Syukur Alhamdulillah kerana sekali lagi berjaya melayakkan tiket percutian ke luar negara secara percuma. Kali ini kami pergi ke Gold Coast Australia. Sebenarnya kat Malaysia pun ada Gold Coast di Pantai Morib tapi yang ni saya belum sampai lagi. Ada satu Gold Coast kat pantai timur iaitu tapi orang lebih suka panggil Pasir Mas je. Haha!
Teringat dulu ketika masih teruna saya pernah menjejakkan kaki ke Gold Coast Australia. Ketika saya menjalani Program Elektif Sekolah di Sydney selama 6 minggu sempat saya berjalan-jalan ke Gold Coast dan Brisbane. Kali kedua sampai ke Gold Coast ketika saya berbulan-madu dengan isteri tersayang Adibah.
Kali ketiga inilah saya bersama Awesomazing Team sama-sama dapat tiket percuma ke Gold Coast Australia. Paling seronok sebab semua perbelanjaan dibiayai sepenuhnya dan pakej percutian ini diuruskan oleh Agensi Perlancongan GTT yang sememangnya best dan bertaraf 5 bintang. Kami bertolak pada 15.2.14 dan balik pada 21.2.14 iaitu 7 hari 6 malam. Klik [SINI] untuk baca itinerari perjalanan kami di sana.
Jika ingin tengok gambar kami di:
Instagram boleh klik sini #AwesomazingAussie
Facebook boleh klik sini #AwesomazingAussie
Klik SINI untuk lihat album gambar di Facebook.
Kami melancong ke Gold Coast Australia - Awesomazing Team
Minggu depan Insya-Allah kami akan berangkat ke Shanghai China pula. Doakan kami semua selamat pergi dan balik ya. Maklumlah sekarang ni rasa takut pula nak naik kapal terbang ekoran nahas pesawat MH370 dan MH17 baru-baru ini. Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam dan saya ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan