Sakit kepala yang dideritai selama berbelas tahun akhirnya sembuh setelah dapat tidur lena dengan pelapik Bio Velocity.
Puan Hasnah, seorang yang sangat peramah. Pertama kali saya berjumpa dengan ibu (nama glamer Puan Hasnah) memang saya tak menyangka yang beliau sudah berumur 61 tahun sebab nampak macam 'forties' je.
Anak ibu, Puan Nurul Aida sebenarnya rakan niaga ATeam saya juga. Satu hari beliau minta nasihat saya berkenaan ibu yang demam tak kebah-kebah sejak seminggu menggunakan pelapik bvsm yang diberikannya.
Kami masing-masing memang sudah sedia maklum bahawa kemungkinan besar ibu sedang mengalami satu tempoh yang dikenali sebagai 'healing crisis' dimana ianya proses normal tubuh mengeluarkan toksik dari badan.
Setiap individu berlainan tindak-balas healing crisis atau bahasa kita melawan ubat. Saya sempat menelefon ibu dan bertanya khabar. Beliau memahami walaupun badan terasa amat lemah seolah-olah bertambah teruk selepas guna bvsm.
Akhirnya beberapa minggu lepas tu saya berpeluang untuk datang berjumpa dengan ibu dan keluarganya. Syukur masa tu ibu sudah melepasi tempoh healing crisis dan bertambah sihat.
Rupa-rupanya sakit kepala yang dideritai selama berbelas tahun sebenarnya berkait-rapat dengan masalah tidur yang dihidapi. Ibu sebenarnya ada penyakit insomnia, iaitu penyakit sukar tidur.
Diantara gejala penyakit insomnia yang ibu alami adalah kerap terjaga ketika tidur dan sukar untuk tidur kembali. Secara purata ibu hanya dapat tidur 4 jam saja setiap malam.
Keadaan ini semakin teruk sehinggakan ibu dirujuk kepada pakar neurologi untuk rawatan lanjut. Bermacam jenis ubat penahan sakit dan vitamin saraf diambil namun ia hanya untuk bertahan sekejap sahaja.
Akhirnya, ibu terpaksa berhenti mengajar sukan bola jaring di sekolah semenjak 6 bulan lalu kerana terlalu sakit kepala, pening dan badan keletihan.
Ibu Hasnah ni sebenarnya seorang yang aktif bersukan sejak muda dan juga jurulatih bola keranjang. Sebab itulah ibu masih nampak muda, selain tidak menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Sekarang ibu Hasnah sudah sembuh dan kembali aktif melatih pasukan bola jaring sekolah. Sakit kepala dah tiada dan tak perlu lagi makan sebarang ubat. Setiap malam ibu dapat tidur lena lebih 4 jam tanpa terjaga.
diantara gejala-gejala penyakit ibu Hasnah
kesan 'healing crisis' yang dialami ibu Hasnah
kini ibu sudah kembali melatih pasukan bola jaring
ketika menghadiri Hari Bio Velocity pada 8.4.17
Ibu Hasnah seronok menceritakan pengalamannya dihadapan 2 ribu penonton
Tahniah ibu Hasnah!
Semoga pengalaman ibu menjadi inspirasi kepada semua orang terutamanya yang mengalami masalah yang sama.
Adakah anda mempunyai sebarang soalan berkenaan pelapik Bio Velocity?
saya sedia menjawabnya, sila wassap soalan ke:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan