Memaparkan catatan dengan label Kota Kinabalu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kota Kinabalu. Papar semua catatan
, , , , , , , , , , ,

Jalan-Jalan Cari Makan di Kota Kinabalu



Jalan-jalan cari makan ada dua maksud iaitu makan-makan dan kedua cari makan berbisnes. Tujuan utama nak berjumpa rakan kongsi di Kota Kinabalu, selain makan angin. Walaupun hanya dua hari berada di sana namun banyak benda sempat kami buat. Terima kasih kepada Afiza, salah seorang rakan kongsi kami di Sabah yang menjadi pemandu pelancong kami di sana.
Awesomazing Team Sabah sedang giat berkembang maju
Sebelah siang kami berkumpul dan berbincang tentang perkembangan dan perancangan strategi untuk meluaskan empayar Awesomazing Team Sabah di sana. Selain itu sempat juga kami berjumpa dengan beberapa orang rakan kongsi baru untuk menyuntik ilmu dan semangat.

Selain Afiza, Mardiah juga salah seorang leader kami di sana. Dia adalah direct protege kepada Kamaliyah Ramli bahagian Sabah. Mereka berdua menunjukkan prestasi yang bagus dan berpotensi untuk terus berjaya walaupun berada jauh di sana. Mereka ni pun dah dapat tiket melancong free ke Korea bulan September ni dalam pakej lepas. Sekarang tengah berusaha nak bawa lebih ramai rakan kongsi ke Gold Coast, Australia.

Makan lobster king dan seafood di Pasar Filipino Sabah

Hari pertama di sana kami berbuka puasa di Pasar Filipino (Philippines Market). Kat sini terkenal dengan makanan laut atau seafood yang pelbagai dan sangat murah terutamanya udang galah dan lobster. Saya yang belum pernah merasa lobster memang takkan lepaskan peluang ni.

Makan seafood dan lobster di Pasar Filipino Sabah

Selain ikan bakar dan sotong bakar, kami makan lobster masak merah. Sungguh bah lazat! Isi lobster ni rasa macam udang juga tapi lebih liat dan manis.

Makan seafood di Pasar Filipino Sabah

Kalau korang pergi ke Kota Kinabalu memang wajib makan kat sini. Walaupun suasana kat sini macam pasar malam yang sesak tapi amat berbaloi makan kat sini.

Pasar Filipino di Kota Kinabalu Sabah jual makanan laut kering

Selain tu, kat Pasar Filipino ni korang boleh beli souvenir, pelbagai jenis kerepek dan keropok tradisional Sabah seperti amplang serta pelbagai makanan laut kering seperti udang kering, ikan kering, sotong kering dan gamat kering. Harga semuanya murah-murah.


Share:
Read More
, , , , , , , , , , , , ,

Awesomazing Team Sabah



Awesomazing Team ni actually gelaran bagi kumpulan CDM Adibah dalam GLAM, atau nama penuh Green Leaders Academy Malaysia. Setakat ini, selama dua tahun saya dan Adibah menjerumuskan diri dalam bisnes ni kumpulan kami semakin berkembang. Walaupun kami menetap di Kuala Lumpur tapi rakan kongsi kami berkembang ke seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei.

Ianya seumpama francais, bila ada rakan kongsi yang join dengan team kami, dia akan berkembang sebagai satu kumpulan di tempat sendiri. Untung ada internet, semuanya dihujung jari. Training, tools  dan komunikasi semuanya secara online. Tambah lagi ada pelbagai aplikasi smartphone atau android, mesej dan perbualan telefon pun dah jadi percuma.

Sekarang dah berubah, tak kira dimana kita berada semua boleh buat bisnes. Dengan online social media pasaran semakin besar. Mudah sungguh nak berbisnes cuma mahu atau tidak sahaja. Dalam bisnes ni, duduk kat rumah pun boleh jual barang, boleh kembangkan bisnes tanpa perlu keluar modal besar, tanpa perlu upah pekerja, sewa kedai dan sebagainya. Risiko sangat kecil tapi potensi keuntungan sangat besar.

              Awesomazing Team Sabah membuka peluang bisnes kpd org Sabah

Pagi esok saya dan Adibah akan bertolak ke Kota Kinabalu, Sabah untuk berjumpa kumpulan kami di Sabah. Kepada sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut macamana untuk memulakan bisnes yang hebat ini boleh hubungi terus isteri saya, Adibah di 019-6615447 atau boleh melalui saya sendiri di 012-3433661. Boleh emel juga ke adibahkarimah@gmail.com atau hasbibinharun@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.


Share:
Read More