Pandai sungguh mereka promosikan pakej '4 wheel drive adventure' pada hari tu. Walhal sebenarnya mendaki dengan kaki bukannya menaiki pacuan 4 roda mendaki Gunung Brinchang!
Pada hari kedua seminar "Quantum Excellent Leadership CDM 2017" kami adakan aktiviti menjelajah puncak Gunung Brinchang melalui keindahan ladang teh untuk melihat pemandangan cantik dari puncak gunung.
Sepatutnya kami menaiki kenderaan pacuan 4 roda sehingga atas gunung dan berjalan sedikit mendaki untuk sampai ke puncak gunung tetapi malangnya jalan masuk telah ditutup untuk kerja pembaikan.
Jadi kami terpaksa berhenti dan meneruskan pendakian dengan berjalan kaki sehingga ke puncak gunung. Bila ditanya kepada pemandu pelancong berapa jarak nak sampai ke puncak mereka kata dekat saja jadi kami pun jalanlah.
Ada diantara kami yang tidak sanggup mendaki sebab mengandung dan sebagainya tak mengapalah tapi kami yang masih muda dan sihat ni pun termengah-mengah mendaki jalan securam 30 darjah. Jalan sikit berhenti rehat ambil nafas, begitulah sampai atas.
Untuk sampai ke puncak kena hiking sedikit melalui hutan untuk melihat pemandangan yang sangat cantik. Lagipun Hutan Mossy ni sememangnya terkenal dengan keindahan flora, fauna dan lumut-lumut hijau yang hidup menumpang di atas tanah dan dahan-dahan pokok.
Segala penat lelah hilang setelah menghirup udara yang segar dan melihat pemandangan yang sungguh indah. Kami semua teruja dan masing-masing ghairah bergambar dengan pencuci Eziclean, tanda Eziproject sudah menakluki puncak Gunung Brinchang!
Jom sertai keluarga EziProject kami?! pastinya lepas ni ada banyak lagi aktiviti team building EziProject untuk pembangunan diri supaya menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan