Memaparkan catatan dengan label insomnia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label insomnia. Papar semua catatan
, ,

Kurang Tidur Punca Gemuk?


Kurang tidur punca gemuk, betul ke? biasanya kita dengar orang cakap punca gemuk tu makan berlebihan, malas bersenam, ataupun memang keturunannya badan gemuk. Tapi bagaimana pula kurang tidur boleh jadi punca kegemukan?

Sebenarnya memang benar kekurangan tidur boleh menyebabkan berat badan bertambah. Walaupun kaitan diantaranya tidak begitu difahami tapi saya akan jelaskan secara ringkas.

Apabila kurang tidur tubuh akan menghasilkan kurang hormon leptin sebaliknya lebih banyak hormon ghrelin. Kedua-dua hormon ini berfungsi seperti termostat pemberi maklumat kepada otak tentang status simpanan tenaga dalam badan.

Secara mudahnya, hormon leptin membuat kita merasa kenyang. Manakala hormon ghrelin membuat kita merasa lapar dan lebih suka makanan tinggi karbohidrat dan berlemak. Kurang tidur umpama 'cara terhormat menjadi gemuk' apabila makan berlebihan kerana sentiasa merasa lapar.
kurang tidur buat hormon ghrelin naik dan leptin turun
Berdasarkan satu hasil kajian, Persatuan Endokrinologi mencadangkan sekiranya seseorang itu kurang tidur selama 30 minit setiap hari selama seminggu ia akan mendedahkan risiko obesiti dan diabetis.

Kajian skala yg lebih besar, seramai 225 org peserta, mendapati bahawa sesiapa yg tidur hanya 4 jam setiap malam selama 5 hari berterusan mereka hampir menambah berat badan 2 paun berbanding mereka yg tidur 10 jam.

Seseorang yang kurang tidur atas apa jua alasan, seperti kerja malam atau aktiviti sosial akan mempunyai masa yang panjang dan lebih peluang untuk makan secara berlebihan, yang akhirnya mendorong kepada obesiti.

Satu kajian berskala kecil dilakukan, dimana sekumpulan 30 org yg sengaja kurang tidur didapati akan mengambil jumlah kalori terlebih 300 kalori setiap hari, mengikut kajian The American Journal of Clinical Nutrition.

Kurang tidur juga menyebabkan badan menjadi letih serta fungsi kawalan suhu badan terganggu menyebabkan mereka malas untuk bersenam dan memilih untuk tidur diwaktu petang. Mereka akan makan berlebihan untuk menambah tenaga, mengambil minuman tenaga dan berkafein.

Bila tiba waktu malam, mereka akan sukar untuk lelapkan mata kerana terlebih tidur disiang hari dan kesan daripada kafein. Ia akan berterusan setiap hari dan menyebabkan 'vicious cycle' dimana ia menjadi semakin serius.
teori bagaimana kurang tidur jadi punca obesiti
Adakah anda salah seorang yang menghadapi masalah kurang tidur? Jangan biarkan ia berlarutan, dapatkan rawatan sebelum terlambat. Tahukah anda kurang tidur juga menyumbang kepada penyakit lain seperti diabetis, kolesterol tinggi dan sakit jantung?


Share:
Read More
, , , , ,

Promosi Huru-Hara Bio Velocity Sleep Mate


ATAS PERMINTAAN RAMAI

PROMOSI “HURU-HARA BIO VELOCITY SLEEP MATE” DILANJUTKAN SEHINGGA 31 DEC 2018 !!!

Terbukti Dengan Pelbagai Testimoni PANASS Seluruh Malaysia!!
bio velocity sleep mate (bvsm) harga murah

sesuai untuk..

• penyakit strok
• asma
• migrain
• insomnia
• sakit belakang
• kebas-kebas tangan/kaki
• cepat letih dan lesu
• darah tinggi
• kanser
• gout

“TIADA KESAN SAMPINGAN”.

KINI SEMUA MAMPU MILIKI DAN RASAI DUNIA KEHEBATAN TILAM BIO VELOCITY SLEEP MATE!

-->> SAVE UP TO 70% !!
-->> STOK TERHAD! ORDER SEKARANG!!

PM kami untuk tempahan atau sebarang pertanyaan:

ATAU Whatssap/sms terus kepada : 
Adibah 019-6615447 atau 012-3433661




Share:
Read More
, , , , , , , , ,

Cara mudah membuktikan Tenaga Bio Velocity


Semua orang sudah tahu Hukum Keabadian Tenaga yang mengatakan 'tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, tetapi boleh berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain'.

Jika tenaga haba dapat dirasa panasnya, tenaga bunyi dapat didengar bisingnya, tenaga elektrik boleh kena renjatannya. Bagaimana pula tenaga dari pelapik Bio Velocity?

Jom lihat demo ringkas ini. Bagaimana tenaga badan bertambah, lebih stabil dan seimbang hanya selepas 10 saat dikenakan dengan Bio Velocity Sleep Mate!

Demo pelapik Bio Velocity oleh Dr Hasbi ketika Hari Bio Velocity
Seorang sukarela dijemput naik pentas untuk menguji tahap keseimbangan badan dalam demo ringkas.

Demo pelapik Bio Velocity Sleep Mate oleh Dr Hasbi ketika Hari Bio Velocity
Ujian keseimbangan badan. Beliau tidak dapat mengekalkan keseimbangan badannya dalam keadaan begini walaupun saya hanya menekan pergelangan tangannya dengan perlahan.

Demo pelapik Bio Velocity oleh Dr Hasbi ketika Hari Bio Velocity KL
Jam tangan beliau diletakkan atas pelapik Bio Velocity salama 10 saat.

Demo tubuh menjadi seimbang selepas 10 saat guna Bio Velocity oleh Dr Hasbi
Selepas beliau memakai jam itu badannya menjadi lebih 'kuat', 'stabil' dan 'seimbang' walaupun saya menekan tangannya dengan lebih kuat!

JOM SAKSIKAN KLIP VIDEO TERSEBUT:


Menarik bukan? Jadi bagaimana kesannya jika pelapik Bio Velocity ini digunakan semasa tidur selama 8 jam sehari selama satu minggu, satu bulan, tiga bulan? sila pakai dulu baru tahu kesannya.

Jika ada sebarang pertanyaan atau berminat untuk menjadi wakil jualan produk ini sila Wassap saya:



Share:
Read More
, , , , , , , , ,

Sakit kepala berbelas tahun sembuh lepas guna Bio Velocity


Sakit kepala yang dideritai selama berbelas tahun akhirnya sembuh setelah dapat tidur lena dengan pelapik Bio Velocity. 


Puan Hasnah, seorang yang sangat peramah. Pertama kali saya berjumpa dengan ibu (nama glamer Puan Hasnah) memang saya tak menyangka yang beliau sudah berumur 61 tahun sebab nampak macam 'forties' je.

Anak ibu, Puan Nurul Aida sebenarnya rakan niaga ATeam saya juga. Satu hari beliau minta nasihat saya berkenaan ibu yang demam tak kebah-kebah sejak seminggu menggunakan pelapik bvsm yang diberikannya.

Kami masing-masing memang sudah sedia maklum bahawa kemungkinan besar ibu sedang mengalami satu tempoh yang dikenali sebagai 'healing crisis' dimana ianya proses normal tubuh mengeluarkan toksik dari badan.

Setiap individu berlainan tindak-balas healing crisis atau bahasa kita melawan ubat. Saya sempat menelefon ibu dan bertanya khabar. Beliau memahami walaupun badan terasa amat lemah seolah-olah bertambah teruk selepas guna bvsm.

Akhirnya beberapa minggu lepas tu saya berpeluang untuk datang berjumpa dengan ibu dan keluarganya. Syukur masa tu ibu sudah melepasi tempoh healing crisis dan bertambah sihat.

Rupa-rupanya sakit kepala yang dideritai selama berbelas tahun sebenarnya berkait-rapat dengan masalah tidur yang dihidapi. Ibu sebenarnya ada penyakit insomnia, iaitu penyakit sukar tidur.

Diantara gejala penyakit insomnia yang ibu alami adalah kerap terjaga ketika tidur dan sukar untuk tidur kembali. Secara purata ibu hanya dapat tidur 4 jam saja setiap malam.

Keadaan ini semakin teruk sehinggakan ibu dirujuk kepada pakar neurologi untuk rawatan lanjut. Bermacam jenis ubat penahan sakit dan vitamin saraf diambil namun ia hanya untuk bertahan sekejap sahaja.

Akhirnya, ibu terpaksa berhenti mengajar sukan bola jaring di sekolah semenjak 6 bulan lalu kerana terlalu sakit kepala, pening dan badan keletihan.

Ibu Hasnah ni sebenarnya seorang yang aktif bersukan sejak muda dan juga jurulatih bola keranjang. Sebab itulah ibu masih nampak muda, selain tidak menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Sekarang ibu Hasnah sudah sembuh dan kembali aktif melatih pasukan bola jaring sekolah. Sakit kepala dah tiada dan tak perlu lagi makan sebarang ubat. Setiap malam ibu dapat tidur lena lebih 4 jam tanpa terjaga.

Testimoni pelapik Bio Velocity Puan Hasnah sembuh sakit kepala dan insomnia
diantara gejala-gejala penyakit ibu Hasnah

Testimoni pelapik Bio Velocity sembuh sakit kepala dan insomnia
kesan 'healing crisis' yang dialami ibu Hasnah

Testimoni pelapik Bio Velocity Puan Hasnah sembuh sakit kepala teruk dan insomnia
kini ibu sudah kembali melatih pasukan bola jaring

Testimoni Bio Velocity Pn Hasnah sembuh penyakit insomnia
ketika menghadiri Hari Bio Velocity pada 8.4.17

Testimoni Bio Velocity Pn Hasnah berkongsi bagaimana sembuh penyakit insomnia
Ibu Hasnah seronok menceritakan pengalamannya dihadapan 2 ribu penonton

Testimoni Bio Velocity Sleep Mate Pn Hasnah sembuh penyakit insomnia
Tahniah ibu Hasnah! 
Semoga pengalaman ibu menjadi inspirasi kepada semua orang terutamanya yang mengalami masalah yang sama.

Adakah anda mempunyai sebarang soalan berkenaan pelapik Bio Velocity?
saya sedia menjawabnya, sila wassap soalan ke:



Share:
Read More
, , , , , , ,

Kisah ayah sebagai testimoni pelapik Bio Velocity


Semasa Hari BIO VELOCITY pada 8 April lepas, saya ada menceritakan kisah pengalaman ayah saya sendiri setelah menggunakan pelapik Bio Velocity kira-kira 4 tahun lalu.

Ketika itu saya dijemput sebagai wakil testimoni bvsm, bercerita mewakili ayah saya dalam majlis yang sama, Hari BIO VELOCITY yang diadakan pada 29.9.2013.

Kira-kira 3000 orang datang dari seluruh negara untuk mengetahui kelebihan pelapik Bio Velocity yang disahkan keberkesanannya untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia oleh Prof. Edward Krizanhovsky, seorang pakar fizik dari Rusia.

Saya ingin sekali nak berkongsi laporan kajian yang dilakukan oleh profesor tersebut tetapi hari ini saya nak tunjukkan klip video pendek ayah saya yang digunakan sebagai testimoni ketika tu.

Masa tu ayah saya berusia 87 tahun, sudah lumpuh dan berkerusi roda selama setahun. Tetapi boleh bangun dan berjalan selepas hanya 3 hari menggunakan pelapik bvsm. Sangat luarbiasa.. 


Alhamdulillah walaupun sekarang ayah saya sudah berusia 91 tahun tetapi ingatannya masih kuat. Beliau sudah berhenti menjalankan tugas sebagai tukang kadi namun masih mengajar mengaji di rumah.

Walaupun tahap kesihatan ayah saya tidak berapa menentu sejak akhir-akhir ini tetapi dia sangat suka menghabiskan masa bercucuk tanam di kebun belakang rumah. Saya doakan ayah panjang umur dan dikurniakan kesihatan berpanjangan. Amiinn.

Soalan? sila wassap ke http://www.wasap.my/60123433661


Share:
Read More
, , , , , , , ,

CDM Dr Hasbi sebagai panel Hari BIO VELOCITY


Hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum tibanya Konferens Hari BIO VELOCITY yang akan berlangsung pada hari Sabtu depan, bertarikh 8 April 2017 bertempat di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Sesuai dengan tagline "The Secret to Good Life : GOOD SLEEP" kali ini Sahajidah Hai-O akan membicarakan kepentingan tidur yang berkualiti untuk memperolehi tahap kesihatan yang optimum dengan menggunakan pelapik Bio Velocity Sleep Mate.

Saya adalah salah seorang panel jemputan yang akan menyampaikan laporan kajian klinikal terbaru yang menunjukkan pelapik Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) mampu meningkatkan kualiti tidur seseorang.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut sila hubungi saya dinombor 012-3433661 sekarang juga kerana saya ada 10 tiket masuk ke konferens Hari BIO VELOCITY untuk diberikan PERCUMA kepada anda.

Dr Hasbi sebagai panel jemputan menyampaikan laporan kajian klinikal Bio Velocity Sleep Mate mampu meningkatkan kualiti tidur pada Hari BIO VELOCITY

Wasap Sekarang ke:




Share:
Read More
, , , , , , , , ,

Tiga posisi tidur yang sesuai jika sakit belakang


Sukarnya nak tidur jika mengalami sakit belakang, betul kan? Setiap kali nak baring atau bergerak terasa amat sakit. Saya pernah rasa suatu ketika dulu, sakit belakang yang amat serius. Sampaikan setiap kali nak bangkit terpaksa berpusing dan merangkak perlahan-lahan untuk bangun. Tersilap sikit sakitnya bukan kepalang lagi.

Saya nak berkongsi cara tidur yang betul agar sakit belakang cepat lega dan tidak berpanjangan. Caranya adalah tidur dalam posisi yang tidak memberi tekanan kepada tulang belakang. Tidur dalam posisi neutral, dimana tulang belakang tidak terlalu melengkung atau tidak terlalu lurus.

Tiga posisi tidur yang sesuai untuk orang yang mengalami sakit belakang:


posisi tidur mengiring boleh mengurangkan sakit belakang disamping penggunaan lapik tilam bio velocity sleep mate
Bila tidur mengiring, letakkan sebiji bantal diantara kedua lutut. Cuba kekalkan kedudukan kaki diatas agar tidak jatuh kebawah. Anda juga boleh letak segulung tuala kecil di bawah pinggang agar lebih selesa. Bagi orang Islam, posisi tidur mengiring adalah sunnah Nabi dan banyak kebaikannya untuk kesihatan.
terapi tidur posisi menelentang untuk mengurangkan sakit belakang dgn bio velocity sleep mate
Bila tidur terlentang, letakkan sebiji bantal di bawah kedua lutut. Anda juga boleh letak segulung tuala kecil di bawah lengkung belakang untuk rasa lebih selesa.
terapi tidur posisi meniarap untuk mengurangkan sakit belakang dgn bio velocity sleep mate

Kebanyakan orang dapati dua cara pertama berkesan, tetapi jika tidak anda boleh cuba tidur meniarap dan letakkan sebiji bantal dibawah perut. Jika anda menggunakan tilam yang terlalu lembut, mungkin anda akan rasa lebih selesa bila tidur di atas lantai.

Apabila nak bangkit dari tidur, ikut langkah-langkah ini:
  1.  Mengiring ke sebelah mengadap tepi katil
  2. Bengkokkan kedua lutut
  3. Jatuhkan kaki dari tepi katil sambil kedua tangan menolak badan untuk duduk
  4. Mengensot ke tepi katil dan bersedia dengan kedudukan kaki dibawah punggung
  5. Berdiri perlahan-lahan, sambil mengekalkan posisi neutral belakang


testimoni sembuh sakit belakang dgn bio velocity sleep mate terapi tidur
[KLIK SINI]


Share:
Read More
, , , , , , ,

7 Kesan Bahaya Jika Kurang Tidur. No.6 Paling Ngeri.


Semua orang pun tahu tidur amat penting untuk menjaga kesihatan namun berapa ramai yang betul-betul ambil berat pasal tidur? Berapa ramai yang menjaga waktu tidur dan mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti?

Menurut pengamatan saya, ramai pesakit yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan tidak sedar yang penyakit mereka berpunca daripada masalah tidur mereka sendiri. Mereka sangka tidur tak bermasalah tetapi rupanya menghidap insomnia.

Kekurangan tidur boleh memberi kemudaratan kepada badan anda dalam jangka masa pendek. Lama kelamaan, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan kronik dan memberi impak negatif kepada kualiti hidup anda.

Oleh itu, saya nak berkongsi 7 kesan buruk keatas tubuh anda sekiranya tidak dapat tidur yang mencukupi dan berkualiti.

Tujuh (7) kesan bahaya kepada kesihatan jika kurang tidur

No.1 : Kurang tidur dan obesiti

Secara umum, kanak-kanak dan orang dewasa yang mendapat tidur yang terlalu sedikit cenderung untuk mempunyai berat badan lebih daripada orang-orang yang mendapat tidur yang cukup.

Terdapat beberapa cara yang mungkin berlaku apabila seseorang itu kekurangan tidur yang boleh meningkatkan risiko untuk menjadi gemuk. 
  • Orang yang tidak cukup tidur mungkin terlalu letih untuk bersenam, yang mengurangkan aktiviti "kalori dibakar."
  • Atau orang-orang yang kurang tidur mengambil lebih banyak kalori daripada orang-orang yang cukup tidur, semata-mata kerana mereka berjaga lebih lama dan mempunyai lebih banyak peluang untuk makan.
  • Kekurangan tidur juga mengganggu keseimbangan hormon utama yang mengawal selera makan, jadi orang yang kurang tidur mungkin lebih lapar daripada orang-orang yang mendapat cukup rehat setiap malam.
  • Apabila kita berjaga malam, ia mempengaruhi kita untuk mengambil makanan berkabohidrat seperti roti dan piza, berbanding memilih salad. Ini kerana kekurangan tidur memberi kesan kepada bahagian otak yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan memilih jenis makanan.

No.2 : Kurang tidur dan kulit kusam

Jika tidur lambat beberapa hari pun sudah nampak kesan lebam dikeliling mata dan kulit kelihatan tidak bermaya. Apatah lagi kalau kurang tidur berpanjangan dimana ia menyebabkan kulit menjadi kusam, bergaris halus, dan bulatan hitam dibawah mata.

Selain itu jika tak cukup tidur, tubuh akan menghasilkan lebih banyak hormon stres kortisol. Hormon kortisol yang berlebihan akan meleraikan kolagen dalam tubuh, iaitu sejenis protin yang mengekalkan kecantikan dan keanjalan kulit.

Kurang tidur juga menyebabkan tubuh kurang menghasilkan hormon tumbesaran (growth hormone). Semasa muda, hormon tumbesaran menggalakkan pembesaran. Bila semakin tua, hormon ini meningkatkan otot, menyihatkan kulit dan menguatkan tulang.

Malangnya hormon ini hanya dihasilkan ketika tidur sedang lena, dimana gelombang otak adalah perlahan ketika tidur. Ketika inilah berlaku pemulihan sel dan tisu tubuh, membaiki kerosakan tisu semasa kita jaga sepanjang hari.

No.3 : Kurang Tidur dan hilang ingatan

Tidur sangat penting untuk meningkatkan daya tumpuan berfikir. Kurang tidur memberi kesan yang negatif kepada proses pemikiran dari banyak segi.

Pertama, ia melemahkan daya fokus, daya sedar, akal logik, cara berfikir dan daya fikir menyelesaikan masalah. Ini akan menyukarkan proses pembelajaran.

Kedua, semasa tidur pada waktu malam, kitaran tidur akan menyimpan memori di dalam otak. Jika anda tak cukup tidur, anda tak akan dapat mengingat apa yang dipelajari dan dialami pada siang hari.

Cuba nak kekalkan daya memori yang kuat? Cuba dapatkan tidur yang mencukupi. Pada 2009, saintis Amerika dan Perancis mendapati "gelombang otak yang tajam" bertanggungjawab untuk menguatkan memori.

Gelombang ini juga memindahkan informasi yang dipelajari ke bahagian otak neokortex dimana memori lama disimpan. Gelombang ini hanya berlaku ketika kita tidur nyenyak.

No.4 : Kurang tidur dan lemah nafsu seks

Pakar terapi tidur berkata, wanita dan lelaki yang kurang tidur dilaporkan kurang bernafsu seks. Beberapa punca nyata seperti kehabisan tenaga, mengantuk dan tekanan emosi memberi kesan negatif kepada keinginan seks.

Lelaki yang menghidap apnea tidur, iaitu masalah pernafasan yang mengakibatkan gangguan tidur, juga menjadi punca masalah seks.

Kajian yang dilakukan dalam tahun 2002, mengatakan ramai lelaki yang menghidap apnea tidur mempunyai kadar testosteron yang rendah berbanding biasa.

No.5 : Kurang tidur dan penyakit jantung

Dalam banyak sebab kenapa kita perlukan tidur yang bagus, mungkin anda tak rasa ia paling penting untuk menjaga kesihatan jantung. Tetapi sebenarnya betul, beberapa kajian menunjukkan kaitan diantara tempoh masa tidur yang pendek iaitu kurang daripada 6 jam akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Para penyelidik masih kurang faham bagaimana mekanisma yang berlaku diantara tempoh masa tidur yang kurang atau berlebihan dengan penyakit jantung.

Namun menurut Phyllis Zee, MD, PhD, seorang profesor neurologi dan pengarah Program Penyakit Tidur di universiti perubatan di Amerika berkata, "Kekurangan tidur tidak semestinya menyebabkan penyakit jantung, tetapi ia sememangnya meningkatkan risiko penyakit jantung."

Walaupun begitu hubungan diantara apnea tidur dan penyakit jantung semakin jelas. Cuma samada apnea tidur yg sebenarnya menyebabkan penyakit jantung atau sebaliknya masih tidak difahami. Tapi yg pasti jika sekarang anda menghidap apnea tidur, anda mempunyai risiko yg tinggi menghidap penyakit tekanan darah tinggi dimasa akan datang.

No.6 : Kurang tidur dan kerosakan otak

Menurut saintis neuro Dr. Sigrid Veasey, Profesor Madya Perubatan dan ahli Pusat Tidur dan Circadian Neurobiologi di Perelman School of Medicine, mereka telah dapat menunjukkan kehilangan tidur menyebabkan kehilangan sel otak iaitu sel neuron.

Kajian berasingan pula menunjukkan bahawa jika anda tidak dapat tidur yang berkualiti, anda berisiko lebih tinggi untuk mengalami demensia teruk lebih awal.

Tidur akan terganggu pada orang yang mungkin mempunyai penyakit awal Alzheimer tetapi belum lagi hilang ingatan atau masalah kognitif lain seperti dalam kes yang teruk, seperti dilapor oleh penyelidik dari Universiti Perubatan Washington dalam laporan St. Louis 11 Mac di JAMA Neurologi. 

Bukti awal mencadangkan bahawa Alzheimer mungkin menyebabkan pesakit sukar tidur atau kekurangan tidur yang menggalakkan penyakit Alzheimer. Ini kerana masalah tidur adalah gejala biasa bagi pesakitt Alzheimer.

Tetapi saintis baru-baru ini telah mula mengesyaki bahawa kurang tidur juga boleh menjadi penunjuk awal Alzheimer. Kajian mereka adalah yang pertama menghubungkan kaitan antara Alzheimer dan masalah tidur.

No.7 : Kurang tidur dan kematian mengejut

Hanya satu malam sahaja tak tidur boleh menyebabkan seseorang mempunyai fenomena yang dipanggil "tidur mikro" atau terlelap keesokan harinya. Seseorang yang sangat mengantuk akan mula terlelap sekejap-sekejap selama hingga 30 saat. 

Mata sesetengah orang sentiasa terbuka semasa terlelap, tetapi perkara yang membimbangkan mengenai perihal terlelap ialah semasa terlelap, orang itu pada dasarnya adalah 'buta', walaupun mata mereka terbuka, mereka tidak memproses maklumat. Mengantuk memperlahankan tindakbalas refleks seperti keadaan mabuk. 

Kajian menunjukkan bahawa semasa terlelap, otak pergi ke dalam keadaan tidur dengan cepat dan tanpa kawalan. Orang ramai boleh memaksa diri mereka terjaga, tetapi mereka tidak akan bertahan lama sebelum terlelap lagi. 

Keadaan ini boleh menjadi sangat berbahaya, terutamanya jika anda sedang mengendalikan mesin berbahaya atau sedang memandu kenderaan. Banyak kes kemalangan jalanraya berpunca daripada pemandu yang terlelap akibat terlalu mengantuk ketika memandu.



Share:
Read More
, , , , , , , , ,

Hubungan apnea tidur dan penyakit jantung


Apnea tidur obstruktif dan kaitan dgn penyakit jantung

Penyakit pernafasan berkaitan tidur adalah sangat kerap terjadi dikalangan pesakit jantung. Apnea Tidur Obstruktif atau Obstructive Sleep Apnea (OSA) dihidapi oleh 15 juta org dewasa rakyat Amerika dan juga berlaku dalam skala yg besar dikalangan pesakit tekanan darah tinggi dan juga penyakit kardiovaskular yg lain spt penyakit arteri koronari, strok, dan fibrilasi atrium.

Apnea tidur obstruktif (OSA) adalah penyakit tidur yg serius dimana pernafasan menjadi terganggu ketika tidur. Penghidap apnea tidur akan mengalami pernafasan terhenti secara berulang-kali semasa tidur. Kadang-kadang boleh sampai beratus kali. Ini bermakna otak, dan keseluruhan tubuh mungkin mengalami kekurangan oksigen.

Hubungan diantara apnea tidur dan penyakit jantung semakin jelas. Cuma samada apnea tidur yg sebenarnya menyebabkan penyakit jantung atau sebaliknya masih tidak difahami. Tapi yg pasti jika skrg anda menghidap apnea tidur, anda mempunyai risiko yg tinggi menghidap penyakit tekanan darah tinggi dimasa akan datang.

Sukar nak pastikan kaitan sebenar diantara apnea tidur dan penyakit jantung kerana orang yg menghidap apnea tidur selalunya ada penyakit-penyakit lain juga.

Jika rawatan diberi serentak utk merawat penyakit apnea tidur dan tekanan darah tinggi, atau apnea tidur dan kegagalan fungsi jantung, hasil bacaan tekanan darah atau fungsi jantung menjadi lebih baik dibandingkan jika apnea tidur tidak dirawat sekali.

Ini ialah senarai komplikasi penyakit apnea tidur sekiranya tidak dirawat:
  1. Penyakit darah tinggi
  2. Strok
  3. Kegagalan fungsi jantung, rentak jantung tidak sekata dan serangan jantung
  4. Kencing manis
  5. Penyakit kemurungan
  6. Penyakit ADHD bertambah teruk
  7. Sakit kepala
Oleh itu, sekiranya anda mempunyai masalah apnea tidur segeralah dapatkan rawatan sebelum ia melarat dan memudaratkan kesihatan. Harus diingat, satu per tiga drp jangka hayat kita dihabiskan untuk tidur, jadi pastikan anda dapat tidur yg betul2 berkualiti agar mendapat kesihatan yg baik dan panjang umur dgn izin-Nya. Amiinn.



Share:
Read More
, , , , , , ,

Apakah insomnia dan puncanya?


apakah insomnia, punca dan rawatan sukar tidur

Insomnia adalah masalah tidur yg paling kerap berlaku. Ia berlaku apabila seseorang itu susah untuk tidur atau tidurnya tidak lena dan sering terjaga. Punca, simptom dan tahap serius penyakit insomnia berbeza pada setiap pesakit. 

Insomnia mungkin:

  • sukar untuk tidur
  • sukar untuk kekal tidur sepanjang malam
  • terjaga terlalu awal diwaktu pagi 

Gejala insomnia disiang hari:


  • mengantuk disiang hari
  • sentiasa rasa letih
  • mudah marah
  • sukar hendak fokus dan mengingat

Secara amnya, pesakit insomnia mengatakan kualiti hidup mereka menjadi lebih teruk. Insomnia memberi kesan buruk kepada semua aspek kehidupan mereka. Memberi kesan negatif kepada prestasi kerja, mengganggu fokus dalam membuat keputusan dan boleh merosakkam hubungan dgn org sekeliling.

Semua orang kadang2 ada masalah tidur. Biasanya kerana berjaga lewat malam atau bangun terlalu awal pagi disebabkan tuntutan kerja dan sebagainya. Ini bukanlah bermakna anda menghidap insomnia tetapi ianya cuma tak cukup tidur. Masalah selesai bila anda dapat gantikan tidur yang kurang tersebut.

Sebanyak 30-35 peratus dewasa mengadu insomnia. Ia lebih banyak berlaku dikalangan org berumur, wanita, mereka yg mengalami stress dan mereka yg mempunyai penyakit tertentu serta mereka yg menghidap penyakit mental seperti kemurungan.


Insomnia terbahagi kepada dua jenis :
  1. Insomnia primer (primary insomnia) - pesakit insomnia mempunyai masalah tidur yg tidak berkait atau disebabkan oleh masalah kesihatan yg lain.  
  2. Insomnia sekunder (secondary insomnia) - berlaku disebabkan oleh penyakit lain yang sama dihidapi seperti asma, tekanan perasaan, sakit sendi, kesakitan, pedih ulu hati, kesan ubat-ubatan dan sebagainya.

Insomnia juga boleh dikategorikan kpd dua jenis berdasarkan kekerapan dan tempoh gangguan tidur dan simptom pada siang hari:

  1. Insomnia akut (acute insomnia) - jenis insomnia ini berlarutan sehingga 3 bulan. Ia berlaku dalam 15 ke 20 peratus populasi.
  2. Insomnia kronik (chronic insomnia) - insomnia jenis ini berlaku sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan berlarutan sekurang-kurangnya 3 bulan. Lebih kurang 10 peratus populasi menghidap insomnia kronik. 

Punca-punca insomnia akut:
  • tekanan dalam hidup spt hilang pekerjaan, kematian org tersayang, penceraian, berpindah.
  • jatuh sakit
  • gangguan emosi atau keadaan tidak selesa
  • faktor persekitaran spt kebisingan, cahaya terang, suhu melampau (sejuk atau panas) yg mengganggu tidur
  • sesetengah ubat spt ubat selsema, alergi, kemurungan, tekanan darah tinggi dan asma boleh mengganggu tidur
  • gangguan waktu tidur spt jag lag atau bertukar waktu shif bekerja antara siang dan malam 

Punca-punca insomnia kronik :
  • penyakit kemurungan dan/atau kegelisahan
  • stres yg berpanjangan
  • sakit atau tidak selesa pada waktu malam


Rawatan insomnia:


Insomnia akut biasanya tidak memerlukan rawatan. Insomnia yang tidak teruk boleh dicegah atau dirawat dgn mengamalkan tabiat tidur yang bagus. Jika insomnia menyebabkan anda mempunyai gejala disiang hari, doktor mungkin akan memberikan pil tidur utk kegunaan beberapa hari.

Pil tidur membantu anda tidur lena dan mencegah kesan mengantuk pada keesokan hari. Tetapi jangan cuba untuk membeli sendiri di farmasi kerana ia mempunyai kesan buruk jika diambil secara berpanjangan selain kesannya semakin kurang.

Rawatan utk insomnia kronik termasuklah merawat masalah kesihatan lain yg menyebabkan insomnia tersebut. Jika insomnia masih berterusan, maka doktor akan mencadangkan terapi kelakuan. Menukar kelakuan yg mungkin menyebabkan insomnia menjadi lebih teruk dan belajar kelakuan baru yg boleh membantu tidur lena.

Teknik senaman utk menenangkan fikiran, yoga, terapi tidur terkawal dan beberapa teknik lagi juga membantu pesakit mengatasi masalah insomnia.



Share:
Read More
, , , , , , , , ,

Tips merawat sakit kepala migrain tanpa ubat


tips kurangkan sakit kepala migrain

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa tips bagaimana hendak mengurangkan sakit kepala migrain dan cara mencegahnya daripada berulang:

BARING 

Baring dan pejamkan mata dlm bilik gelap selama setengah jam atau lebih. Malah dengan tidur juga menjadi pelega yang tepat. Cuba letakkan pek ais di belakang tengkuk ataupun botol air suam. Berhentilah dari melakukan sebarang pekerjaan, tetapi teruslah berbaring.

Cuba urut atau tekan secara lembut di bahagian yang sakit dan cuba tidur sebagai satu usaha merehatkan minda dan badan

TIDUR BERKUALITI

Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti diantara 7-9 jam sehari kerana migrain senang terjadi sekiranya tidak cukup tidur. Tidur yg cukup 8 jam tidak semestinya tidur yg berkualiti jika sering terjaga atau terganggu spt penyakit insomnia.

SELALU BERSENAM 

Kerap bersenam boleh mengurangkan tekanan fizikal dan emosi. Jika anda kerap sakit kepala, ambil inisiatif untuk berjogging, bersenam dan melakukan aerobik.

Lakukan senaman yang tidak keterlaluan seperti berjalan atau berenang kerana aktiviti lasak boleh mencetuskan migrain.

Lakukan senaman yoga atau meditasi untuk menenangkan minda sekaligus dapat mengurangkan serangan migrain. Luangkan masa sejam setiap hari untuk aktiviti hobi yang menyeronokkan seperti membaca komik atau berkebun.

JAUHI PANCARAN MATAHARI 

Berehat dalam bilik gelap. Jika bilik terang, tariklah tabir atau langsir supaya cahaya dari luar tidak menembusi bilik anda. Jika sedang menghadap skrin komputer dan televisyen, berehatlah, pancaran cahaya dari skrin juga boleh menambahkan rasa sakit kepala 

FIKIRKAN PERKARA YANG MENENANGKAN 

Sakit kepala ada kalanya timbul akibat stress dan terlalu banyak perkara yang difikirkan. Apakah anda kerap mengerutkan dahi, meninggikan suara ketika marah mahupun menjerit ketika dalam kesesakan jalan raya?

Jika jawapannya ya, kurangkan dari bersikap begitu. Jika situasi begitu anda lalui, berhentilah, kemudian menarik nafas dalam-dalam sebanyak dua kali. 

TUAM MATA 

Celupkan kain atau tuala bersih ke dalam ais. Demahkan ke bahagian mata yang sakit atau kepala anda. Jika tidak berkesan, gunakan pula air suam. Lakukan selama setengah jam.

BERHENTI MEROKOK DAN JAUHI MINUMAN KERAS 

Jika anda merokok, ambil inisiatif untuk berhenti. Begitu juga jika anda seorang yang meminum minuman keras, berhentilah dari mengambilnya

ELAKKAN MAKANAN PENCETUS

Kenalpasti makanan yang boleh mencetuskan migrain dan kemudian mestilah dielak sepenuhnya. Kebiasaannya makanan yang mengandungi Tyramine seperti keju, daging salai dan ikan salai.

KURANGKAN KAFEIN 

Jika anda gemar meminum kopi dan teh lebih dari secawan setiap hari, cuba kurangkanlah. Tapi, jangan terus berhenti mengambilnya secara drastik kerana ia juga boleh menyebabkan anda diserang sakit kepala. Kaedah terbaik dengan mengurangkan kepada setengah cawan setiap hari. Lama-lama anda akan boleh terus berhenti tanpa gangguan serangan sakit kepala.

Walaupun kafein bukanlah penyebab migrain tetapi jika diambil secara berlebihan ia akan trigger migrain bila kandungan kafein dlm darah berkurang. Tapi hal ini terjadi dlm 2% saja drp populasi.

VITAMIN DAN MINERAL TAMBAHAN

Ambil vitamin dan mineral tambahan yang mengandungi vitamin B12 dan magnesium. Kebanyakan drp kita memang sukar utk kekalkan pemakanan seimbang kerana terlalu sibuk dgn urusan kerja setiap hari dan pengambilan suplemen tambahan boleh membantu.

Walau apa pun usaha yang dilakukan, jangan lupa berdoa kepada Allah semoga disembuhkan penyakit migrain yang dihidapi. Insya-Allah.


sembuh migrain tanpa ubat hanya dgn lapik tilam bvsm


Share:
Read More
, , , , , , , ,

Testimoni alas tilam BVSM - sakit kepala migrain


Sakit kepala migrain biasanya amat sakit dan mempunyai simptom lain selain sakit di bahagian kepala. Simptom tersebut selalunya:

  • rasa loya
  • sakit di belakang sebelah mata atau telinga
  • sakit di bahagian pelipis kepala
  • nampak bintik hitam atau cahaya silau dalam pandangan mata
  • sensitif kepada cahaya atau bunyi
  • hilang penglihatan sementara
  • muntah

Ini saya kongsi beberapa fakta penting mengenai sakit kepala dan migrain:

  • Bagaimana sakit kepala migrain berlaku masih belum difahami sepenuhnya.
  • Migrain dan sakit kepala akibat ketegangan tidak boleh diubati sepenuhnya tetapi boleh disekat atau dikurangkan menerusi pengubatan, termasuk bahan ''beta blocker'', dan pengelakan faktor penyebab.
  • Sakit kepala migrain boleh dimulai dengan aura gangguan deria rasa diikuti dgn sakit sebelah kepala yg teruk
  • Sakit kepala migrain boleh menyerang pada sebarang masa walaupun biasanya ini bermula pada usia belasan tahun dan memuncak pada usia antara 35 dan 45 tahun dan kemudian reda.
  • Sesetengah pesakit migrain boleh mengenalpasti faktor penyebab migrain (trigger) seperti alergi, cahaya terang dan stress.
  • Kajian juga menunjukkan lebih ramai wanita daripada lelaki mengalami migrain dan sakit kepala akibat ketegangan. Ini mungkin disebabkan perubahan hormon yang dialami wanita semasa haid. Wanita yang memakan pil lebih mirip menghidap migrain.

Testimoni alas tilam BVSM - Sakit Kepala Migrain


Nama : Puan Shaharima (Rima)
Umur : 26 tahun
Penyakit : Sakit kepala migrain teruk selama 11 tahun, tak lega dgn ubat penahan sakit.

testimoni puan rima pesakit migrain sembuh lepas guna lapik tilam bvsm

Beliau menghidap sakit kepala migrain yg sangat teruk selama 11 tahun. Pekerjaan beliau sebagai pegawai polis menyebabkan beliau tidak dapat tidur yg cukup kerana terpaksa bekerja mengikut shif. Paling lama pun boleh tidur 3 jam je dan sebab itu beliau kerap kena serangan migrain.

Bila diperkenalkan dgn alas tilam Bio Velocity Sleep Mate (BVSM), beliau cuma tidur dgn bvsm selama 3 jam sahaja dan bila bangun muka beliau sangat gatal dan matanya berair. Beliau sangat takut dan berjumpa doktor utk rawatan. Doktor merawatnya sebagai alahan tetapi beliau enggan mengambil ubat yg diberi.

Beliau sebenarnya mengalami 'healing crisis' atau biasa kita dengar 'melawan ubat' dan biasanya hanya sementara. Atas nasihat rakan beliau hanya banyakkan minum air masak sahaja. Hari ke-dua mukanya bertambah bengkak, tetapi masuk hari ketiga ianya dah mula surut.

Hari ke-empat dan ke-lima bengkak dah surut seperti sediakala dan sejak itu tiada lagi sakit kepala migrain. Sampailah hampir setahun ketika ditemuramah dihadapan ribuan audien beliau masih tidak kena migrain. Kalau dulu confirm dah kena migrain bila ada pressure sikit apatah lagi diatas pentas!

Jom tonton klip video temuramah beliau:

Share:
Read More
, , , , ,

Insomnia dan kesan penggunaan pil tidur


Insomnia atau sukar tidur adalah masalah yang biasa terjadi. Insomnia dikira kronik jika ia berlaku 3 malam atau lebih dalam seminggu selama sekurang-kurangnya 3 bulan. Kemungkinan seseorang yang mengalami insomnia akan memikirkan untuk mengambil pil tidur walaupun ia bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik untuk merawat insomnia kerana mempunyai kesan buruk kepada kesihatan.

Pil tidur mudah didapati dan mungkin digunakan secara berlebihan. Jika di Amerika pil tidur adalah diantara ubat yang paling kerap diberikan doktor kepada pesakit tanpa mencuba alternatif rawatan lain. Mungkn juga kerana ramai pesakit yang meminta pil tidur daripada doktor apabila mengalami sukar tidur.

Pil tidur sebenarnya tidak banyak membantu seperti yang disangka. Kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan pil tidur hanya membantu seseorang itu tidur hanya lebih cepat 8 hingga 20 minit sahaja dan hanya memanjangkan tempoh tidur kurang 35 minit sahaja.

Pil tidur ada risiko dan kesan sampingan yang buruk. Jika anda mengambil pil tidur secara berterusan anda akan mula bergantung padanya. Anda akan sentiasa perlukan pil tidur untuk tidur. Jika berhenti, anda akan mengalami insomnia lebih teruk daripada sebelumnya. Pil tidur tidak boleh dimbil secara berterusan selama beberapa hari untuk mengelakkan masalah ini.

Pesakit insomnia mengambil pil tidur tanpa mengetahui bahaya pengambilan pil tidur

Selain itu kesan buruk pil tidur kepada kesihatan:
  • Pening dan mengantuk di siang hari
  • Pening dan halusinasi
  • Berjalan dalam tidur dan makan dalam tidur
  • Kebas tangan dan kaki
  • Selera makan berubah
  • Sembelit atau cirit-birit
  • Hilang keseimbangan badan
  • Kekeringan tekak dan mulut
Ubat yang mempunyai kesan mengantuk yang dibeli melalui kaunter sebagai ubat bantu tidur seperti anti-histamin (Benadryl, Piriton dsb) juga mempunyai kesan sampingan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubat tersebut untuk mengelakkan kesan tidak diingini.

Kaunseling boleh membantu pesakit insomnia tanpa memerlukan pil tidur. Kaunseling jangka pendek yang dipanggil Cognitive-Behavioral Therapy (CBT) boleh membantu merawat insomnia tanpa kesan sampingan. Kebanyakan orang akan dapat tidur kembali selepas belajar tabiat tidur yang betul melalui CBT.

Sebagai contoh melalui CBT seseorang belajar untuk bangun pagi pada waktu yang sama setiap hari, berhenti menonton tv diatas katil, belajar bagaimana menenangkan fikiran ketika cuba tidur dsb. Kos kaunseling CBT jauh lebih murah daripada kos pil tidur yang mungkin memakan belanja RM70 hingga RM240 seminggu.

Walaubagaimanapun, pil tidur sesuai untuk penggunaan jangka pendek yang biasanya disebabkan tekanan akibat tragedi buruk yang memimpa seperti kematian ahli keluarga, penyakit major atau penceraian. Amalkan tabiat tidur yang betul dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan perubatan.

promosi harga murah bio velocity sleep mate


Share:
Read More
, , , , , , , , , ,

Apa itu alas tilam BVSM - Bio Velocity Sleep Mate?


Semakin ramai yang ingin tahu mengenai pelapik tilam berteknologi tinggi Bio Velocity Sleep Mate atau ringkasnya disebut BVSM. Saya sendiri sudah beberapa tahun menggunakan pelapik BVSM ni dan memang saya akui ianya berkesan. Tidur lebih lena dan badan rasa lebih cergas dan bertenaga keesokannya.

Bio Velocity Sleep Mate adalah pelapik tilam berteknologi tinggi

Kalau nak tahu lebih lanjut apa itu BVSM silalah tonton video ringkas ini.

 

Untuk info tambahan boleh baca artikel ini Kelebihan Bio Velocity Sleep Mate. 
Hubungi saya sekarang
*pertanyaan produk
*demo percuma
*tempahan


Share:
Read More
, , , , , , ,

Tips menghilangkan mengantuk ketika memandu


Kemalangan jalanraya boleh berlaku apabila pemandu tertidur ketika memandu. Ia bukan saja membahayakan diri dan penumpang malah juga membahayakan nyawa pemandu jalanraya yang lain. Kemalangan berlaku bila pemandu tidak sedar yang dia sudah melebihi had dan tertidur tanpa sedar.

Beberapa tanda amaran sekiranya berlaku anda seharusnya berhenti berehat. Iaitu:

  • tidak dapat fokus pada jalan dan berkhayal
  • menguap dan mata berkelip-kelip
  • susah mengingati beberapa batu perjalanan lepas
  • terlepas jalan keluar 
  • kenderaan terkeluar dari garisan atau melanggar garis tepi

Tips hilangkan rasa mengantuk ketika memandu

Masalahnya ramai yang berpendapat mereka boleh menahan rasa mengantuk ketika memandu tetapi hakikatnya mengantuk itu satu proses biologi yang sangat kuat sebagai tanda badan dan otak sudah keletihan dan memerlukan tidur sebagai rehat.

Sebaik-baiknya dapatkan tidur selama 7-8 jam terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Sekiranya tidak anda boleh cuba cara berikut:

1) Tidur sekejap 10-20 minit sebelum memandu. Ia boleh menyegarkan minda untuk satu tempoh waktu terutamanya jika memandu diwaktu malam.

2) Berhenti tidur sekejap apabila rasa mengantuk. Pastikan tempat yang selamat seperti di R&R atau stesen minyak. Tidur 15-20 minit sudah memadai untuk meneruskan perjalanan.

3) Bergilir-gilir memandu dengan pasangan setiap 2 jam. Cuba tidur apabila giliran anda tidak memandu.

4) Berbual-bual ketika memandu. Pasangan juga memainkan peranan supaya pemandu tidak merasa jemu ketika memandu.

5) Jangan terburu-buru hendak sampai ke destinasi. Bertolak awal dengan jangkaan tiba ke destinasi beberapa jam lebih awal.

6) Bagi yang bukan muslim elakkan mengambil minuman keras. Kesan alkohol walaupun sedikit akan menyebabkan rasa mengantuk.

7) Cuba elak memandu diantara jam 12 malam sehingga 6 pagi sekiranya ini adalah waktu tidur anda. Jam biologi badan sudah ditetapkan untuk tidur dan anda akan rasa sangat mengantuk.

8) Ambil minuman yang mengandungi kafein seperti minuman tenaga dan kopi. Kafein dapat meningkatkan daya fokus dan kecergasan untuk beberapa jam.

Saya lebih suka memandu balik ke kampung pada waktu malam. Selain jalanraya kurang sibuk saya juga dapat memandu dengan tenang dan aman bila semua anak-anak tidur. Maklumlah semua anak saya aktif dan suka meragam. Ada saja hal nak air lah, nak kencing lah, nak tutu (susu)lah..

Saya akan amalkan semua tips kat atas (of course tips nombor 6 tak berkaitan) kerana siang saya tak dapat tidur 7-8 jam kerana bekerja. Saya akan bertolak dalam jam 9-10 malam sebelum waktu tidur dan akan minum secawan Mineral Coffee sebelum keluar rumah.


Share:
Read More
, , , , , , , ,

Testimoni Bio Velocity Sleep Mate - Sakit Belakang


Testimoni Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) sembuh sakit belakang dan kolesterol tinggi

Sakit belakang adalah perkara biasa. Statistik mengatakan hampir semua rakyat Amerika akan mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidupnya. Sakit belakang adalah salah satu sebab utama seseorang itu datang berjumpa doktor dan diberikan cuti sakit. Berdasarkan pengalaman saya, ianya memang benar kerana setiap hari pasti ada pesakit yang datang ke klinik berjumpa saya kerana sakit belakang.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman seorang guru, Puan Hajah Zaiton Che Din, berusia 56 tahun yang menderita sakit belakang yang teruk sejak lima bulan berjaya sembuh setelah menggunakan alas tilam Bio Velocity Sleep Mate (BVSM). Selain itu tahap kolesterol beliau juga didapati menurun. Ikuti video temubual beliau yang dimuatnaik di laman YouTube ini.


Punca sakit belakang ada pelbagai tetapi jika dibiarkan ia mungkin menjadi lebih teruk dan menyebabkan lumpuh atau hilang upaya. Sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca sakit belakang. Ketahui ada tiga posisi tidur yang sesuai sekiranya mengalami sakit belakang, iaitu posisi neutral tulang belakang untuk mengurangkan kesakitan.



Share:
Read More
, , , , , , , , , , ,

Kurang tidur melemahkan sistem imun tubuh



Tidur bukanlah satu kelebihan tetapi satu keperluan dalam kehidupan seharian kita. Tidur membantu badan kita berehat dan membaikpulih sel-sel badan termasuklah sel otak. Tidur sama penting seperti pemakanan seimbang dan bersenam.

Kurang tidur menyebabkan sistem imun tubuh menjadi lemah dan mengundang pelbagai penyakit

Secara purata kita menghabiskan 1/3 daripada 24 jam sehari untuk tidur. Kurang tidur menyebabkan sistem pertahanan badan atau tahap imun menjadi lemah. Ini mengundang jangkitan demam selsema dan sebagainya.

Kajian menunjukkan bila tidak cukup tidur, sel darah putih dan sel imun badan menjadi kurang efektif. Satu kajian lagi menunjukkan jika seekor tikus hanya diberi tidur selama 8 jam kemudian didedahkan dengan bahan asing, tindakbalas antibodi tikus tersebut adalah lemah.

Tikus eksperimen itu menjadi lemah dan tidak mampu melawan jangkitan virus influenza dalam paru-paru. Tikus ini juga kurang menghasilkan interferon dan enzim lain yang penting untuk melawan jangkitan penyakit.

Kajian terbaru juga mengesahkan bahawa walaupun kurang tidur hanya beberapa jam sehari ia akan mengganggu tindakbalas sistem imun badan.

Sel pembunuh yang dinamakan Natural Killer Cells dalam badan kita adalah sel imun yang paling terjejas apabila kurang tidur. Kajian menunjukkan jika seseorang yang berjaga malam sehingga pukul 3 pagi akan menghasilkan kurang 30% jumlah Natural Killer Cells pada keesokan harinya selain sel-sel tersebut menjadi kurang aktif.

Punca penyakit kanser.
Keadaan sistem imun yang lemah ini menyebabkan badan mudah dijangkiti virus yang mengakibatkan selsema. Selain melawan virus, sel-sel imun ini juga melindungi badan daripada sel kanser. Oleh itu, penyelidik berpendapat kurang tidur secara kronik boleh menyebabkan risiko menghidap kanser meningkat.

Mudah dijangkiti kuman.
Mereka yang menghidap insomnia kronik (mempunyai masalah tidur melebihi 4 minggu) ataupun yang sengaja kurangkan tidur setiap hari secara tetap dipercayai "lebih mudah dihinggapi virus, bakteria dan kulat", kata James Krueger, Ph.D, seorang ahli neurobiologi di Washington State University.

Punca penyakit kronik.
Kajian lain daripada Penn State University dan National Institute of Child Health and Human Development di US National Institutes of Health, keurang tidur didapati melemahkan hormon imun dalam lelaki dan wanita sihat yang tidur selama 6 jam semalam selama seminggu.

Subjek kajian itu didapati mengalami kenaikan hormon kortisol manakala penurunan hormon tumbesaran (Growth Hormone) yang rendah. Ketidakseimbangan hormon-hormon ada kaitan dengan peningkatan risiko penyakit kencing manis (diabetis), arteriosklerosis, tekanan darah tinggi dan osteoporosis.

Luka dan kecederaan lambat sembuh.
Sistem imun yang lemah juga bermakna sebarang luka dan kecederaan akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh. Manakala dengan tidur lebih lama ketika terkena jangkitan penyakit membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Itulah sebabnya kita terasa mengantuk ketika tidak sihat atau dijangkiti penyakit dan tidak pelik jika seseorang itu tidur lebih lama ketika sakit.


Share:
Read More
, , , , , , , , , , , ,

Kafein penyebab penyakit jantung

Kebanyakan orang akan minum 2-4 cawan kopi atau minuman berkafein setiap hari. Tapi tahu tak pengambilan kafein (caffeine) berlebihan boleh menyebabkan penyakit jantung?

Kopi (coffee) atau minuman berkafein menyebabkan serangan jantung

Bila anda minum minuman berkafein, tekanan darah dan kadar denyutan jantung akan meningkat. Kajian telah dibuat dan terbukti bahawa pengambilan minuman kopi yang berkafein ataupun tidak berkafein (decaffeinated coffee) meningkatkan paras kolesterol dan homocysteine dalam darah seterusnya menambah risiko serangan sakit jantung (heart attack).

Kafein merangsang penghasilan stress hormones seperti kortisol dan adrenalin. Hormon-hormon ini dihasilkan oleh kalenjar adrenal yang terletak di atas buah pinggang (ginjal) dan biasanya dihasilkan bila dirangsang oleh situasi cemas atau kejutan (fight and flight response). Tindakbalas fisiologi itu bertujuan meningkatkan tindakbalas fizikal dan mental untuk menghadapi situasi tersebut.

Namun, dalam keadaan normal. Rangsangan untuk menghasilkan hormon stres adalah sementara. Ia berhenti apabila situasi cemas tersebut tamat. Jika ia terus menerus dirangsang oleh kafein yang diambil secara berlebihan dan berterusan maka ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti:

  • keresahan / kegelisahan / kecelaruan perasaan
  • kemurungan / tekanan perasaan
  • masalah penghadaman
  • penyakit jantung
  • masalah tidur / insomnia
  • penambahan berat badan / kegemukan
  • kemerosotan ingatan dan daya tumpuan


Share:
Read More
, , , , , , ,

Atasi insomnia dengan tabiat tidur yang betul


Tips tabiat tidur yang baik untuk mengatasi masalah insomnia

Adakah anda sukar tidur atau sering terjaga dari tidur? Mungkin anda mengalami insomnia. Disini saya berkongsi beberapa tips tabiat tidur yang berguna supaya anda dapat tidur dengan mudah dan lena.
  1. Tetapkan jadual waktu tidur yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi.
  2. Elakkan tidur diwaktu siang kerana ia mengurangkan rasa mengantuk pada waktu malam. 
  3. Tidur sekejap sebelum waktu zohor "Qailullah" memberi tenaga sepanjang hari dan mengelakkan badan terlalu letih dan sukar bangun pagi. 
  4. Elakkan mengambil minuman berkafein, beralkohol atau merokok pada lewat petang. Semua benda tersebut merangsang tubuh dan menghilangkan rasa mengantuk.
  5. Jangan bersenam 3-4 jam sebelum waktu tidur kerana ia juga merangsang tubuh dan minda untuk kekal cergas dan menghilangkan rasa mengantuk.
  6. Beriadah dan bersenam secara teratur dan tetap. Tubuh menghasilkan serotonin sejenis enzim yang merehatkan badan dan minda bila bersenam. Ini membantu anda tidur dengan lena diwaktu malam.
  7. Jangan makan malam kurang 2 jam sebelum waktu tidur. Ini untuk mengelakkan masalah regurgitasi dan pedih ulu hati serta susah tidur.
  8. Hadkan penggunaan peralatan elektronik. Skrin gajet biasanya terang dan boleh menghilangkan rasa mengantuk. Berhenti guna sejam dua sebelum waktu tidur atau malapkan cahaya ke tahap minima.
  9. Pastikan bilik tidur selesa dan tiada cahaya terang atau bunyi bising. Boleh guna penutup mata dan telinga sekiranya perlu. 
  10. Jika masih belum lelap selepas 20 minit, jangan berpusing atau menggeliat diatas katil. Sebaliknya bangun dan cuba lakukan sesuatu yang relaks seperti membaca novel (yang tidak melibatkan skrin yang cerah). Bila rasa mengantuk cuba tidur kembali.
  11. Pastikan tempat tidur bersih dan bebas daripada alergen seperti debu dan hama agar tidur tidak terganggu akibat reaksi alergi seperti bersin, batuk dan kegatalan kulit.
  12. Elakkan mengambil pil tidur terutamanya tanpa pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan ketagihan. 

Share:
Read More
, , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tips Kekal Cergas di Bulan Puasa



Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh alam. Bulan dimana umat Islam mengerjakan ibadah puasa selama sebulan disamping melipat-gandakan ibadah-ibadah lain seperti sembahyang malam, bersedekah dan banyak lagi.


Tips kekal cergas ketika berpuasa dan bekerja

Berpuasa secara asasnya meletihkan terutama yang bekerja. Ada beberapa tips untuk dikongsi bagaimana untuk kekal bertenaga dan segar di tempat kerja ketika berpuasa;

Tips 1:
Dengar bacaan surah Al-Quran menggunakan fon telinga. Sekiranya tidak mengganggu rakan sekerja bolehlah ikut bacaan tersebut. Insya-Allah anda tidak akan mengantuk.

Tips 2:
Duduk di tempat bercahaya terang. Kalau anda bekerja di dalam ofis, pastikan lampu dibuka terang. Sekiranya lampu malap, sekali-sekala anda harus keluar dan pergi ke tempat cahaya terang seperti di bawah sinaran matahari untuk kembali segar.

Tips 3:
Basahkan muka anda dengan air sejuk bila terasa letih dan mengantuk. Begitu anda pasti kembali segar sebab badan akan memberi respon kepada suhu sejuk tiba-tiba dan cuba untuk kekalkan suhu badan.

Tips 4:
Letakkan wangian di meja kerja. Bau yang wangi boleh merangsang otak dan mengembalikan kesegaran badan terutama ketika mengantuk.

Tips 5:
Bersenam ringan dalam pejabat. Anda cuma perlu meluangkan beberapa minit untuk buat regangan otot, melompat setempat, skipping, tekan tubi atau sebagainya untuk menaikkan kadar degupan jantung dan kembali segar dan aktif.

Tips 6:
Tidur yang berkualiti. Kebiasaan untuk umat Islam bangun malam untuk beribadah menyebabkan tidak cukup tidur. Semasa tidur badan dan otak kita berehat. Kita sepatutnya berasa cergas dan bertenaga selepas bangun dari tidur. Tidur yang berkualiti boleh dicapai dengan menggunakan lapik tilam atau selimut Bio Velocity Sleep Mate.

Tips 7:
Amalkan diet yang seimbang. Jangan lupa bersahur dan jangan makan dalam tempoh sejam sebelum tidur. Minum jus buah-buahan atau minuman bervitamin seperti BB Plus untuk kekal sihat.


Selamat berpuasa!

Share:
Read More