Memaparkan catatan dengan label cari makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cari makan. Papar semua catatan
, , , , , , , , , , , ,

Turkish Sticky Ice Cream



Pernah makan Turkish Sticky Ice Cream tak? Saya makan aiskrim ni kat Seoul haritu, masa free trip. Rasanya kat KL ni pun ada tapi tak sure mana nak cari, sebab kat Singapura ada. Bagi yang belum pernah makan tu kalau jumpa cubalah try, rasanya memang sedap....sedap macam aiskrim la :D

Mula-mula kitorang tak perasan yang aiskrim ni halal sebab tengok yang jual tu mamat Korea tapi tiba-tiba dia tegur dan cakap aiskrim ni halal. Pastu baru nampak banner dia, Turkish Sticky Ice Cream dan tokey dia tu orang Turkey muslim. Apalagi semua pakat belilah, dapat enjoy free show lagi. Harga duit kita RM10 lebih kurangla, agaknya termasuk service charge show la tu ;)

 
Enjoy the show!

Share:
Read More
, , , , , , , , , , ,

Jalan-Jalan Cari Makan di Kota Kinabalu



Jalan-jalan cari makan ada dua maksud iaitu makan-makan dan kedua cari makan berbisnes. Tujuan utama nak berjumpa rakan kongsi di Kota Kinabalu, selain makan angin. Walaupun hanya dua hari berada di sana namun banyak benda sempat kami buat. Terima kasih kepada Afiza, salah seorang rakan kongsi kami di Sabah yang menjadi pemandu pelancong kami di sana.
Awesomazing Team Sabah sedang giat berkembang maju
Sebelah siang kami berkumpul dan berbincang tentang perkembangan dan perancangan strategi untuk meluaskan empayar Awesomazing Team Sabah di sana. Selain itu sempat juga kami berjumpa dengan beberapa orang rakan kongsi baru untuk menyuntik ilmu dan semangat.

Selain Afiza, Mardiah juga salah seorang leader kami di sana. Dia adalah direct protege kepada Kamaliyah Ramli bahagian Sabah. Mereka berdua menunjukkan prestasi yang bagus dan berpotensi untuk terus berjaya walaupun berada jauh di sana. Mereka ni pun dah dapat tiket melancong free ke Korea bulan September ni dalam pakej lepas. Sekarang tengah berusaha nak bawa lebih ramai rakan kongsi ke Gold Coast, Australia.

Makan lobster king dan seafood di Pasar Filipino Sabah

Hari pertama di sana kami berbuka puasa di Pasar Filipino (Philippines Market). Kat sini terkenal dengan makanan laut atau seafood yang pelbagai dan sangat murah terutamanya udang galah dan lobster. Saya yang belum pernah merasa lobster memang takkan lepaskan peluang ni.

Makan seafood dan lobster di Pasar Filipino Sabah

Selain ikan bakar dan sotong bakar, kami makan lobster masak merah. Sungguh bah lazat! Isi lobster ni rasa macam udang juga tapi lebih liat dan manis.

Makan seafood di Pasar Filipino Sabah

Kalau korang pergi ke Kota Kinabalu memang wajib makan kat sini. Walaupun suasana kat sini macam pasar malam yang sesak tapi amat berbaloi makan kat sini.

Pasar Filipino di Kota Kinabalu Sabah jual makanan laut kering

Selain tu, kat Pasar Filipino ni korang boleh beli souvenir, pelbagai jenis kerepek dan keropok tradisional Sabah seperti amplang serta pelbagai makanan laut kering seperti udang kering, ikan kering, sotong kering dan gamat kering. Harga semuanya murah-murah.


Share:
Read More