal 28 Ogos 2012. Ini kali ketujuh kami sambut ulangtahun hari jadinya sejak kahwin kira-kira 6 tahun lepas. Dalam blog Adibah ada juga post pasal birthday dia, tapi gambar kek tu sebenarnya diambil masa majlis kenduri tahlil kesyukuran dan arwah kat rumah mak mertua saya. Alang-alang nak balik kampung saya hadiahkan sebiji kek Secret Recipe special utk dia. Hadiah sebenar tak keluar lagi, rasanya nak combine sekali hadiah lepas bersalin nanti sebab yang ni sangat special.. hehe

Sepanjang berkahwin dengan Adibah ni macam-macam asam garam yg kami dah lalui bersama. Ada suka dan duka tapi kami tetap bahagia. Pada saya, saling faham-memahami adalah kunci kebahagiaan kami. Harapan saya semoga kami terus maju dan berjaya dalam bisnes Premium Beautiful ni dan kekal bahagia sampai ke akhir hayat. Aminn...

Share:
Read More
, , , , , , , ,

Premium Beautiful mencegah buasir


Korset premium beautiful membantu merawat buasir
Buasir disebabkan salur darah vena yang bengkak dan meradang di bahagian sekitar lubang dubur. Ia sangat biasa terjadi di kalangan orang dewasa terutama ketika bulan puasa dimana kurang meminum air.

Sembelit atau cirit birit yang berlarutan, duduk di atas mengkuk tandas terlalu lama, meneran terlalu kuat boleh menyebabkan terjadi buasir. Buasir yang teruk menyebabkan kesakitan dan pendarahan ketika buang air besar.

Sekiranya terjadi, gunakan pek ais ditekan pada buasir untuk mengurangkan bengkak dan sakit. Minum banyak air dan makan makanan yg mengandungi serat untuk mencegah buasir.

Pemakaian seluar (long girdle) Premium Beautiful juga terbukti membantu merawat masalah buasir yang tidak teruk. Kesan FIRnya dapat mengecutkan bengkak dengan melancarkan perjalanan darah dan merawat keradangan pada buasir.

Credit to Premium Beautiful Shop
Share:
Read More
, , , , , , , , , ,

Rahsia hubungan saya dengan Hanis Haizi


Hubungan perniagaan Hanis Haizi dgn saya dalam bisnes korset Premium Beautiful
Ramai yang tak tahu sebenarnya saya ada hubungan dengan Hanis Haizi. Walaupun saya dah kahwin ada anak dua, dia pun sebenarnya ibu kepada 2 orang anak, ia tidak menghalang saya menjalinkan hubungan dengan dia. Hubungan yg saya maksudkan tu bukanlah hubungan keluarga, jauh sekali hubungan sulit (nauzubillah) tapi hubungan dalam perniagaan korset Premium Beautiful.

Beliau adalah mentor dan leader kepada saya dan isteri saya, Adibah Karimah. Kitaorang kenal dia melalui blog dan tak lama lepas tu kami berjumpa. Masa tu kitaorang masih lagi menetap di Kedah, kira-kira setahun lalu. Adibah Karimah sebenarnya dah beberapa bulan baca blog Hanis Haizi ni sebagai silent reader. Walaupun saya tak kenal siapa Hanis Haizi masa tu, tapi saya berasa teruja setiap kali Adibah Karimah cerita pasal kejayaan Hanis Haizi dalam bisnes Premium Beautiful ni.

Pada asalnya saya tak percaya yang Hanis Haizi ni boleh dapat bonus sampai beratus ribu ringgit sebulan, maintain. Paling tinggi pun dalam enam puluh ribu je, tu pun jarang-jarang. Mungkin Hanis Haizi ada sumber pendapatan lain selain menjual korset Premium Beautiful ni, celah hati kecil saya. Sukar nak percaya tapi bila menyaksikan gaya hidupnya yang dilimpahi segala kemewahan dan keseronokan melancong ke merata dunia sambil membeli belah barangan berjenama mewah tanpa halangan bajet saya jadi percaya.

CDM Hanis Haizi, itulah gelaran pangkat tertinggi dalam bisnes networking Premium Beautiful ini. Beliau mula menceburkan diri dalam bisnes ini sejak tahun 2008. Beliau adalah graduan jurutera namun memilih untuk menjadi seorang surirumah. Asalnya tidak berhajat untuk bekerja mencari pendapatan sendiri namun kenaikan kos sara hidup telah mengubah pendirian beliau. Berasal dari keluarga berada dan dipenuhi kemewahan ketika zaman bujangnya kini terasa susah hidup berkeluarga.

Sejak hari tu, kami sama-sama buat bisnes.. sama-sama melancong ke luar negara. Alhamdulillah, aku dan wife aku, Adibah sedang mengikut jejak langkah beliau menempa kejayaan dalam perniagaan ini.


Share:
Read More