Memaparkan catatan dengan label iftar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iftar. Papar semua catatan
, , , , , , , , , , ,

GLAM Iftar at JW Marriott Hotel



Pada 21 Julai atau 12 Ramadan yang lepas GLAM (Green Leaders Academy Malaysia) mengadakan majlis berbuka puasa atau iftar di Hotel JW Marriott, Bukit Bintang. Setiap tahun kami akan sama-sama berbuka puasa di hotel ini. Tujuannya untuk mengeratkan silatulrahim antara kami sambil berkenalan dengan ahli baru. Selain ahli GLAM, beberapa orang wakil daripada syarikat turut dijemput menyertai majlis yang meriah ini.

GLAM Iftar at JW Marriott Hotel

Kami berkumpul di hotel ini seawal pukul 5.30 petang, untuk mengelakkan sesak traffic jam di kawasan Bukit Bintang. Ramai rakan kongsi yang berada luar KL pun sanggup datang bersama-sama memeriahkan majlis ini. Kesemua 230 orang ahli GLAM memenuhkan satu dewan dengan warna hijau sebagai warna tema.

GLAM Iftar at JW Marriott Hotel with Awesomazing Team

Awesomazing Team yang sempat hadir berbuka bersama malam itu. Agak-agak larat tak diorang nak solat tarawih malam tu? hehe..Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

GLAM Iftar at JW Marriott Hotel with men in GLAM Dr Hasbi and Zehdi

One of my men in Awesomazing Team, Zehdi. Husband to Zahirine. Kami sama-sama melancong ke London dan Paris. Boleh tengok gambar melancong kami di sini - London Day One, Day Two, Day Three, dan Paris.

Kalau nak tahu harganya berpatutan, cuma RM 75.40 seorang. Makanan kat sini memang pelbagai dan semuanya lazat. Berbaloi.


Share:
Read More
, , , , ,

Berbuka puasa bersama keluarga tersayang



Iftar ataupun berbuka puasa adalah masa yang ditunggu-tunggu bukan kerana terlalu lapar tapi mahu berkumpul dan makan bersama keluarga. Berbuka puasa adalah satu nikmat yang Allah kurniakan selepas setengah hari menahan lapar dan dahaga disamping perkara-perkara maksiat.

Bufet Ramadan di Hotel Primula Park Royal

Hujung minggu lepas sempat saya sekeluarga pulang ke kampung menjengah mak dan ayah sambil berjumpa Awesomazing Team kat Terengganu. Hanya dua hari satu malam je kat kampung tapi sempat bawa mak mertua serta keluarga sebelah Adibah Karimah berbuka puasa bufet Ramadan di Hotel Primula Park Royal, Batu Buruk. Harga cuma RM 65.00 seorang dan makanannya pun okeylah.

Bufet Ramadan di Hotel Primula Park Royal Kuala Terengganu

Mencuba masakan Restoran Paradise Deluxe 

Keesokan hari sebelah saya pula. Saya bawak mak dan ayah saya berbuka di Restoran Paradise Deluxe di Jalan Bukit Besar. Ikut selera orang lama, kami makan ikan siakap masak stim ala nyonya, udang goreng mentega dan ketam masak masam manis. Harganya agak mahal di sini tapi apa nak kisah belanja mak dengan ayah berbuka kan.

Iftar Ramadan di Restoran Paradise Deluxe Kuala Terengganu

Walaupun balik sekejap tapi sempat berbuka dan bersahur dengan mak ayah. Itu iftar yang terbaik sepanjang bulan puasa ini.


Share:
Read More
, , , , , , , , ,

Kebaikan Solat Tarawih dibulan Ramadan



Solat tarawih ialah ibadah dan senaman selepas berbuka puasa

Kita sebagai umat Islam mendapat kebaikan daripada solat tarawih. Sudah menjadi kebiasaan bila tiba waktu berbuka puasa kita akan makan sekenyang-kenyangnya. Keadaan ini akan mengganggu kualiti tidur dan menyebabkan kita berasa letih dan lesu keesokan harinya untuk meneruskan puasa. Tetapi, bila kita bersolat tarawih, ia seumpama satu senaman dan membakar kalori berlebihan dan menahan kita daripada terus makan selepas berbuka.

Solat tarawih, selain satu ibadah untuk kita mendekatkan diri kepada Allah ia juga sebenarnya satu senaman ringkas tetapi memberi kesan yang besar kepada kesihatan kita
.


Share:
Read More