Memaparkan catatan dengan label melancong-percuma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melancong-percuma. Papar semua catatan
, , , , , , , , ,

Kenangan Pertama Kali Ke Seoul Korea


Apa khabar awak? lama tak dengar berita kan. Biasalah sejak pertengahan tahun lepas saya agak sibuk dengan macam-macam urusan selain hal kerja sehingga terlalai untuk mengemaskini blog saya ni. Itu okey lagi..

Paling dahsyat saya sampai terlupa nak perbaharui lagganan domain blog ni www.drhasbi.com sehingga terlepas tarikh luput pada 16 Januari lepas. Terkejut besar bila isteri saya tiba-tiba wasap saya beritahu blog saya dah hilang!

Nasib baiklah godaddy beri tempoh 30 hari sebelum domain ni dibuka untuk jualan. Masa tu mungkin saya tak dapat nak gunakan domain ni lagi. Alhamdulillah selamat.

Okey, tanpa banyak membebel saya sebenarnya nak beritahu yang kami baru balik dari Seoul, Korea. Macam biasa, pergi dengan pakej percutian tajaan SHOM yang bertaraf 5 bintang. Ini kali ke-dua saya dan isteri ke Korea Selatan.

Ini trip pertama kali saya ke Seoul Korea, pada tahun 2013. Masa ni musim panas, jadi cuaca lebih kurang Malaysia. Seronok bila dapat melancong bersama kawan-kawan. Semua orang jadi 'gila-gila' bila kat sana.

kenangan ke Seoul Korea bersama Awesomazing Team

Klip video kami di Korea masih dalam proses jadi saya nak kongsi klip video Korea kami yang dahulu, jom saksikan!  


Terbaru saya dan kumpulan Eziproject sama-sama melancong ke Seoul Korea pada 20-25 Januari 2018. Lebih seronok sebab masa tu musim sejuk beku.

Nanti dah siap video klip tu Insha Allah saya akan post kat sini. Tunggu ye..!

p/s: kalau awak nak tahu apa tu Eziproject bolehlah intai-intai hashtag #eziproject kami.



Share:
Read More
, , , , , , , ,

Video Klip EziProject Menggosok Kota Rom


Kami memang gila melancong. Sejak dulu sebelum buat bisnes saya dan isteri berangan-angan mengelilingi dunia..

..tapi maklum sajalah dengan duit gaji saya impian tersebut menjadi terlalu besar dan rasa tak mampu.

Syukur saya dan isteri, Adibah telah membuat keputusan memulakan bisnes untuk menambah sumber pendapatan dan berjaya mencapai impian melancong ke luar negara.

Banyak negara kami dah pergi, dan kali terakhir pada bulan Mac lalu kami dapat melancong ke Itali.

Video klip EziProject melancong ke Itali

Jom tengok video klip EziProject di Itali? mari kita 'menggosok'..

  

Jom kita pegi Gold Coast bulan 8 ni? 


Share:
Read More
, , , , , , , , ,

Tempat-tempat menarik di Osaka. No 3 paling best!


Beruntunglah siapa yang belajar di Jepun. Saya dulu tak dapat sambung belajar ke luar negara disebabkan ekonomi gawat pada tahun 1998. Walaupun begitu saya tetap bersyukur kerana masih dapat menamatkan pengajian di dalam negara. Saya sudah melancong banyak negara terutamanya negara-negara Eropah namun belum sampai ke Negara Matahari Terbit.

Alhamdulillah nampaknya masih ada peluang. Kalau ada rezeki dan panjang umur dapatlah pergi ke Osaka tahun depan. Syarikat dan umumkan pakej seminar seberang laut terbaharu iaitu di Osaka, Jepun. Nama je seminar tapi sebenarnya Gala Dinner saja aktiviti bersama syarikat. Selain itu semua aktiviti perlancongan diketuai agensi perlancongan.

Jadi saya ada google sikit-sikit pasal Osaka ni. Mestilah nak kenal dulu tempat yang dituju. Tak kenal maka tak cinta. Makin dicinta makin berkobar-kobar semangat nak dapatkan tiket percuma ke Osaka tu. Ada target yang perlu dicapai, bukan semua orang boleh dapat tapi dengan bimbingan mentor dan kerjasama ahli kumpulan Awesomazing Team segalanya jadi mudah. 

Banyak tempat menarik di Osaka tapi saya nak tunjuk tempat-tempat best yang saya ingin pergi di Osaka nanti. Insya Allah.

1. Universal Studios Osaka


Melancong percuma ke Osaka Jepun bersama Sahajidah Hai-O Marketing melawat Universal Studios Osaka

2. Osaka Castle


Melancong percuma ke Osaka Jepun bersama Sahajidah Hai-O Marketing melawat taman sakura

Melancong percuma ke Osaka Jepun bersama Sahajidah Hai-O Marketing melawat Osaka Castle

Melancong percuma ke Osaka Jepun bersama Sahajidah Hai-O Marketing melawat Taman sakura

3. Umeda Sky Building


Melancong percuma ke Osaka Jepun bersama Sahajidah Hai-O Marketing melawat Umeda Sky Building

4. Dotonburi Street


Melancong percuma ke Osaka Jepun bersama Sahajidah Hai-O Marketing melawat Dotonburi Street

5. Osaka Aquarium


Melancong percuma ke Osaka Jepun bersama Sahajidah Hai-O Marketing melawat Osaka Aquarium

Melancong percuma ke Osaka Jepun bersama Sahajidah Hai-O Marketing melawat akuarium di Osaka

6. Tempozan Ferris Wheel


Melancong percuma ke Osaka Jepun bersama Sahajidah Hai-O Marketing melawat Tempozan Ferris Wheel

7. Tsutenkaku Tower


Melancong percuma ke Osaka Jepun bersama Sahajidah Hai-O Marketing melawat Tsutenkaku Tower

Seronok kan kalau dapat pergi ke Osaka? Lagilah kalau semuanya percuma. Kalau ingin tahu macamana nak melayakkan tiket percuma melancong ke Osaka boleh hubungi saya atau Adibah. Dengar khabar tarikh pergi ke Osaka ketika musim bunga. Agaknya bulan Mac tahun depan lah tu. Lagi seronok dapat lihat pemandangan indah bunga Sakura.




Share:
Read More
, , , , , , , , ,

Klip Video Awesomazing Team di Hungary dan Austria


Hari ini belek-belek blog sendiri baru sedar rupanya dah berbulan tak update. Malah berita pasal trip percuma ke Hungary dan Austria awal tahun dulu pun tak cerita. Jadi tanpa berlengah lagi saya nak berkongsi klip video kami ketika melancong ke sana. Kalau nak lebih puas boleh belek hashtag #AteamInEurope.

Klip video Ateam In Europe - Hungary dan Austria

Jom layan klip video Ateam in Europe - Hungary & Austria:



Jom pergi Osaka pulak?!


Share:
Read More
, , , , , , , ,

Jadual perjalanan ke Bangkok bersama Sahajidah Hai-O


Alhamdulillah sekali lagi kami telah berjaya mendapatkan tiket melancong percuma dan kali ini kami akan ke Bangkok, Thailand. Walaupun hanya negara jiran tetapi saya rasa sangat teruja kerana belum pernah menjejakkan kaki ke Negara Gajah Putih tersebut. Kami dijangka bertolak ke Bangkok pada 25 Ogos ini dan balik semula ke tanahair pada 28 Ogos 2015.

Rencana perjalanan sudah dapat jadi sekarang kami hanya menunggu ketibaan hari yang dinanti-nantikan itu. Dari segi persiapan rasanya tidaklah risau sebabnya sudah pasti cuaca dan suasana di Bangkok tak jauh bezanya dari Malaysia. Maklumlah kat sini pun makan beras siam, masakan siam di merata-rata tempat dan banyak barangan dari siam yang boleh dibeli di sini.

Surat jemputan drp Sahajidah Hai-O trip melancong percuma ke Bangkok
surat jemputan rasmi daripada Sahajidah Hai-O

Sekarang mari kita lihat apa jadual perjalanan ke Bangkok nanti. Walaubagaimanapun jadual ini tidaklah tetap. Ia boleh diubah semasa berada disana mengikut kesesuaian keadaan.

rencana perjalanan ke Bangkok secara percuma drp Sahajidah Hai-O Marketing

Bagaimana rupa tempat-tempat tu nanti agaknya ya. Ni saya google kat internet tapi gambar yang original kena tunggu saya balik dari Bangkok nanti.
  
Menaiki cruise di Sungai Chao Phraya dan Wat Arun dlm trip percuma drp Sahajidah Hai-O Marketing
Sungai Chao Phraya dan Wat Arun

Membeli belah di Asiatique dlm rencana perjalanan drp Sahajidah Hai-O Marketing
Pusat beli-belah Asiatique

Melawat Pasar Terapung Damnoen Saduak dlm rencana perjalanan Bangkok drp Sahajidah Hai-O Marketing
Pasar Terapung Damnoen Saduak

Shopping di MBK Mall Bangkok dlm jadual perjalanan Bangkok drp Sahajidah Hai-O Marketing
MBK Mall Bangkok

Bermalam di Hotel Berkeley Pratunam di Bangkok dlm trip drp Sahajidah Hai-O Marketing
Hotel Berkeley Pratunam Bangkok

Nantikan kepulangan kami nanti ya. Ikuti hashtag #AwesomazingTeam untuk melihat aktiviti kami dan info terkini mengenai pakej melancong terbaharu ke Osaka, Jepun. Jika anda juga suka melancong seperti saya boleh Whatsapp saya di 012-3433661 atau Adibah 019-6615447 untuk penerangan percuma.  



Share:
Read More