, , , , , ,

Kebaikan kopi campur garam


kebaikan kopi campur garam

Pernahkah anda minum kopi dicampur garam? Anda mungkin tidak tetapi mak ayah atau nenek moyang anda mungkin biasa mengamalkan minum kopi yang dicampur garam. Tradisi mencampur sedikit garam dalam minuman kopi sebenarnya sudah wujud sejak dulu lagi terutama di Utara Skandinavia, Sibir, Turki dan Hungary.

Tubuh kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit untuk mengekalkan keseimbangan cecair badan, membantu sel-sel saraf menghantar impuls elektrik dan mempengaruhi pergerakan otot-otot. Namun pengambilan garam secara berlebihan akan memudaratkan kesihatan. Jumlah garam yang diambil tidak boleh melebihi 6 gram atau sesudu teh dan ini bersamaan 2300mg sodium.

Apabila secubit garam dicampur ke dalam kopi ia dapat mengurangkan rasa pahit kopi. Ini kerana garam mineral sodium (Na+) yang terkandung dalam garam mengurangkan deria rasa pahit. Mekanisma sebenar bagaimana ia berlaku tidak begitu jelas difahami. Selain ia mengurangkan rasa pahit, minuman kopi akan terasa lebih sedap dan rasa sedikit asin tetapi tidaklah masin. Garam yang paling enak untuk dicampur adalah garam buluh.

Garam atau nama saintifiknya sodium chloride (NaCl) mengandungi 60% chloride. Tubuh kita memerlukan garam mineral chloride untuk pelbagai fungsi dan salah satunya untuk penghasilan jus gastrik. Jus gastrik yang mengandungi asid hidroklorik (HCl) diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Minum secawan kopi bergaram seperti Mineral Coffee selepas sarapan pagi dapat membantu mengurangkan masalah tidak hadam.

Kita perlu hadkan pengambilan sodium agar tidak melebihi 2300mg setiap hari untuk menjaga kesihatan. Manakala keperluan garam mineral chloride adalah sebanyak 700mg setiap hari. Namun kandungan garam tersembunyi dalam makanan yang diproses sukar dielakkan dan akhirnya jumlah sodium diambil secara berlebihan setiap hari tanpa sedar.



Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan