, , , , , , , , , , , ,

Percutian percuma ke Austria dan Hungary?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah berakhirnya pakej melancong percuma ke Shanghai pada bulan Jun lepas kini syarikat terus membuka peluang kepada semua usahawan untuk melancong percuma ke negara Austria dan Hungary pula. Alhamdulillah semakin ramai rakan Awesomazing Team yang layak tiket percuma ke Shanghai nanti. 

Percutian PERCUMA ke Austria dan Hungary??


Percutian percuma ke Austria dan Hungary bersama team Hebat Berniaga Online dan Awesomazing Team

Bermula 1 Julai 2014 sehingga 31 Oktober 2014 selama empat bulan ini kami hanya perlu mencapai jumlah jualan terkumpul dalam kumpulan seperti dikehendaki. Walaupun nampak mustahil kerana ada yang berpendapat, syarikat tidak akan sewenang-wenangnya memberi tiket percuma tanpa sasaran jualan yang tinggi dengan keuntungan berlipat kali ganda.

Namun hakikatnya syarat serta sasaran jualan yang dikenakan adalah sangat berpatutan. Menggunakan teknik pemasaran yang betul dan strategi berbisnes secara berkumpulan boleh melayakkan tiket percutian ini dengan mudah. Ini dibuktikan apabila saya bersama isteri, Adibah Karimah berjaya melayakkan diri melancong ke Switzerland dan Jerman walaupun baru empat bulan menceburi bisnes ini beberapa tahun yang lepas.

Kemungkinan percutian ke Austria dan Hungary ini akan berlangsung dalam bulan Januari tahun depan ketika musim sejuk. Pastilah bermain ski termasuk dalam itinerari ketika berada di sana nanti. Bayangkan alangkahnya seronoknya bercuti ke sana ketika musim sejuk. Apatah lagi kalau percutian bertaraf lima bintang ini ditaja sepenuhnya!
   

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan