Korang mesti pernah kena kan bila bersembang dgn member yg mulut berbau. Aroma yg keluar dari nafasnya ya ampun...tuhan saja yg tau. Boleh bayangkan mcm2 keluar drp mulutnya... tengkorak, tulang ikan, racun serangga dan ntah apa2 la kan. Hehee.
Nafas berbau busuk macam t**i (halitosis atau fetor oris) mungkin berpunca drp masalah mulut, gigi atau gusi. Tetapi masalah kesihatan lain iaitu sembelit juga menyebabkan halitosis. Sembelit boleh jadi sementara atau kronik dan dianggarkan sekurang2nya 50 peratus dewasa mengalami masalah sembelit seumur hidup mereka.
Bagi seseorang yg mengalami masalah nafas berbau juga akan rasa pelik dlm mulut mereka, bukan seperti sisa makanan dan ia tidak hilang walaupun menggosok gigi. Sekurang2nya 25% drp mereka yg menjaga kesihatan dan kebersihan mulut masih mempunyai masalah nafas berbau.
Para pengkaji mendapati 25% drp mereka yg nafas berbau adalah berpunca oleh sembelit.
Sembelit menyebabkan partikel makanan yg belum dihadam terkumpul dan ia dikaitkan dgn gaya hidup tidak sihat spt kurang bersenam. Ramai org menghidap sembelit adalah mereka yg bekerja byk duduk atas kerusi, dimana tidak bagus utk proses pencernaan. Bila digabung dgn diet rendah fiber dan kurang senaman, sembelit mudah terjadi dan menyebabkan nafas berbau.
Bagaimana nak hilangkan masalah nafas berbau dan sembelit? Caranya mudah saja iaitu melancarkan proses penghadaman dgn cara:
- membuat senaman secara konsisten
- mengambil diet tinggi kandungan fiber dan rendah lemak
- minum air masak setiap jam
Bilamana seseorang yg menghidap nafas berbau dtg berjumpa doktor gigi dan setelah diperiksa tiada masalah oral, mereka akan ditanya sekiranya mengalami masalah berkaitan penghadaman atau sembelit spt senak perut, kembung perut, sakit perut atau kelesuan. Jika ada, mereka akan dirujuk kpd pakar berkaitan masalah usus.
Sembelit jika tidak dirawat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan:
- buasir (salur darah bengkak dlm dan diluar dubur) terjadi akibat meneran ketika buang air besar
- pendarahan dan sakit ketika buang air besar akibat luka di dlm dubur ketika buang air besar
- najis terkumpul menjadi keras dan tersumbat di dalam usus
- usus rektum terkeluar dari dubur akibat meneran ketika buang air besar
Menakutkan tak? Itulah kalau dah kena sembelit cepat2 cari ubatnya. Jgn tunggu lama sbb sembelit ni pun salah satu tanda kanser usus. Jgn main2 tau!
Jika ada sebarang pertanyaan tp segan nak tanya kat sini bolehlah emel kpd saya terus okey. Hidup lebih best tanpa sembelit!