, ,

Kurang Tidur Punca Gemuk?


Kurang tidur punca gemuk, betul ke? biasanya kita dengar orang cakap punca gemuk tu makan berlebihan, malas bersenam, ataupun memang keturunannya badan gemuk. Tapi bagaimana pula kurang tidur boleh jadi punca kegemukan?

Sebenarnya memang benar kekurangan tidur boleh menyebabkan berat badan bertambah. Walaupun kaitan diantaranya tidak begitu difahami tapi saya akan jelaskan secara ringkas.

Apabila kurang tidur tubuh akan menghasilkan kurang hormon leptin sebaliknya lebih banyak hormon ghrelin. Kedua-dua hormon ini berfungsi seperti termostat pemberi maklumat kepada otak tentang status simpanan tenaga dalam badan.

Secara mudahnya, hormon leptin membuat kita merasa kenyang. Manakala hormon ghrelin membuat kita merasa lapar dan lebih suka makanan tinggi karbohidrat dan berlemak. Kurang tidur umpama 'cara terhormat menjadi gemuk' apabila makan berlebihan kerana sentiasa merasa lapar.
kurang tidur buat hormon ghrelin naik dan leptin turun
Berdasarkan satu hasil kajian, Persatuan Endokrinologi mencadangkan sekiranya seseorang itu kurang tidur selama 30 minit setiap hari selama seminggu ia akan mendedahkan risiko obesiti dan diabetis.

Kajian skala yg lebih besar, seramai 225 org peserta, mendapati bahawa sesiapa yg tidur hanya 4 jam setiap malam selama 5 hari berterusan mereka hampir menambah berat badan 2 paun berbanding mereka yg tidur 10 jam.

Seseorang yang kurang tidur atas apa jua alasan, seperti kerja malam atau aktiviti sosial akan mempunyai masa yang panjang dan lebih peluang untuk makan secara berlebihan, yang akhirnya mendorong kepada obesiti.

Satu kajian berskala kecil dilakukan, dimana sekumpulan 30 org yg sengaja kurang tidur didapati akan mengambil jumlah kalori terlebih 300 kalori setiap hari, mengikut kajian The American Journal of Clinical Nutrition.

Kurang tidur juga menyebabkan badan menjadi letih serta fungsi kawalan suhu badan terganggu menyebabkan mereka malas untuk bersenam dan memilih untuk tidur diwaktu petang. Mereka akan makan berlebihan untuk menambah tenaga, mengambil minuman tenaga dan berkafein.

Bila tiba waktu malam, mereka akan sukar untuk lelapkan mata kerana terlebih tidur disiang hari dan kesan daripada kafein. Ia akan berterusan setiap hari dan menyebabkan 'vicious cycle' dimana ia menjadi semakin serius.
teori bagaimana kurang tidur jadi punca obesiti
Adakah anda salah seorang yang menghadapi masalah kurang tidur? Jangan biarkan ia berlarutan, dapatkan rawatan sebelum terlambat. Tahukah anda kurang tidur juga menyumbang kepada penyakit lain seperti diabetis, kolesterol tinggi dan sakit jantung?


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan