, , , , , ,

Boleh ke makan serbuk kopi?


Penyediaan minuman kopi sekarang sudah banyak berbeza. Seingat saya dahulu ibu akan membancuh air kopi daripada serbuk kopi yang kemudiannya ditapis serbuknya sebelum diminum. Sedikit serbuk kopi masih lolos dan diminum sekali bersama airnya. Tetapi selamat ke kalau termakan serbuk kopi?
Serbuk kopi boleh dimakan kerana mengandungi bahan anti-oksida yg tinggi baik utk kesihatan
Pada zaman dahulu biji kopi dimakan sebelum minuman kopi dicipta. Puak Afrika mencampurkan biji kopi dengan bahan berlemak dijadikan bebola makanan. Tujuannya untuk memberi tenaga. Seperti air kopi kesan kafeinnya sama tetapi kekuatannya berganda kerana tidak semua kandungan aktif dalam kopi larut air dan keluar menjadi air kopi. Kandungan aktif dalam biji kopi juga mudah diserap melalui lapisan mukosa dalam mulut.

Kajian daripada Journal of Agricultural and Food Chemistry menunjukkan serbuk tapisan air kopi yang biasanya dibuang sebenarnya mengandungi jumlah anti-oksida yang sangat tinggi. Ini tidak pelik kerana sebagaimana diketahui kopi mengandungi anti-oksida iaitu kompaun yang berupaya melawan radikal bebas berbahaya yang merosakkan sel-sel badan.

Namun tahap kandungan anti-oksida yang tinggal agak berbeza dengan cara bancuhan kopi. Contohnya anti-oksida paling tinggi pada sisa serbuk kopi mesin Espresso manakala mesin Mocha meninggalkan anti-oksida paling sedikit. Oleh itu, serbuk kopi yang ditapis sebenarnya boleh dimakan. Selain itu ia boleh dijadikan scrub badan dan muka untuk menjadikan kulit lebih cantik dan halus.

Amalan meminum kopi memang ada banyak kebaikan terutamanya bila dicampur dengan ramuan istimewa seperti herba dan sebagainya. Namun jika kopi diambil secara berlebihan ia juga boleh memudaratkan kesihatan terutamanya minuman kopi 3 in 1 yang banyak gula. Apapun kalau diambil secara sederhana pastinya selamat dan baik untuk kesihatan. Baca artikel "Kebaikan dan keburukan meminum kopi".

http://picasion.com/



Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan