Ketika melangkah masuk ke AP Plaza terasa biasa saja seperti Sungei Wang atau Low Yat Plaza. Tetapi sangkaan saya meleset sama sekali apabila terpaksa rela membeli sebuah beg kargo oleh seorang amoi. Niat asal cuma nak survey harga saja tapi amoi tu tak nak 'lepaskan' saya bila saya kata mahal dan cuba beredar. Sebenarnya kat sini ada pantang-larang. Jangan tanya harga kalau taknak beli.
Kemudian amoi tu paksa saya tawarkan satu harga dan saya fikir jika saya cuba tawarkan harga yang tersangat murah pasti dia halau saya dengan sukarela, tetapi tidak. Ditariknya tangan saya dan berlakulah perang tawar-menawar harga yang sangat sengit sehingga akhirnya amoi itu kalah dan merelakan harga yang saya mahu. Murah sangat sebab hanya 20% daripada harga yang mula-mula dia beritahu!
Laluan masuk ke AP Plaza macam tak glamer kan. Serupa nak masuk stesen keretapi bawah tanah je.
Satu kemestian setiap kali melancong mesti ada Gala Dinner bersama pengarah syarikat. Seronoknya sebab ada cabutan bertuah, sambutan hari lahir dan persembahan-persembahan yang mengujakan. Makanan pula semestilah banyak dan menyelerakan.
Diantara persembahan pada malam itu.
Barisan pelakon drama kantonis?
Bersama 'pengarah' filem CDM Ah Hok
Di luar kedai batu permata dan jed di Shanghai. Sesiapa yang minat batu jed bolehlah shopping kat sini. Walaubagaimanapun mesti hati-hati agar tidak tertipu dengan harga yang ditawarkan. Dekat luar pun banyak batu jed dijual dengan harga yang jauh lebih murah tetapi awas dengan yang palsu. Lebih baik jangan beli kalau tidak mahir membezakan yang mana asli dengan tiruan.
Kata mereka tugu batu jed ni ada 'aura' yang boleh menyihatkan badan.
Pelapik tilam yang diperbuat daripada kepompong ulat sutera. Harganya lebih kurang RM600 untuk saiz queen bed. Saya tak beli sebab dah ada pelapik tilam paling best iaitu Bio Velocity Sleep Mate. Selain itu ada juga dijual kain ela, baju siap jahit, tudung, t-shirt dan pelbagai barang cenderahati yang diperbuat daripada sutera.
Naik cruise menyusuri sungai yang memisahkan Shanghai Timur dan Shanghai Barat. Lebih kurang sejam juga dapat menikmati pemandangan indah bandar Shanghai pada waktu malam. Setiap bangunan mempunyai bentuk yang unik dan dilitupi cahaya lampu yang cantik berwarna-warni. Sememangnya tak ada di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan