Garam putih punca tekanan darah tinggi.
Garam secara lazimnya digunakan dalam masakan seharian kita untuk menambah rasa dan keenakan makanan yang dimasak. Tapi penggunaan garam putih (natrium klorida) secara berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit terutamanya penyakit darah tinggi (hypertension) dimana ianya penyumbang utama penyakit jantung (kardiovaskular).
Garam natrium klorida diserap ke dalam darah bersama dengan air. Ini akan meningkatkan isipadu cecair dalam darah dan menyebabkan tekanan darah meningkat. Garam natrium klorida juga menyebabkan iritasi pada dinding arteriol iaitu salur darah kecil, menyebabkannya mengecut dan akibatnya tekanan darah semakin naik. Secara umumnya, semakin banyak pengambilan garam natrium klorida maka semakin tinggi tekanan darah. Manakala tekanan darah akan menurun beberapa minggu selepas pengambilannya dikurangkan.
Majoriti sumber pengambilan garam natrium klorida adalah daripada makanan proses seperti di bawah.
- 77% daripada makanan proses
- 12% secara terus
- 6% ditambah ketika makan
- 5% ditambah dalam masakan
pengambilan garam berlebihan penyebab penyakit darah tinggi |
Garam Buluh sebagai alternatif garam putih.
Sebagai alternatif, kita boleh menggunakan garam buluh sebagai ganti kepada garam natrium klorida yang biasa. Kelebihan garam buluh sudah lama diketahui oleh masyarakat Korea sejak 1500 tahun dahulu untuk menambah kesihatan dan perubatan. Garam buluh adalah sangat rendah kandungan natrium klorida dan mengandungi 76 mineral semulajadi termasuk magnesium, kalsium dan potassium serta bersifat alkali.
Cara pembuatan garam buluh yang unik.
Garam yang diambil dari laut yang bersih kemudian dimasukkan ke dalam buluh, ditutup dengan tanah liat dan dibakar di dalam relau dengan suhu melebihi 1000 darjah selsius berulang-kali. Tujuannya adalah untuk membuang sisa toksik dan logam berat yang beracun sambil menerap garam galian dan mineral tambahan yang berguna daripada buluh kepada garam tersebut.
garam buluh mencegah penyakit darah tinggi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan