, , , , , , , ,

Surprise Birthday Party Adibah Karimah


Tanggal 28 Ogos 2014 yang lalu bukanlah Hari Kemerdekaan ke-57 tetapi Hari Kelahiran ke-28 isteri tercinta Adibah Karimah. Hihi..

Tiada letupan bunga api ataupun pancaragam pada hari tersebut namun ia tetap satu hari yang sangat istimewa buat diri saya. Walaupun dia masih mengekalkan usia dua puluhan berbanding saya yang sudah lama 3 siri dan menghampiri 4 siri tetapi saya masih mengekalkan awet muda. Kata orang sekali pandang nampak macam fresh graduate, kali kedua pandang err....(kali kedua pandang ke tempat dah).

Hari itu saya sibuk di klinik dan dia sibuk dengan temujanji bersama klien bisnesnya dari petang sampai malam. Saya pura-pura buat sibuk dan tidak menghubunginya (selalunya bergosip atau chatting) pada hari itu tapi sebenarnya sibuk mengatur rancangan dengan beberapa rakan untuk buat surprise birthday party pada malam itu.

Sementara itu juga saya sibuk mencari kedai bunga untuk menempah jambangan bunga ros istimewa buat dia. Kedai yang biasa saya pergi kehabisan bunga ros, terpaksalah pusing merata cari kedai lain. Nasib baik ada satu kedai tetapi terpaksa tunggu stok bunga baru yang akan sampai waktu malam.

Malam itu lepas balik kerja saya terus pecut ke destinasi surprise party, iaitu Cotton Craft di Shah Alam. Beberapa kawan yang juga rakan perniagaan kami sudah bersedia di sana dan kononnya Adibah akan diajak ke situ untuk dibelanja sepotong kek harijadi oleh Efah.

Bila dah masuk sana tahulah macam mana flow dia kan? Macam surprise party la, ramai-ramai keluar dari celah-celah dinding dan meja secara tiba-tiba sambil menyanyi lagu Happy Birthday. Bila 'kekecohan' dah reda saya pun masuk bawa jambangan bunga ros istimewa kepadanya. Terasa hati berbunga-bunga macam baru-baru bercinta dulu :)

Sambil makan kami bincang strategi bisnes macamana nak gandakan lagi sales volume bulan ni. Semuanya tekad nak dapatkan tiket percuma melancong ke Austria dan Hungary. Siapa tak nak kalau semuanya percuma kan, tinggal bawa duit untuk shopping saja nanti di sana.

Makanan kat Cotton Craft Shah Alam ni sedap juga. Banyak pilihan makanan barat serta kek ada di sini. Kedainya bersih dan selesa, memang sesuai kalau nak adakan majlis sambutan harijadi atau sebagainya. Lagipun semua staf kat sini sangat sporting dan peramah.

Jom tilik gambar:

Kek happy birthday Adibah di kedai Cotton Craft Shah Alam


Adibah tiup lilin Kek happy birthday di kedai Cotton Craft Shah Alam

Adibah dapat bunga ros ketika Sambutan birthday di kedai Cotton Craft Shah Alam

Jambangan bunga ros hadiah daripada saya.

Hadiah surprise birthday Adibah di kedai Cotton Craft Shah Alam

Hadiah beg Coach surprise birthday Adibah di kedai Cotton Craft Shah Alam

Kawan-kawan ATeam belanja dia makan dan hadiahkan sebuah beg tangan Coach. Cantik warnanya memang sesuai dengan Adibah bawa pergi jumpa klien.

Awesomazing Team bersama Adibah di kedai Cotton Craft Shah Alam

Dari kiri Safa, saya, Adibah, Radenina, Azie, Efah.

Berdiri tegak sempena Kemerdekaan ke 57 di kedai Cotton Craft Shah Alam
Salam Pra-Kemerdekaan ke-57 dari kami. Bergambar di sebelah dinding Cotton Craft.

Keesokkan harinya dalam kelas motivasi dapat satu lagi surprise kek coklat harijadi untuknya. Memang bertuah badan dapat kawan-kawan yang menyayanginya bukan saja sebagai pemimpin tetapi juga sebagai seorang sahabat.

Kek coklat harijadi Adibah dalam kelas Awesomazing Team

Awesomazing Team dan Kak Hamisah dalam kelas Awesomazing Team
Warga Awesomazing Team yang awesome dan sporting habis.

Akhir kata... Semoga Adibah panjang umur, dimurahkan rezeki serta diberkati Allah sentiasa. Klik sini "Adibah Karimah turns 28 years old!" kalau teringin nak baca cerita versi tuan badan.



Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan