, , , , ,

Punca Pembantu Rumah Lari


Statistik daripada Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) menyatakan kira-kira 12,000 pembantu rumah lari dari majikan setiap tahun. Ini jumlah kes yang dilaporkan, hakikatnya lebih banyak lagi kes yang tidak dilaporkan majikan. Apa tidaknya, majikan pula yang akan didenda sekiranya pembantu rumah mereka lari. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Oleh kerana kos mengambil pembantu rumah semakin meningkat setiap tahun, ada baiknya kalau kita tahu apakah punca-punca yang menyebabkan pembantu rumah itu lari agar kita dapat berhati-hati dan mengelakkan kerugian besar.

Punca-Punca Pembantu Rumah Lari:


Faktor penyumbang pembantu rumah lari di Malaysia
gambar hiasan

1) Ambil pembantu rumah daripada ejen atau sindiket penipuan.


Banyak ejen dan agensi membekal pembantu rumah diluar sana tetapi bukan semua boleh dipercayai dan jujur. Mereka membekalkan pembantu rumah "recycle" yang mana pernah berkhidmat sebagai pembantu rumah tetapi belum habis kontrak dengan majikan lama. Mungkin dia lari ataupun dipulangkan oleh majikan lama kerana dia bermasalah. Ada juga ejen atau sindiket yang berpakat dengan pembantu rumah untuk lari selepas habis waranti dan mendapat untung atas angin.

2) Mengambil pembantu rumah tanpa usul periksa.


Memang sukar untuk memastikan kisah latar belakang seseorang pembantu rumah yang sudah lama menetap di Malaysia. Mereka pandai mereka-reka cerita dan menyembunyikan kisah sebenar. Anda mungkin tertipu dan terambil pembantu rumah yang bermasalah atau pernah lari dari majikan terdahulu. Masalah ini boleh diatasi dengan mengambil pembantu rumah yang pertama kali datang ke Malaysia untuk bekerja dengan anda.

3) Membenarkan pembantu rumah menggunakan telefon bimbit.


Pembantu rumah biasanya membawa bersama telefon bimbit untuk tujuan berhubung dengan ahli keluarga mereka di kampung halaman. Tetapi percayalah tidak lama selepas berada di sini, mereka akan cepat mempunyai kawan-kawan baharu di Malaysia dan kebanyakan kredit prabayar habis digunakan untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan baharunya.

Punca lari ada bermacam-macam. Mengikut kawan bekerja di kedai makan yang menawarkan gaji yang lebih tinggi, mengikut suami yang juga bekerja di sini atau mengikut teman lelaki yang baru dikenali.

4) Membiarkan pembantu rumah memegang duit tunai yang banyak.


Setibanya pembantu rumah di kediaman anda, terus periksa barangan yang dibawanya termasuklah duit tunai yang dibawa. Kemudian simpan duit tersebut setelah diketahui jumlahnya. Jelaskan kepadanya yang anda akan sediakan keperluan peribadinya dan dia tidak perlu memegang duit tunai yang banyak. Jika boleh selalulah buat spot check dalam biliknya untuk mencari sebarang benda yang baharu atau duit tunai.

Risiko pembantu rumah lari lebih tinggi di kawasan bandar berbanding kawasan pedalaman kerana di situ lebih ramai kawan, banyak pengangkutan awam serta lebih banyak peluang pekerjaan dan tempat tinggal baharu. Hanya beberapa puluh ringgit sahaja sudah memadai untuk menampung kos melarikan diri.

5) Membenarkan paspot disimpan pembantu rumah.


Paspot pambantu rumah mestilah disimpan di tempat rahsia dan berkunci. Walaubagaimanapun ia tidak menjamin yang mereka tidak lari. Ini kerana kebiasaannya mereka tetap akan lari walaupun tidak mempunyai paspot bersama mereka. Sekurang-kurangnya dia akan berfikir dua tiga kali sebelum meninggalkan kediaman kita tanpa sebarang pengenalan diri.

6) Membiarkan pembantu rumah bebas keluar rumah.


Ada sesetengah pembantu rumah yang diambil daripada agensi tempatan akan mensyaratkan cuti sekali sebulan atau sehari setiap bulan. Biasanya dia minta dihantar ke tempat agensi atau ke rumah saudara-mara untuk berehat. Dalam kes begini, pastikan anda sendiri yang hantar dia kepada ejennya sahaja. Jangan benarkan dia pergi sendiri atau sesiapa selain ejen datang menjemputnya di rumah.

7) Majikan yang kejam terhadap pembantu rumah.


Bukan semua punca pembantu rumah lari disebabkan masalah ejen atau pembantu rumah tetapi adakalanya berpunca daripada majikan juga. Sebaiknya jangan diberitahu atau diungkit jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan kepada pembantu rumah. Ada kemungkinan dia akan rasa tidak puas hati dan marah pada ejennya lalu bertindak melarikan diri.

Semenjak mula lagi ada majikan menipu ejen dengan memberitahu maklumat yang tidak benar. Contohnya ada anak lima tapi diberitahu tiga sahaja, cakap jaga orang tua seorang sahaja tapi sebenarnya ada anak cucu yang tinggal sekali, katanya anak sudah besar tapi tidak cakap bulan depan isteri sedang hamil 8 bulan dan sebagainya.

Majikan lambat bayar gaji atau langsung tidak bayar. Samada majikan tidak mampu atau apa jua alasannya ini tidak harus terjadi. Jika duit gaji ingin dihantar ke kampung silalah tolong hantarkan. Saya dan pembantu rumah bersetuju akan hantar sebahagian duit gajinya ke kampung dan selebihnya saya simpan untuknya.

Majikan mendera pembantu rumah. Penderaan mental, fizikal dan seksual akan memberi tekanan emosi kepada pembantu rumah. Memerah keringat dia sehingga tidak cukup rehat juga dikira mendera. Hormati dan jaga hubungan dengan kita sebagai majikan dengan pembantu rumah. Bila dia selesa dan seronok bekerja dengan kita Insya-Allah tak lari.

Majikan bukan Islam yang tidak menghormati pembantu rumah beragama Islam. Tidak membenarkannya beribadat atau menyuruhnya melakukan kerja-kerja yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti memandikan anjing, memasak daging babi dan sebagainya.

8) Majikan enggan buat permit kerja pembantu rumah.


Bukan sahaja majikan akan menanggung kerugian beribu ringgit sekiranya pembantu rumahnya lari malah majikan itu juga akan didenda sebanyak RM250 untuk menamatkan kontrak perjanjian kerja dengan pembantu rumah tersebut. Keadaan ini menyebabkan lebih ramai majikan yang enggan memohon permit kerja yang sah untuk pembantu rumah mereka.

Adanya permit majikan selamat daripada risiko dikenakan hukuman denda yang lebih berat seperti denda RM10,000 atau penjara. Manakala pembantu rumah akan rasa lebih terjamin dan selamat bekerja dengan majikannya. Lagipun lebih mudah untuk dia pulang sekejap ke kampung sekiranya berlaku hal kecemasan. Sudah pastinya pembantu rumah berfikir panjang sebelum membuat keputusan melarikan diri.

Kebanyakan majikan yang ingin menjimatkan kos akan mengambil sendiri pembantu rumah dari ejen atau agensi di Indonesia. Masalah timbul bila kerajaan telah menyekat permohonan permit melalui Journey Performed (JP) Visa. Hanya agensi tempatan sahaja yang diberi kebenaran untuk memproses permit kerja pembantu rumah melalui Calling Visa (CV).

Sekiranya anda bercadang untuk memohon permit kerja untuk pembantu rumah anda sila hubungi saya di 012-3433661. Saya kenal agensi pembantu rumah yang boleh membantu anda memohon permit kerja pembantu rumah dengan kos yang lebih rendah berbanding agensi-agensi berdaftar yang lain.



Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan