Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin drp saya sekeluarga. Hari ni saya nak bercerita sedikit mengenai keluarga saya. Saya sebenarnya anak bongsu dari sebelas orang beradik. Saya cuma ada seorang abang tapi dia sudah lama meninggal ketika saya berusia 5 tahun. Seorang lagi kakak saya sudah meninggal akibat kanser payudara. Ibu kandung saya meninggal ketika saya masih belajar perubatan akibat stroke.
Cucu cicit panggil Tok Ayah |
Ayah saya seorang ustaz, dia dulu pencen guru agama dan sampai sekarang masih mengajar mengaji di rumah dan bertugas sebagai jurunikah atau tok kadi. Mujur ayah ada driver yang tolong bawa ayah pergi ke tempat-tempat nikah. Sebelum naik kereta dan dari kereta ke tempat nikah kena papah. Kesian ayah sebab setiap langkah sungguh menyeksakan dia.
Ayah ada kerusi roda elektrik, pakai bateri caj semula. Dibeli kira-kira dua tahun lepas sejak dia mula semput tapi masih boleh berjalan dekat-dekat, mungkin jarak beberapa puluh meter sebelum semput dan terpaksa duduk. Penyakitnya makin teruk walaupun sudah mencuba pelbagai jenis rawatan alternatif disamping ubat hospital.
Sehinggalah dia langsung tak boleh berjalan sejak setahun lepas. Sejak itu pergerakan dalam rumah pun guna kerusi roda. Dari bilik ke tandas, ke ruang tamu, dapur dan luar rumah. Ayah tak suka duduk diam, dia memang suka berkebun sejak dulu. Belakang rumah dia ada kebun, siap ada landasan untuk dia lalu guna kerusi roda. Kadang-kadang dia pergi ke Batu Enam beli makanan naik kerusi roda dan jaraknya 6 kilometer!
Harapan dan doa saya, semoga ayah panjang umur. Semoga penyakit ayah pulih, tidak banyak sikit pun jadi. Kalau boleh berjalan semula memang bersyukur. Paling penting ayah gembira dan selesa, makan minum dijaga dan sentiasa reda dengan segala ujian yang dilalui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan