Memaparkan catatan dengan label AwesomazingKorea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AwesomazingKorea. Papar semua catatan
, , , , , , , ,

Korean Free Trip Videoclip



Korean Free Trip Videoclip

Saja nak promote videoclip ni. Alang-alang buat, biarlah ada orang tengok kan. Kalau dulu simpan gambar je sebagai kenangan tapi sekarang macam-macam cara boleh kita abadikan kenangan. Video actually lagi best daripada gambar pegun, especially kalau dpt rakam babak yang melucukan atau kenangan yg tak mungkin dapat ditunjuk dalam gambar sahaja.


Insya-Allah lepas ni rajin la nak buat video sebab dah ada handycam. Dulu shoot video pakai kamera dslr je, besar dan berat sampai malas nak shoot video banyak-banyak.

Share:
Read More
, , , , , , , , , , , , , , ,

KPOP Live performance in Seoul, Korea



Masa free trip ke Seoul, Korea lepas macam biasa akan ada GALA Dinner. Time tu akan ada persembahan dari negara yang dilawati. Kalau Korea apa lagi, mestilah KPOP kan. Video ni saya shoot sikit-sikit je, yelah bukannya saya ni peminat KPOP. Dah shoot ni nak buat apa kalau tak upload kat Youtube, bolehlah korang yang minat KPOP ni tengok.

Enjoy!

KPOP Male Artists Live Performance in Seoul, Korea


Camna? Bolehlah kan..kalau nak ada lagi. Ada tarian breakdance dan KPOP female artists saya nak upload nanti. Tunggu okey!


Share:
Read More
, , , , , , , , , , , ,

Turkish Sticky Ice Cream



Pernah makan Turkish Sticky Ice Cream tak? Saya makan aiskrim ni kat Seoul haritu, masa free trip. Rasanya kat KL ni pun ada tapi tak sure mana nak cari, sebab kat Singapura ada. Bagi yang belum pernah makan tu kalau jumpa cubalah try, rasanya memang sedap....sedap macam aiskrim la :D

Mula-mula kitorang tak perasan yang aiskrim ni halal sebab tengok yang jual tu mamat Korea tapi tiba-tiba dia tegur dan cakap aiskrim ni halal. Pastu baru nampak banner dia, Turkish Sticky Ice Cream dan tokey dia tu orang Turkey muslim. Apalagi semua pakat belilah, dapat enjoy free show lagi. Harga duit kita RM10 lebih kurangla, agaknya termasuk service charge show la tu ;)

 
Enjoy the show!

Share:
Read More
, , , , , , , , , , ,

Gelombang hijau GLAMpreneur menyerang Korea



Perkataan GLAMpreneur sekarang dah famous, tunggu nak masuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka je..hehe. Anyway, maksud GLAM tu Green Leaders Academy Malaysia dan sambungan 'preneur' tu ambilan daripada perkataan entrepreneur. Jadilah GLAMpreneur, usahawan GLAM. Lebih kurang begitulah ye, tapi kalau cari dalam kamus belum ada lagilah ;)

Founder dan co-founder GLAM ni adalah Hanis Haizi dan hubby beliau Razali Zain. Dalam kumpulan GLAM yang besar ni pula dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil dengan gelaran masing-masing yang unik. Diantara kumpulan tersebutlah ada kumpulan kami, digelar Awesomazing Team dibawah pimpinan Adibah Karimah dan saya.

Green Leaders Academy Malaysia going to Seoul Korea
sebahagian drp GLAMpreneur
Jumlah peserta trip ke Seoul, Korea baru-baru ini berjumlah 800 orang dan seramai 160 orang daripada jumlah itu adalah GLAMpreneur! Untuk melancarkan perjalanan semasa di sana, syarikat memecahkan kumpulan besar itu kepada beberapa penerbangan berbeza dan jadual perjalanan kami kena pada 16.09.13 sehingga 20.09.13
.

Awesomazing Team and GLAMpreneur in Seoul Korea
Awesomazing Team
Awesomazing Team of Green Leaders Academy Malaysia in Seoul Korea

Kami terbang menaiki Korean Airlines dari KLIA ke Incheon International Airport, Seoul. Nantikan entry saya seterusnya kalau korang peminat tegar KPOP!


Share:
Read More
, , , , , , , , , ,

Kenangan melancong ke Seoul, Korea


Annyeong-haseyo!
hiihi....maksudnya hello dalam bahasa Korea. Al-maklumlah baru balik dari Korea, terngiang-ngiang lagi ucapan annyeong haseyo tu. Orang Korea ni sopan-santun, berbudi bahasa macam orang kita juga la ;) Sebelum ni masa saya ikut free trip ke Paris, diorang sapa kami dengan perkataan bonjour sehinggakan masa shopping kat Galeri Lafayette semua jurujual dalam tu ucap bonjour bila berselisih. Bayangkan sepanjang berada dalam galeri tu berpuluh-puluh kali kena sampuk dek orang Perancis, sampai keluar masuk bas pun mulut ni duk asyik cakap bonjour...bonjour...bonjour...hehee

Hati rasa nak cerita panjang tapi sejak balik Korea haritu sibuk manjang, balik kampung ambil anak-anak, appointment sana sini bantu business partners nak qualify tiket free ke Gold Coast. Tambah lagi takde pembantu rumah, memang tak cukup tangan kami nak uruskan bisnes dan anak-anak. Takpe jangan risau, nanti saya akan terus update cerita-cerita best sepanjang kami kat Korea.

Kenangan bersama Awesomazing Team di Seoul, Korea

Sepanjang berada di sana, kami tag gambar-gambar dengan hashtag #AwesomazingKorea dan #AwesomazingTrips. Kalau nak puas lagi bolehlah tengok dalam Instagram sendiri, kat situ ada lebih 600 keping gambar kami. Semuanya menarik dan tertarik...cewahh! 


Okey tak gambar-gambar tu? Nak lagi klik #AwesomazingKorea. Ada banyak lagi gambar-gambar dalam kamera dan video yang akan di upload lepas ni. Sekarang agak sibuk sebab ni bulan terakhir nak kejar tiket free ke Gold Coast, Australia. Kalau korang nak join kami jangan segan silu cepat-cepat pm saya okey!


Share:
Read More