Beruntunglah siapa yang belajar di Jepun. Saya dulu tak dapat sambung belajar ke luar negara disebabkan ekonomi gawat pada tahun 1998. Walaupun begitu saya tetap bersyukur kerana masih dapat menamatkan pengajian di dalam negara. Saya sudah melancong banyak negara terutamanya negara-negara Eropah namun belum sampai ke Negara Matahari Terbit.
Alhamdulillah nampaknya masih ada peluang. Kalau ada rezeki dan panjang umur dapatlah pergi ke Osaka tahun depan. Syarikat dan umumkan pakej seminar seberang laut terbaharu iaitu di Osaka, Jepun. Nama je seminar tapi sebenarnya Gala Dinner saja aktiviti bersama syarikat. Selain itu semua aktiviti perlancongan diketuai agensi perlancongan.
Jadi saya ada google sikit-sikit pasal Osaka ni. Mestilah nak kenal dulu tempat yang dituju. Tak kenal maka tak cinta. Makin dicinta makin berkobar-kobar semangat nak dapatkan tiket percuma ke Osaka tu. Ada target yang perlu dicapai, bukan semua orang boleh dapat tapi dengan bimbingan mentor dan kerjasama ahli kumpulan Awesomazing Team segalanya jadi mudah.
Banyak tempat menarik di Osaka tapi saya nak tunjuk tempat-tempat best yang saya ingin pergi di Osaka nanti. Insya Allah.
1. Universal Studios Osaka
2. Osaka Castle
3. Umeda Sky Building
4. Dotonburi Street
5. Osaka Aquarium
6. Tempozan Ferris Wheel
7. Tsutenkaku Tower
Seronok kan kalau dapat pergi ke Osaka? Lagilah kalau semuanya percuma. Kalau ingin tahu macamana nak melayakkan tiket percuma melancong ke Osaka boleh hubungi saya atau Adibah. Dengar khabar tarikh pergi ke Osaka ketika musim bunga. Agaknya bulan Mac tahun depan lah tu. Lagi seronok dapat lihat pemandangan indah bunga Sakura.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan