, , , , , , , ,

Balneoterapi di Kolam Air Panas Selayang


Ketika cuti sekolah yang lalu kami sekeluarga berkunjung ke Kolam Air Panas Selayang. Jaraknya dari rumah kami tak sampai satu kilometer tapi ini adalah kali pertama kami sampai ke sini walaupun sudah 2 tahun menetap di Selayang. Dulu setiap hari saya melintasi kawasan ini untuk ke tempat kerja di Rawang namun tak terlintas untuk membawa keluarga ke sini sehinggalah hari itu.


kolam air panas 1 dan 2 di selayang hot spring
kolam 1 di hujung sana dan kolam 2


kolam air panas 3 di selayang hot spring
kolam 3 paling jernih dan paling digemari
Kebanyakan orang yang berkunjung ke sini datang untuk membuat terapi dengan berendam dalam air panas ataupun dipanggil Balneoterapi. Balneoterapi sudah lama diamalkan sejak dahulu kerana ia terbukti dapat melegakan insomnia, sakit sendi rhumatoid, gout, fibromyalgia, ankylosing spondylosis, sakit belakang, ekzema dan banyak lagi.

Kolam Air Panas Selayang adalah salah satu kolam air panas yang terdapat di Selangor yang sesuai untuk melakukan balneoterapi kerana kandungan mineralnya yang tinggi dan suhu yang ideal untuk tujuan balneoterapi. Di sini terdapat 3 kolam yang berbeza dari segi suhu kepanasan dan kandungan mineralnya.

Kolam nombor 1 nampak keruh dan berbau busuk. Orang dekat situ pesan jangan mandi dalam kolam 1 sebab kotor ramai orang kencing dalam tu. Betul ke? Kalau tak silap faham saya tengok bacaan hasil kajian UKM menunjukkan kolam 1 mengandungi bendasing paling tinggi. Mungkin ini menyebabkannya keruh dan lebih kuat bau busuk sulfur.

kek pelangi untuk sambutan harijadi anak-anak
kek pelangi yang terlajak sedap

sambutan harijadi di Kolam Air Panas Selayang sambil balneoterapi

Sambil ber-balneoterapi kami berkelah sambil makan kek harijadi anak kedua dan ketiga. Bukanlah parti ke apa cuma kebetulan hari tu teringin nak makan kek pelangi yang terlajak sedap ni. Sudah beberapa kali kami tempah kek pelangi ni dari seorang chef di Wangsa Maju. Kek-kek dia memang sedap tapi paling kami suka adalah kek pelangi ni.

Kalau anda ingin cuba merawat sakit-sakit badan cubalah balneoterapi di Kolam Air Panas Selayang ni. Bawalah baldi ataupun boleh disewa di sini dengan harga RM2 sahaja. Pada pendapat saya lebih baik datang pada waktu petang ketika cuaca tidak terlalu panas atau dingin agar lebih selesa bermain air panas.

UPDATE TERBARU... 24 November 2016

Baru-baru ni saya dengar cerita drp teman, Kolam Air Panas Selayang dah berubah rupa. Rupanya dah banyak upgrade dilakukan. Katanya bilik air dah cantik, siap pintu kaca lagi dan semua tu ditaja oleh seorang chinese yg kaya. Kolam air panas pun bertambah.

Saya pun pergilah esoknya bersama isteri dan anak. Kami pergi pagi lepas hantar anak nombor 2 ke sekolah. Pagi weekdays mmg tak ramai org, kebanyakannya warga emas berbangsa cina yg mmg dtg setiap hari utk buat terapi (balneoterapi).

Saya dapati kolam nombor 1 yg dulunya keruh skrg dah jernih. Manakala ada tambahan kolam ke-4 di hujung sekali. Diantara kolam 3 dan kolam 4 ada beberapa kolah takungan kecil yg berbeza suhu airnya. Bagi amatur mcm saya ni baru tahan kolah nombor 3, anak saya ni boleh mandi kolah last sekali nombor 5.

tempat menarik kolam air panas selayang
air suam kuku bolehlah sengih..hehe

tempat menarik kolam air panas selayang
kolah kaki nombor 3

tempat menarik kolam air panas selayang
kolam baru nombor 4

tempat menarik kolam air panas selayang
kolam nombor 3 tetap menjadi pilihan ramai
Saya mmg recommend kpd sape2 yg nak melegakan sakit2 sendi, lenguh2 badan dsb bolehlah cuba mandi air panas kat sini. Memang best sangat! Hilang segala stres bila berendam dlm kolam air panas ni. Jika ada masalah sukar tidur atau insomnia mmg patut dtg kesini. Confirm lepas terapi dpt tidur lena dan bangun rasa sgt fresh.




Share:
Read More
, , , ,

Risiko berurusan dengan ejen Indonesia


Risiko ditipu ejen pembantu rumah Indonesia

Setiap hari ada saja yang menghubungi saya berkenaan pembantu rumah. Walaupun bukan saya yang membawa masuk pembantu rumah tetapi saya kenal beberapa orang ejen pembantu rumah tempatan yang menguruskan pembantu rumah Indonesia. Mereka juga menyediakan perkhidmatan bagi urusan permohonan permit kerja dan urusan penghantaran balik ke Indonesia.

Seringkali saya dapati ramai yang menghubungi saya pernah ditipu ejen pembantu rumah dan kebanyakannya berpunca daripada ejen Indonesia. Dahulu saya pernah ditipu ejen Indonesia tetapi sekarang saya sedar kebanyakan mereka tidak bertanggung-jawab. Maksud saya disini, mereka bagus bila urusan berjalan lancar dan selagi bisnes menguntungkan mereka.

Hakikatnya berniaga tidak selalu untung. Adakalanya masalah timbul dan terpaksa mengalami kerugian. Disinilah anda semua boleh menilai sekiranya ejen tersebut benar-benar jujur dan amanah. Duit deposit dah diambil beribu-ribu ringgit tetapi pembantu rumah yang dijanjikan tak tiba-tiba. Hari menjadi minggu, akhirnya menjadi bulan dan akhirnya majikan sedar yang dia sudah ditipu.

Fikirlah betul-betul sebelum berurusan dengan ejen Indonesia. Apa jaminan dia? Mungkin dia pernah bekalkan pembantu rumah kepada rakan atau saudara kita tetapi itu tidak menjamin urusan akan datang. Walaupun anda ada menyimpan resit transaksi atau surat perjanjian dengan ejen tersebut tapi bila berlaku penipuan sebegini anda tetap buntu.

Biasanya ejen Indonesia akan meminta wang pendahuluan. Jumlahnya tidak tentu dari minima RM1000 sehinggalah RM5000. Mungkin kos yang ditawarkan lebih murah dibandingkan dengan harga yang ditawarkan ejen tempatan tetapi berbaloikah untuk menanggung risiko ditipu? Sekurang-kurangnya anda tahu mana nak cari ejen tempatan sekiranya timbul masalah.

Nasihat saya, kalau anda memerlukan pembantu rumah. Carilah agensi pembantu rumah berlesen dan jika ingin berjimat boleh hubungi saya untuk saya kenalkan kepada ejen-ejen tempatan yang jujur dan dipercayai. Kadang-kadang masalah boleh timbul dan kita tak boleh lari dari masalah. Ejen saya tak akan lari dan akan selesaikannya. Tetapi ejen Indonesia boleh lari menghilangkan diri bersama duit anda!



Share:
Read More