Memaparkan catatan dengan label GLAMpreneur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GLAMpreneur. Papar semua catatan
, , , , , , , , ,

Entrepreneurship Program 2014



Awesomazing Team Entrepreneurship Program KickStart2014 di Armada Hotel

Salam dan selamat sejahtera kepada anda. Jika anda sedang mencari satu peluang untuk menambah pendapatan secara sepenuh masa mahupun sambilan maka inilah program yang perlu anda sertai.

Awesomazing Team akan mengadakan satu program keusahawanan "Entrepreneurship Program" yang akan membuka tirai 2014 pada tarikh 25 Januari 2014 bertempat di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Tahun 2014 akan menjadi cabaran kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya yang menetap di bandar-bandar besar akibat kenaikan harga banyak benda, tol serta cukai GST yang akan dikenakan tak lama lagi.

Inilah masanya di awal tahun anda bersama-sama kami berusaha meningkatkan taraf ekonomi kita dengan berniaga. Sesungguhnya 9/10 rezeki itu datangnya dari hasil perniagaan.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran : "sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka..." (Ar-Ra'd:11)

PM me at 012 3433661 or Adibah at 019 6615447
untuk maklumat lanjut.

Share:
Read More
, , , , , , , , ,

A Beautiful Day With GLAM

Awal bulan Disember yang lalu telah berlangsung majlis istimewa 'A Beautiful Day with GLAM' di Hotel Vivatel, KL iaitu pada hari Sabtu 7 Disember 2013. Majlis anjuran bersama Green Leaders Academy Malaysia (GLAM) dan syarikat ini bertujuan untuk mempromosi pakaian dalam Premium Beautiful Elegance serta beberapa produk lain.

Istimewanya majlis ini adalah kerana ia digabungkan dengan peragaan fesyen daripada pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini. Kalau yang pernah tengok fashion show dalam tv, serupa macam tu la majlis ni. Satu lagi, majlis ini eksklusif untuk ahli GLAM sahaja dan produk yang dijual pada hari itu ditawarkan dengan harga yang sangat istimewa.

A Beautiful Day With GLAM 

A Beautiful Day with GLAM di Vivatel Hotel KL
Ambil kesempatan bergambar atas pentas sebelum majlis bermula.

A Beautiful Day with GLAM anjuran Green Leaders Academy Malaysia
Barisan Crown Diamond Manager (CDM) dalam GLAM bergambar dengan top dress designer Rizman Ruzaini. Dulu sebelum berbisnes tak kenal pun siapa Rizman Ruzaini tu. Hehee.
A Beautiful Day with GLAM anjuran Hai-O Marketing
Peragaan korset Premium Beautiful Classic dan Premium Beautiful Elegance diikuti peragaan fesyen daripada pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini. 
Adibah Karimah memenangi cabutan bertuah dlm A Beautiful Day with GLAM
Macam biasa tak sah kalau diakhir majlis tiada cabutan bertuah. Kalau sebelum ni nasib kami kurang bertuah tapi hari tu sangat-sangatlah bertuah. Bukan satu tapi dua kami dapat, hamper produk kecantikan yang bernilai hampir RM500 dan sebuah designer handbag bernilai RM2000! Alhamdulillah. Rezeki tak disangka-sangka ni. 


Share:
Read More
, , , , , , , ,

GLAM Awesomazing Business Opportunity at JB

GLAM Awesomazing Business Opportunity 

GLAM Awesomazing Business Opportunity #AwesomazingRoadshow telah pun selesai diadakan di Johor Bahru. Walaupun majlis bermula sedikit lambat tapi semua aturcara berjalan seperti dirancang. Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat terutamanya kepada mc Shuhada Shafie, speaker pertama Zahirine dan speaker kedua Adibah Karimah. Saya sendiri sebagai speaker terakhir pada hari itu.

Susulan kejayaan #AwesomazingRoadshow di JB ini, Awesomazing Team sekarang sedang merancang untuk pergi ke Utara pula. Kemungkinan besar bertempat di Sungai Petani, Kedah memandangkan lokasi yang strategik di antara Pulau Pinang, Alor Setar dan Perlis. Saya akan update butirannya bila semua telah confirmed.

Kepada sesiapa yang masih mencari-cari peluang bisnes secara part time mahupun full time boleh risik-risik team kami. Jemput tengok gambar-gambar kat bawah ni. Orang JB yang datang hari tu dah ambil peluang, anda bila lagi?
   
Share:
Read More
, , , , , , , , , , , , , , ,

KPOP Live performance in Seoul, Korea



Masa free trip ke Seoul, Korea lepas macam biasa akan ada GALA Dinner. Time tu akan ada persembahan dari negara yang dilawati. Kalau Korea apa lagi, mestilah KPOP kan. Video ni saya shoot sikit-sikit je, yelah bukannya saya ni peminat KPOP. Dah shoot ni nak buat apa kalau tak upload kat Youtube, bolehlah korang yang minat KPOP ni tengok.

Enjoy!

KPOP Male Artists Live Performance in Seoul, Korea


Camna? Bolehlah kan..kalau nak ada lagi. Ada tarian breakdance dan KPOP female artists saya nak upload nanti. Tunggu okey!


Share:
Read More
, , , , , , , , ,

Orang utara jom kita pi Gold Coast!



Baru-baru ni terlepas nak join wifey pergi JB sebab kena jaga anak-anak kat rumah. Nanny demam tak dpt datang. Okey, hari Ahad dia datang tapi tak sampai 24 jam dia buka mulut cakap nak berhenti kerja. Aduh, alasan boring takde geng dan plan asalnya nak ajak adik dia teman kerja kat rumah saya tak menjadi sebab adiknya taknak.

Kelam kabut la kitorang cari bibik lain malam tu. Yelah, nak pergi Utara ni tak boleh cancel dah appointment. Malam tu Dibah call sini sinun akhirnya jumpalah sorang ni ejen ni. Malam tadi kami pergi jumpa bibik tu dan kami berkenan, dan dia setuju kerja dgn kami. Syukur Alhamdulillah, senang pulak kali ni. 

Anak sulung dan kedua kami terpaksa tinggal dgn nanny dan kami angkut baby dgn bibik baru datang utara. Kebetulan pula baby tak brp sihat memang nasib baiklah. Rezeki Allah nak bagi kan. Boleh fokus dgn bisnes kat utara ni.

Malam ni bermalam kat Perai, pagi esok masuk Pulau Pinang bermalam kat sana satu malam. Nampaknya team kat utara ni makin berkembang, syukurlah. Masing-masing dah jadi leader dlm Awesomazing Team ni. Semua tengah pecut ke garisan penamat 31 Oktober nak dapatkan tiket free ke Gold Coast! Confirm meriah kat Gold Coast nanti ni. 

Peluang bercuti ke GOLD COAST percuma dengan Awesomazing Team

Eh you all nak pi Gold Coast free? Kalau anda suka Coffee then mesti ambil peluang ni. Nak tau mcmana dgn Mineral Coffee blh dpt tiket free dgn mudah??



Share:
Read More
, , , , , , , , , , ,

Kenangan GLAM Dinner 2012



Tahun ini Green Leaders Academy Malaysia (GLAM) sekali lagi akan mengadakan majlis makan malam bersama founder GLAM, Hanis Haizi dan Razali Zain. Kalau tahun lepas, GLAM Dinner diadakan di Hotel JW Marriott, KL pada 24.11.12 tapi tahun ni dengar khabar nak buat di Hotel Equatorial Bangi dan GLAM Dinner ni akan berlangsung selepas Majlis Ulangtahun Syarikat ke-21 di MAEPS, Serdang pada 9.11.13.

Saya anggarkan lebih seratus orang yang hadir pada GLAM Dinner tahun lepas dan saya rasa tahun ni mesti semua GLAMpreneur berebut-rebut nak dapatkan tiket masuk kerana jumlah tempat duduk sangatlah terhad. Siapa yang dapat tu tersangatlah beruntung sebab nanti akan ada pertandingan Best Dress lelaki dan perempuan. Hadiah jangan tak hengat, dapat hadiah percutian bernilai beribu ringgit!


GLAM Dinner di JW Marriott KL tahun 2012

Sambil menikmati hidangan makan malam yang sungguh lazat, kami dihiburkan dengan persembahan karaoke dan live band. Tahun ni mesti lagi best sebab geng
makin ramai, mesti kecoh sekampung..hehe. Best kan? Nak pergi jom?!


Share:
Read More
, , , , , , , , , , ,

Gelombang hijau GLAMpreneur menyerang Korea



Perkataan GLAMpreneur sekarang dah famous, tunggu nak masuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka je..hehe. Anyway, maksud GLAM tu Green Leaders Academy Malaysia dan sambungan 'preneur' tu ambilan daripada perkataan entrepreneur. Jadilah GLAMpreneur, usahawan GLAM. Lebih kurang begitulah ye, tapi kalau cari dalam kamus belum ada lagilah ;)

Founder dan co-founder GLAM ni adalah Hanis Haizi dan hubby beliau Razali Zain. Dalam kumpulan GLAM yang besar ni pula dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil dengan gelaran masing-masing yang unik. Diantara kumpulan tersebutlah ada kumpulan kami, digelar Awesomazing Team dibawah pimpinan Adibah Karimah dan saya.

Green Leaders Academy Malaysia going to Seoul Korea
sebahagian drp GLAMpreneur
Jumlah peserta trip ke Seoul, Korea baru-baru ini berjumlah 800 orang dan seramai 160 orang daripada jumlah itu adalah GLAMpreneur! Untuk melancarkan perjalanan semasa di sana, syarikat memecahkan kumpulan besar itu kepada beberapa penerbangan berbeza dan jadual perjalanan kami kena pada 16.09.13 sehingga 20.09.13
.

Awesomazing Team and GLAMpreneur in Seoul Korea
Awesomazing Team
Awesomazing Team of Green Leaders Academy Malaysia in Seoul Korea

Kami terbang menaiki Korean Airlines dari KLIA ke Incheon International Airport, Seoul. Nantikan entry saya seterusnya kalau korang peminat tegar KPOP!


Share:
Read More
, , , , , , , , , ,

Kenangan melancong ke Seoul, Korea


Annyeong-haseyo!
hiihi....maksudnya hello dalam bahasa Korea. Al-maklumlah baru balik dari Korea, terngiang-ngiang lagi ucapan annyeong haseyo tu. Orang Korea ni sopan-santun, berbudi bahasa macam orang kita juga la ;) Sebelum ni masa saya ikut free trip ke Paris, diorang sapa kami dengan perkataan bonjour sehinggakan masa shopping kat Galeri Lafayette semua jurujual dalam tu ucap bonjour bila berselisih. Bayangkan sepanjang berada dalam galeri tu berpuluh-puluh kali kena sampuk dek orang Perancis, sampai keluar masuk bas pun mulut ni duk asyik cakap bonjour...bonjour...bonjour...hehee

Hati rasa nak cerita panjang tapi sejak balik Korea haritu sibuk manjang, balik kampung ambil anak-anak, appointment sana sini bantu business partners nak qualify tiket free ke Gold Coast. Tambah lagi takde pembantu rumah, memang tak cukup tangan kami nak uruskan bisnes dan anak-anak. Takpe jangan risau, nanti saya akan terus update cerita-cerita best sepanjang kami kat Korea.

Kenangan bersama Awesomazing Team di Seoul, Korea

Sepanjang berada di sana, kami tag gambar-gambar dengan hashtag #AwesomazingKorea dan #AwesomazingTrips. Kalau nak puas lagi bolehlah tengok dalam Instagram sendiri, kat situ ada lebih 600 keping gambar kami. Semuanya menarik dan tertarik...cewahh! 


Okey tak gambar-gambar tu? Nak lagi klik #AwesomazingKorea. Ada banyak lagi gambar-gambar dalam kamera dan video yang akan di upload lepas ni. Sekarang agak sibuk sebab ni bulan terakhir nak kejar tiket free ke Gold Coast, Australia. Kalau korang nak join kami jangan segan silu cepat-cepat pm saya okey!


Share:
Read More