Memaparkan catatan dengan label GLAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GLAM. Papar semua catatan
, , , , , , , , ,

A Beautiful Day With GLAM

Awal bulan Disember yang lalu telah berlangsung majlis istimewa 'A Beautiful Day with GLAM' di Hotel Vivatel, KL iaitu pada hari Sabtu 7 Disember 2013. Majlis anjuran bersama Green Leaders Academy Malaysia (GLAM) dan syarikat ini bertujuan untuk mempromosi pakaian dalam Premium Beautiful Elegance serta beberapa produk lain.

Istimewanya majlis ini adalah kerana ia digabungkan dengan peragaan fesyen daripada pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini. Kalau yang pernah tengok fashion show dalam tv, serupa macam tu la majlis ni. Satu lagi, majlis ini eksklusif untuk ahli GLAM sahaja dan produk yang dijual pada hari itu ditawarkan dengan harga yang sangat istimewa.

A Beautiful Day With GLAM 

A Beautiful Day with GLAM di Vivatel Hotel KL
Ambil kesempatan bergambar atas pentas sebelum majlis bermula.

A Beautiful Day with GLAM anjuran Green Leaders Academy Malaysia
Barisan Crown Diamond Manager (CDM) dalam GLAM bergambar dengan top dress designer Rizman Ruzaini. Dulu sebelum berbisnes tak kenal pun siapa Rizman Ruzaini tu. Hehee.
A Beautiful Day with GLAM anjuran Hai-O Marketing
Peragaan korset Premium Beautiful Classic dan Premium Beautiful Elegance diikuti peragaan fesyen daripada pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini. 
Adibah Karimah memenangi cabutan bertuah dlm A Beautiful Day with GLAM
Macam biasa tak sah kalau diakhir majlis tiada cabutan bertuah. Kalau sebelum ni nasib kami kurang bertuah tapi hari tu sangat-sangatlah bertuah. Bukan satu tapi dua kami dapat, hamper produk kecantikan yang bernilai hampir RM500 dan sebuah designer handbag bernilai RM2000! Alhamdulillah. Rezeki tak disangka-sangka ni. 


Share:
Read More
, , , , , , , ,

GLAM Awesomazing Business Opportunity at JB

GLAM Awesomazing Business Opportunity 

GLAM Awesomazing Business Opportunity #AwesomazingRoadshow telah pun selesai diadakan di Johor Bahru. Walaupun majlis bermula sedikit lambat tapi semua aturcara berjalan seperti dirancang. Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat terutamanya kepada mc Shuhada Shafie, speaker pertama Zahirine dan speaker kedua Adibah Karimah. Saya sendiri sebagai speaker terakhir pada hari itu.

Susulan kejayaan #AwesomazingRoadshow di JB ini, Awesomazing Team sekarang sedang merancang untuk pergi ke Utara pula. Kemungkinan besar bertempat di Sungai Petani, Kedah memandangkan lokasi yang strategik di antara Pulau Pinang, Alor Setar dan Perlis. Saya akan update butirannya bila semua telah confirmed.

Kepada sesiapa yang masih mencari-cari peluang bisnes secara part time mahupun full time boleh risik-risik team kami. Jemput tengok gambar-gambar kat bawah ni. Orang JB yang datang hari tu dah ambil peluang, anda bila lagi?
   
Share:
Read More
, , , , , , , ,

Korean Free Trip Videoclip



Korean Free Trip Videoclip

Saja nak promote videoclip ni. Alang-alang buat, biarlah ada orang tengok kan. Kalau dulu simpan gambar je sebagai kenangan tapi sekarang macam-macam cara boleh kita abadikan kenangan. Video actually lagi best daripada gambar pegun, especially kalau dpt rakam babak yang melucukan atau kenangan yg tak mungkin dapat ditunjuk dalam gambar sahaja.


Insya-Allah lepas ni rajin la nak buat video sebab dah ada handycam. Dulu shoot video pakai kamera dslr je, besar dan berat sampai malas nak shoot video banyak-banyak.

Share:
Read More
, , , , , , , , , , , ,

Business Preview by Awesomazing Team



Cuti sekolah masih berbaki lebih kurang sebulan lagi. Kalau sebelum ni memang tak ambil kisah pun bila cuti sekolah bermula dan berakhir sebab anak-anak kecil lagi dan belum bersekolah. Anak sulung baru berumur 6 tahun dan setakat sekolah tadika tu memang selamba je ponteng kalau saya kena outstation atau balik kampung. Tapi tahun depan tak boleh selamba dah, darjah satu kena serius tak boleh ponteng kelas sewenang-wenangnya.

Sementara cuti sekolah ni, anak sulung kami hantar kampung suruh hantar dia belajar tuisyen sebagai persediaan masuk sekolah tahun depan. Bukan sekolah biasa tapi Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum, sekolah tahfiz sains kat area Gombak sini. Jadi kenalah at least bacaan Al-Quran lancar sebab nak start menghafal surah dah nanti.


Business Preview in Awesomazing Roadshow at Johor Bahru
Berbalik Business Preview, team kami Awesomazing Team akan mengadakan satu siri roadshow untuk memperkenalkan model perniagaan kumpulan GLAM (Green Leaders Academy Malaysia) yang berlandaskan laman sosial untuk mengembangkan bisnes multidimensional marketing kami.

Topik utama yang akan disampaikan dalam Business Preview ini adalah Business Sharing, Product Talk and Demo dan How to Start Online Business. Matlamat ni nak kembangkan lagi team Johor Bahru yang sedia ada sambil membuka peluang kepada orang JB baru untuk sama-sama menjana pendapatan dalam bisnes ni.

Tarikh : 15 Disember 2013
Tempat : Taman Kempas Utama, Johor Bahru
Masa : 9.30 pagi - 1.30 ptg

Jika ada kelapangan pada hari tersebut, dijemput anda semua untuk sama-sama hadir dan mengambil peluang ini. Hubungi saya atau Adibah di 019 6615447 untuk pendaftaran.

Share:
Read More
, , , , , , , , , , , , , , ,

KPOP Live performance in Seoul, Korea



Masa free trip ke Seoul, Korea lepas macam biasa akan ada GALA Dinner. Time tu akan ada persembahan dari negara yang dilawati. Kalau Korea apa lagi, mestilah KPOP kan. Video ni saya shoot sikit-sikit je, yelah bukannya saya ni peminat KPOP. Dah shoot ni nak buat apa kalau tak upload kat Youtube, bolehlah korang yang minat KPOP ni tengok.

Enjoy!

KPOP Male Artists Live Performance in Seoul, Korea


Camna? Bolehlah kan..kalau nak ada lagi. Ada tarian breakdance dan KPOP female artists saya nak upload nanti. Tunggu okey!


Share:
Read More
, , , , , , , , , , , , ,

Hollywood GLAM Dinner


Hollywood GLAM Dinner at JW Marriott Hotel

Siapa yang pergi Hollywood GLAM Dinner pada 9 November 2013 baru-baru ni pasti tak sabar nak update blog masing-masing. Al-kisahnya Hollywood GLAM Dinner di Hotel JW Marriott Putrajaya hari tu memang best sangat. Sekali-sekala makan kat hotel bersama business partners apa salahnya kan.

Hollywood GLAM Dinner at JW Marriott Hotel with Awesomazing Team

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saya, kemudian dikemudi oleh mc riuh-rendah Shuhada dan Shahril. Selain hidangan western yang sedap, ada live band menyanyi kat depan menghiburkan suasana. Ditambah pula gelagat dua orang mc tu yang kelakar dan sporting.

CDM line up during GLAM Dinner

Lepas makan, semua CDM baru 2013 diraikan atas pentas (yang pakai crown). Paling kiri tu wifey saya, Adibah Karimah, nak baca entry dia kat sini. Lepas tu ada cabutan bertuah. Macam-macam hadiah dapat tapi bukan kat sayalah, nasib tak berapa baik daa...

Akhir sekali ada pertandingan Best Dress Lelaki dan Perempuan. Seramai 20 orang peserta yang terpilih termasuklah saya. Syaratnya kami kena buat catwalk kat depan dengan gaya tersendiri dan pemenangnya of course bukan sayalah, sebab saya jalan gaya goatwalk (:
Best Dress award di GLAM Dinner
Syoknya sekali-sekala dapat join majlis-majlis macam ni. Moga-moga panjang umur tahun depan boleh berdinner lagi.


Share:
Read More
, , , , , , , , , , ,

Kenangan GLAM Dinner 2012



Tahun ini Green Leaders Academy Malaysia (GLAM) sekali lagi akan mengadakan majlis makan malam bersama founder GLAM, Hanis Haizi dan Razali Zain. Kalau tahun lepas, GLAM Dinner diadakan di Hotel JW Marriott, KL pada 24.11.12 tapi tahun ni dengar khabar nak buat di Hotel Equatorial Bangi dan GLAM Dinner ni akan berlangsung selepas Majlis Ulangtahun Syarikat ke-21 di MAEPS, Serdang pada 9.11.13.

Saya anggarkan lebih seratus orang yang hadir pada GLAM Dinner tahun lepas dan saya rasa tahun ni mesti semua GLAMpreneur berebut-rebut nak dapatkan tiket masuk kerana jumlah tempat duduk sangatlah terhad. Siapa yang dapat tu tersangatlah beruntung sebab nanti akan ada pertandingan Best Dress lelaki dan perempuan. Hadiah jangan tak hengat, dapat hadiah percutian bernilai beribu ringgit!


GLAM Dinner di JW Marriott KL tahun 2012

Sambil menikmati hidangan makan malam yang sungguh lazat, kami dihiburkan dengan persembahan karaoke dan live band. Tahun ni mesti lagi best sebab geng
makin ramai, mesti kecoh sekampung..hehe. Best kan? Nak pergi jom?!


Share:
Read More
, , , , , , , , , , ,

Gelombang hijau GLAMpreneur menyerang Korea



Perkataan GLAMpreneur sekarang dah famous, tunggu nak masuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka je..hehe. Anyway, maksud GLAM tu Green Leaders Academy Malaysia dan sambungan 'preneur' tu ambilan daripada perkataan entrepreneur. Jadilah GLAMpreneur, usahawan GLAM. Lebih kurang begitulah ye, tapi kalau cari dalam kamus belum ada lagilah ;)

Founder dan co-founder GLAM ni adalah Hanis Haizi dan hubby beliau Razali Zain. Dalam kumpulan GLAM yang besar ni pula dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil dengan gelaran masing-masing yang unik. Diantara kumpulan tersebutlah ada kumpulan kami, digelar Awesomazing Team dibawah pimpinan Adibah Karimah dan saya.

Green Leaders Academy Malaysia going to Seoul Korea
sebahagian drp GLAMpreneur
Jumlah peserta trip ke Seoul, Korea baru-baru ini berjumlah 800 orang dan seramai 160 orang daripada jumlah itu adalah GLAMpreneur! Untuk melancarkan perjalanan semasa di sana, syarikat memecahkan kumpulan besar itu kepada beberapa penerbangan berbeza dan jadual perjalanan kami kena pada 16.09.13 sehingga 20.09.13
.

Awesomazing Team and GLAMpreneur in Seoul Korea
Awesomazing Team
Awesomazing Team of Green Leaders Academy Malaysia in Seoul Korea

Kami terbang menaiki Korean Airlines dari KLIA ke Incheon International Airport, Seoul. Nantikan entry saya seterusnya kalau korang peminat tegar KPOP!


Share:
Read More
, , , , , , , , , ,

Kenangan melancong ke Seoul, Korea


Annyeong-haseyo!
hiihi....maksudnya hello dalam bahasa Korea. Al-maklumlah baru balik dari Korea, terngiang-ngiang lagi ucapan annyeong haseyo tu. Orang Korea ni sopan-santun, berbudi bahasa macam orang kita juga la ;) Sebelum ni masa saya ikut free trip ke Paris, diorang sapa kami dengan perkataan bonjour sehinggakan masa shopping kat Galeri Lafayette semua jurujual dalam tu ucap bonjour bila berselisih. Bayangkan sepanjang berada dalam galeri tu berpuluh-puluh kali kena sampuk dek orang Perancis, sampai keluar masuk bas pun mulut ni duk asyik cakap bonjour...bonjour...bonjour...hehee

Hati rasa nak cerita panjang tapi sejak balik Korea haritu sibuk manjang, balik kampung ambil anak-anak, appointment sana sini bantu business partners nak qualify tiket free ke Gold Coast. Tambah lagi takde pembantu rumah, memang tak cukup tangan kami nak uruskan bisnes dan anak-anak. Takpe jangan risau, nanti saya akan terus update cerita-cerita best sepanjang kami kat Korea.

Kenangan bersama Awesomazing Team di Seoul, Korea

Sepanjang berada di sana, kami tag gambar-gambar dengan hashtag #AwesomazingKorea dan #AwesomazingTrips. Kalau nak puas lagi bolehlah tengok dalam Instagram sendiri, kat situ ada lebih 600 keping gambar kami. Semuanya menarik dan tertarik...cewahh! 


Okey tak gambar-gambar tu? Nak lagi klik #AwesomazingKorea. Ada banyak lagi gambar-gambar dalam kamera dan video yang akan di upload lepas ni. Sekarang agak sibuk sebab ni bulan terakhir nak kejar tiket free ke Gold Coast, Australia. Kalau korang nak join kami jangan segan silu cepat-cepat pm saya okey!


Share:
Read More
, , , , , , , , , , , ,

Jemputan ke Majlis Hari Bio Velocity pada 29.09.13



Sejak ayah saya boleh berjalan selepas tiga hari tidur atas lapik tilam Bio Velocity Sleep Mate (BVSM), saya selalu berkongsi testimoni ni pada rakan-rakan dan sesiapa yang ada masalah sama. Walaupun banyak lagi testimoni pengguna BVSM yang hebat-hebat boleh dikongsi tapi tak sama bila terjadi pada diri sendiri. Keyakinan pada produk BVSM ni melonjak, ibaratnya kalau sebelum ni 99% tapi sekarang jadi 150% gitew!

Sudah dua kali saya cerita pengalaman saya kat depan orang ramai dalam kelas GLAM. Pertama ketika saya sendiri present pasal produk BVSM ni beberapa minggu lepas. Masa tu kebetulan team saya, Awesomazing Team yang conduct kelas malam tu. Kali kedua, ketika jemputan Mr Kelvin memberi penerangan produk BVSM ni minggu lepas.

Beliau atau dikenali CDM Kelvin berpengalaman 19 tahun dalam syarikat ini. Sebenarnya kisah ayah saya ni glamer juga, dengar-dengar dekat tempat lain pun diorang berkongsi testimoni saya ni. Baguslah, berita baik elok dikongsikan. Moga-moga ramai lagi yang senasib ayah saya dapat kebaikan daripada produk ni. Paling penting, redha dan berdoa kepada Allah. Insya-Allah menjadi.


Hari Bio Velocity pada 29.09.13 di Wisma MCA Kuala Lumpur

Pada hari Ahad 29.9.13 ini akan diadakan Hari Bio Velocity di Wisma MCA Kuala Lumpur bermula jam 1.00 tengahari. Seramai 3000 orang penonton dijangka hadir pada hari itu. Seperti sudah, beberapa orang testimoni akan dipanggil naik pentas untuk berkongsi pengalaman menggunakan BVSM ni. Semuanya akan dirakam dan disimpan dalam bentuk DVD. Selain itu, penerangan produk BVSM dan demo akan diadakan secara langsung.


Salah seorang testimoni pada hari tersebut adalah ayah saya. Pastinya saya juga akan naik ke pentas untuk sama-sama bercerita. Jika ada sesiapa yang ingin turut serta bolehlah hubungi saya atau Adibah. Saksikan sendiri kehebatan lapik tilam BVSM ni. Jangan lepaskan peluang ini kerana masuk adalah percuma sahaja.


Share:
Read More
, , , , , , , ,

Happy Birthday to my sweetheart Adibah Karimah



Harijadi Adibah Karimah
Today is my love's birthday, Adibah Karimah. Selamat Hari Lahir Ayang yang ke dot..dot..dot..pada 28 Ogos 19XX. Rahsia la, mana boleh bagitau, nanti orang kata dah tua pula. Entahlah, nak tahu tanya empunya badan umur dia dah berapa hari ni. Yang penting, kami bersyukur dipanjangkan umur sampai ke hari ini. Semoga dipanjangkan umur, sihat walafiat dan dirahmati Allah sentiasa.

Happy Birthday to Adibah Karimah

Selama lebih tujuh tahun berkahwin dengan Adibah, telah banyak asam garam yang dilalui bersama. Syukur juga rumahtangga kami kekal bahagia sampai ke hari ini. Banyak dugaan dan rintangan yang ditempuh bersama namun masjid yang dibina tetap utuh. Insya Allah moga-moga kekal sampai akhir hayat.

Happy Birthday CDM Adibah Karimah

Dikesempatan ini, saya doakan semoga kita terus berjaya dalam bisnes online bersama GLAM dan Awesomazing Team akan terus berkembang maju. Insya Allah.


Share:
Read More
, , , , , , ,

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Maaf Zahir dan Batin daripada saya dan isteri, Adibah Karimah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri drp Dr Hasbi dan Adibah Karimah

Harapan saya, semoga raya tahun ini lebih meriah dan mengeratkan silatulrahim diantara sanak-saudara yang jauh mahupun dekat.

Jika ada perselisihan faham, bermasam muka atau tidak bertegur diantara kita sebelum ini. Dihari rayalah masa yang sesuai untuk kita berbaik-baik semula. 

Ingatlah, setiap orang Islam adalah bersaudara dan memutuskan silatulrahim itu berdosa. 

Akhir kata, ucapan raya daripada kami Awesomazing Team untuk anda semua!




Share:
Read More
, , , , , , , , , , ,

GLAM Iftar at JW Marriott Hotel



Pada 21 Julai atau 12 Ramadan yang lepas GLAM (Green Leaders Academy Malaysia) mengadakan majlis berbuka puasa atau iftar di Hotel JW Marriott, Bukit Bintang. Setiap tahun kami akan sama-sama berbuka puasa di hotel ini. Tujuannya untuk mengeratkan silatulrahim antara kami sambil berkenalan dengan ahli baru. Selain ahli GLAM, beberapa orang wakil daripada syarikat turut dijemput menyertai majlis yang meriah ini.

GLAM Iftar at JW Marriott Hotel

Kami berkumpul di hotel ini seawal pukul 5.30 petang, untuk mengelakkan sesak traffic jam di kawasan Bukit Bintang. Ramai rakan kongsi yang berada luar KL pun sanggup datang bersama-sama memeriahkan majlis ini. Kesemua 230 orang ahli GLAM memenuhkan satu dewan dengan warna hijau sebagai warna tema.

GLAM Iftar at JW Marriott Hotel with Awesomazing Team

Awesomazing Team yang sempat hadir berbuka bersama malam itu. Agak-agak larat tak diorang nak solat tarawih malam tu? hehe..Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

GLAM Iftar at JW Marriott Hotel with men in GLAM Dr Hasbi and Zehdi

One of my men in Awesomazing Team, Zehdi. Husband to Zahirine. Kami sama-sama melancong ke London dan Paris. Boleh tengok gambar melancong kami di sini - London Day One, Day Two, Day Three, dan Paris.

Kalau nak tahu harganya berpatutan, cuma RM 75.40 seorang. Makanan kat sini memang pelbagai dan semuanya lazat. Berbaloi.


Share:
Read More
, , , , , , , , , , , , , ,

Terima anugerah Diamond Night Dinner Awards



Julai 2013 genap dua tahun saya dan isteri, bergelumang dalam bisnes menjual korset Premium Beautiful bersama GLAM, selepas saya meletak jawatan sebagai pegawai perubatan di hospital kerajaan. Dalam masa setahun isteri saya sudah mencapai pangkat tertinggi dalam syarikat sebagai usahawan. Manakala saya insyaAllah akan menyusul kejayaan isteri saya dalam masa beberapa bulan lagi.

Baru-baru ini, saya menerima anugerah pangkat ke-tiga dan ke-empat iaitu Diamond Sales Manager (DSM) dan Double Diamond Manager (DDM) serta anugerah yang agak istimewa dan menjadi dambaan setiap usahawan iaitu Tabung Kereta (Car Fund). Bukan saya sahaja malah ramai rakan kongsi saya under 'Awesomazing Team' turut berjaya merangkul anugerah tersebut.


Anugerah DSM dan DDM saya dapat jambangan bunga
dan seutas rantai emas!

Bergambar bersama Founder GLAM dan Awesomazing Team yang turut
berjaya dapat Car Fund

Gambar Hanis Haizi dan Razali Zain bersama
Awesomazing Team yang hadir malam itu

Majlis Diamond Night Dinner Awards ini berlangsung di MIECC Seri Kembangan pada 22 Jun 2013 yang lepas. Klik link Diamond Night Dinner ini untuk lebih cerita dan gambar daripada blog Adibah Karimah atau klik sini nak tengok gambar dalam facebook.


Share:
Read More
, , , , , , , , , ,

Rahsia hubungan saya dengan Hanis Haizi


Hubungan perniagaan Hanis Haizi dgn saya dalam bisnes korset Premium Beautiful
Ramai yang tak tahu sebenarnya saya ada hubungan dengan Hanis Haizi. Walaupun saya dah kahwin ada anak dua, dia pun sebenarnya ibu kepada 2 orang anak, ia tidak menghalang saya menjalinkan hubungan dengan dia. Hubungan yg saya maksudkan tu bukanlah hubungan keluarga, jauh sekali hubungan sulit (nauzubillah) tapi hubungan dalam perniagaan korset Premium Beautiful.

Beliau adalah mentor dan leader kepada saya dan isteri saya, Adibah Karimah. Kitaorang kenal dia melalui blog dan tak lama lepas tu kami berjumpa. Masa tu kitaorang masih lagi menetap di Kedah, kira-kira setahun lalu. Adibah Karimah sebenarnya dah beberapa bulan baca blog Hanis Haizi ni sebagai silent reader. Walaupun saya tak kenal siapa Hanis Haizi masa tu, tapi saya berasa teruja setiap kali Adibah Karimah cerita pasal kejayaan Hanis Haizi dalam bisnes Premium Beautiful ni.

Pada asalnya saya tak percaya yang Hanis Haizi ni boleh dapat bonus sampai beratus ribu ringgit sebulan, maintain. Paling tinggi pun dalam enam puluh ribu je, tu pun jarang-jarang. Mungkin Hanis Haizi ada sumber pendapatan lain selain menjual korset Premium Beautiful ni, celah hati kecil saya. Sukar nak percaya tapi bila menyaksikan gaya hidupnya yang dilimpahi segala kemewahan dan keseronokan melancong ke merata dunia sambil membeli belah barangan berjenama mewah tanpa halangan bajet saya jadi percaya.

CDM Hanis Haizi, itulah gelaran pangkat tertinggi dalam bisnes networking Premium Beautiful ini. Beliau mula menceburkan diri dalam bisnes ini sejak tahun 2008. Beliau adalah graduan jurutera namun memilih untuk menjadi seorang surirumah. Asalnya tidak berhajat untuk bekerja mencari pendapatan sendiri namun kenaikan kos sara hidup telah mengubah pendirian beliau. Berasal dari keluarga berada dan dipenuhi kemewahan ketika zaman bujangnya kini terasa susah hidup berkeluarga.

Sejak hari tu, kami sama-sama buat bisnes.. sama-sama melancong ke luar negara. Alhamdulillah, aku dan wife aku, Adibah sedang mengikut jejak langkah beliau menempa kejayaan dalam perniagaan ini.


Share:
Read More