Memaparkan catatan dengan label dinner. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dinner. Papar semua catatan
, , , , , , , , , , , , , , ,

KPOP Live performance in Seoul, Korea



Masa free trip ke Seoul, Korea lepas macam biasa akan ada GALA Dinner. Time tu akan ada persembahan dari negara yang dilawati. Kalau Korea apa lagi, mestilah KPOP kan. Video ni saya shoot sikit-sikit je, yelah bukannya saya ni peminat KPOP. Dah shoot ni nak buat apa kalau tak upload kat Youtube, bolehlah korang yang minat KPOP ni tengok.

Enjoy!

KPOP Male Artists Live Performance in Seoul, Korea


Camna? Bolehlah kan..kalau nak ada lagi. Ada tarian breakdance dan KPOP female artists saya nak upload nanti. Tunggu okey!


Share:
Read More
, , , , , , , , , , , , , ,

Terima anugerah Diamond Night Dinner Awards



Julai 2013 genap dua tahun saya dan isteri, bergelumang dalam bisnes menjual korset Premium Beautiful bersama GLAM, selepas saya meletak jawatan sebagai pegawai perubatan di hospital kerajaan. Dalam masa setahun isteri saya sudah mencapai pangkat tertinggi dalam syarikat sebagai usahawan. Manakala saya insyaAllah akan menyusul kejayaan isteri saya dalam masa beberapa bulan lagi.

Baru-baru ini, saya menerima anugerah pangkat ke-tiga dan ke-empat iaitu Diamond Sales Manager (DSM) dan Double Diamond Manager (DDM) serta anugerah yang agak istimewa dan menjadi dambaan setiap usahawan iaitu Tabung Kereta (Car Fund). Bukan saya sahaja malah ramai rakan kongsi saya under 'Awesomazing Team' turut berjaya merangkul anugerah tersebut.


Anugerah DSM dan DDM saya dapat jambangan bunga
dan seutas rantai emas!

Bergambar bersama Founder GLAM dan Awesomazing Team yang turut
berjaya dapat Car Fund

Gambar Hanis Haizi dan Razali Zain bersama
Awesomazing Team yang hadir malam itu

Majlis Diamond Night Dinner Awards ini berlangsung di MIECC Seri Kembangan pada 22 Jun 2013 yang lepas. Klik link Diamond Night Dinner ini untuk lebih cerita dan gambar daripada blog Adibah Karimah atau klik sini nak tengok gambar dalam facebook.


Share:
Read More
, , , , ,

Berbuka puasa bersama keluarga tersayang



Iftar ataupun berbuka puasa adalah masa yang ditunggu-tunggu bukan kerana terlalu lapar tapi mahu berkumpul dan makan bersama keluarga. Berbuka puasa adalah satu nikmat yang Allah kurniakan selepas setengah hari menahan lapar dan dahaga disamping perkara-perkara maksiat.

Bufet Ramadan di Hotel Primula Park Royal

Hujung minggu lepas sempat saya sekeluarga pulang ke kampung menjengah mak dan ayah sambil berjumpa Awesomazing Team kat Terengganu. Hanya dua hari satu malam je kat kampung tapi sempat bawa mak mertua serta keluarga sebelah Adibah Karimah berbuka puasa bufet Ramadan di Hotel Primula Park Royal, Batu Buruk. Harga cuma RM 65.00 seorang dan makanannya pun okeylah.

Bufet Ramadan di Hotel Primula Park Royal Kuala Terengganu

Mencuba masakan Restoran Paradise Deluxe 

Keesokan hari sebelah saya pula. Saya bawak mak dan ayah saya berbuka di Restoran Paradise Deluxe di Jalan Bukit Besar. Ikut selera orang lama, kami makan ikan siakap masak stim ala nyonya, udang goreng mentega dan ketam masak masam manis. Harganya agak mahal di sini tapi apa nak kisah belanja mak dengan ayah berbuka kan.

Iftar Ramadan di Restoran Paradise Deluxe Kuala Terengganu

Walaupun balik sekejap tapi sempat berbuka dan bersahur dengan mak ayah. Itu iftar yang terbaik sepanjang bulan puasa ini.


Share:
Read More