, , , , , , , , ,

Hubungan apnea tidur dan penyakit jantung


Apnea tidur obstruktif dan kaitan dgn penyakit jantung

Penyakit pernafasan berkaitan tidur adalah sangat kerap terjadi dikalangan pesakit jantung. Apnea Tidur Obstruktif atau Obstructive Sleep Apnea (OSA) dihidapi oleh 15 juta org dewasa rakyat Amerika dan juga berlaku dalam skala yg besar dikalangan pesakit tekanan darah tinggi dan juga penyakit kardiovaskular yg lain spt penyakit arteri koronari, strok, dan fibrilasi atrium.

Apnea tidur obstruktif (OSA) adalah penyakit tidur yg serius dimana pernafasan menjadi terganggu ketika tidur. Penghidap apnea tidur akan mengalami pernafasan terhenti secara berulang-kali semasa tidur. Kadang-kadang boleh sampai beratus kali. Ini bermakna otak, dan keseluruhan tubuh mungkin mengalami kekurangan oksigen.

Hubungan diantara apnea tidur dan penyakit jantung semakin jelas. Cuma samada apnea tidur yg sebenarnya menyebabkan penyakit jantung atau sebaliknya masih tidak difahami. Tapi yg pasti jika skrg anda menghidap apnea tidur, anda mempunyai risiko yg tinggi menghidap penyakit tekanan darah tinggi dimasa akan datang.

Sukar nak pastikan kaitan sebenar diantara apnea tidur dan penyakit jantung kerana orang yg menghidap apnea tidur selalunya ada penyakit-penyakit lain juga.

Jika rawatan diberi serentak utk merawat penyakit apnea tidur dan tekanan darah tinggi, atau apnea tidur dan kegagalan fungsi jantung, hasil bacaan tekanan darah atau fungsi jantung menjadi lebih baik dibandingkan jika apnea tidur tidak dirawat sekali.

Ini ialah senarai komplikasi penyakit apnea tidur sekiranya tidak dirawat:
  1. Penyakit darah tinggi
  2. Strok
  3. Kegagalan fungsi jantung, rentak jantung tidak sekata dan serangan jantung
  4. Kencing manis
  5. Penyakit kemurungan
  6. Penyakit ADHD bertambah teruk
  7. Sakit kepala
Oleh itu, sekiranya anda mempunyai masalah apnea tidur segeralah dapatkan rawatan sebelum ia melarat dan memudaratkan kesihatan. Harus diingat, satu per tiga drp jangka hayat kita dihabiskan untuk tidur, jadi pastikan anda dapat tidur yg betul2 berkualiti agar mendapat kesihatan yg baik dan panjang umur dgn izin-Nya. Amiinn.



Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan