Melancong adalah tarikan utama kenapa saya join bisnes ini. Saya suka melancong ke negara asing melihat melalui pengalaman yang berbeza di tempat asing. Kalau hanya setakat tengok gambar atau dokumentari dalam media memang tak puas sebab tak dapat rasa sendiri dengan semua pancaindera yang ada seperti bermain salji, menikmati makanan mereka dan melihat persembahan mereka secara live.
Negara Eropah pertama yang saya dan Adibah pergi ketika mula-mula berbisnes adalah Switzerland pada tahun 2010. Memang kebiasaan kompeni akan jalankan trip ke dua buah negara serentak dan Jerman adalah negara kedua kami pergi dalam trip ini. Semuanya rancangan telah diatur rapi dan percuma termasuklah tiket kapal cruise dan sebagainya.
Chapter One :
Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke Eropah
Kami berlepas dari KLIA menaiki penerbangan Qatar Airways singgah
di Doha International Airport sebelum meneruskan penerbangan ke Zurich,
Switzerland. Sampai di sana terus pergi membeli-belah di Bally Factory Outlet
dan beberapa lagi tempat shopping. Kemudian dibawa melawat beberapa tempat
menarik di bandar Zurich dan berhenti solat di masjid besar. Kami bermalam di
Hotel Astoria di Zurich.
first time dapat trip percuma
pekan yang sejuk dan tenang sekali
ber'dating' di Sungai Limmet Zurich
Sungai Limmet ini membelah dua Zurich
sini terkenal dengan batu permata Swarovski
wisma Bucherer tempat jual jam mewah Rolex, Rado dsb
kilang Bally
shopping pakaian sukan berjenama di factory outlet
berhenti solat di Masjid Mahmud
menginap di Hotel Astoria
bersambung...
Next entry - Chapter Two : Pengalaman pertama kali bermain salji
Tiada ulasan:
Catat Ulasan