Sudah 3 minggu balik dari Vietnam tapi sekarang baru rasa nak kongsi pengalaman. Mungkin sebab Vietnam ni biasa-biasa aje bagi kebanyakan orang. Nak pergi sendiri pun tak perlu belanja besar kalau betul-betul nak jimat bajet. Tapi trip kami ni ditaja sepenuhnya oleh Sahajidah Hai-O jadi memang seronok sebab macam-macam program yang diaturkan untuk kami.
Salah satu tempat yang kami dibawa pergi adalah Water Puppet Theatre untuk menonton pertunjukan wayang air. Hiburan tradisi ni serupa wayang kulit kat negara kita juga, dimainkan bersama muzik dan ada ceritanya. Kalau datang melancong ke Ho Chi Minh memang wajib tengok pertunjukan Water Puppets ni. Jom layan gambar-gambar dalam Water Puppet Theatre tu.
bersama Team HBO depan Water Puppet Theatre
selpiss sebelum acara bermula...
tukang karut sebelah kiri teater
tukang karut sebelah kanan. Jumlahnya 6 orang semua
dari jauh nampak kecil tapi sebenarnya saiz patung paling kecil pun besar betis
siapa sangka pemain-pemain patung tu berada di belakang tirai hijau
ini kali kedua saya menonton Water Puppet Show kat sini
rasanya jalan cerita dia tak sama dengan yang dulu saya pernah tengok
kalaulah apa yang diorang cerita tu saya faham mesti lagi seronok
inilah barisan pemain patung-patung tu
semuanya nampak veteran. Biasalah orang muda kurang minat nak belajar main
Saya ada rakam video persembahan tu tapi belum sempat nak upload dalam Youtube. Nanti ada kelapangan saya akan update lagi pasal video tu. Next saya akan update pasal Pasar Ben Thanh iaitu destinasi paling wajib pergi di Ho Chi Minh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan