, , ,

Punca penyakit gouty arthritis



Penyakit gout terjadi bila metabolisma asid urik (uric acid) tidak normal. Ia berlaku bila tubuh seseorang itu samada menghasilkan lebih asid urik atau dia tidak mampu membuang asid urik yang berlebihan daripada badannya. Asid urik ini akan terkumpul di dalam darah dan tisu, menyebabkan sakit sendi arthritis, batu karang dalam ginjal dan pengumpulan di bawah kulit dipanggil tofi.

Penyakit sendi gouty arthritis pada jari kaki
sendi ibu jari kaki selalunya terjadi
tofi adalah bonjolan pada sendi mengandungi asid urik
bonjolan tofi pada sendi-sendi
Penyakit sendi artritis gout biasanya menyerang lelaki berumur 40 tahun keatas, berlaku secara sakit dan bengkak kemerahan secara tiba-tiba pada bahagian sendi terutamanya sendi ibu jari kaki. Biasanya doktor akan mengambil sampel cecair daripada sendi yang bengkak itu untuk mengesan kristal asid urik bagi mengesahkan penyakit gout artritis itu.

Diantara punca penyakit gout adalah genetik. Ini bermakna anda berisiko menghidap gout sekiranya ibu bapa anda menghidap gout. Pengambilan daging merah, makanan laut, organ dalaman selain minuman beralkohol boleh meningkatkan risiko gout. Lelaki lebih berisiko berbanding wanita menghidap gout.

Seafood mengandungi purina penyebab gout
makanan laut mengandungi purina yang menyebabkan gout
Daging merah mengandungi purina penyebab gout
daging merah juga mengandungi purina 
Jika anda tergolong orang yang berisiko menghidap gout, mungkin ada beberapa petua untuk mencegah anda daripada terkena serangan gout. Diantaranya:-

  • amalkan pemakanan rendah lemak dan kolesterol
  • elakkan makanan yang kaya dengan purina seperti daging merah (cth: daging lembu) dan makanan laut seperti kerang
  • jangan minum minuman keras atau beralkohol
  • minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kekal hidrat
  • jangan kurangkan berat badan terlalu cepat kerana ia boleh menyebabkan serangan gout. Sebalikya kurangkan berat secara perlahan dan konsisten
  • banyak minum susu dan yogurt 
  • elakkan mengambil gula fruktosa seperti sirap jagung
Sekiranya anda penghidap gout, berjumpalah doktor untuk nasihat dan rawatan perubatan yang sewajarnya.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan