, , , , , , , ,

Hooorraay harga minyak naik lagi!



As-salam dan Salam Satu Malaysia (untuk bukan muslim). Malam tadi tepat pukul 12.01 tengah malam, 3 September 2013 harga minyak petrol RON95 dan diesel naik 20 sen. Apa perasaan anda sebagai pengguna petrol RON95 atau diesel? marah? bengang? tak puas hati? Kalau setakat perasaan saja takpe, janganlah pula pergi mengamuk kat stesen minyak macam ni :O

Orang mengamuk di stesen minyak Shell akibat harga minyak naik
kejadian di stesen minyak Wangsa Maju 
Malam tadi orang ramai berpusu-pusu beratur untuk mengisi minyak. Maklumlah nak jimat sebelum harga naik. Bagi saya, buang masa je beratur setengah jam untuk jimat RM10. Kalau masa masa nak isi tangki minyak kereta saya kosong, baru dapat isi dalam 58 liter, kira-kira dapat jimat RM10 je. Lepas tiga hari habislah minyak tu, bukannya tahan sebulan pun. Dari dulu bila minyak naik tak pernah nak pergi beratur isi minyak, tak berbaloi rasanya.

Sebelum ini kerajaan menanggung subsidi minyak petrol RON95 sebanyak 83 sen seliter manakala diesel RM1 seliter. Selepas kenaikan harga 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter bagi diesel. Jumlah subsidi tahun ini sahaja sebanyak RM24.8 bilion.

Datuk Seri Najib Tun Razak pujuk rakyat dengan memberi lebih BR1M
pujuk rakyat dengan pemberian lebih banyak BR1M tahun depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tujuan kenaikan harga minyak ini adalah langkah pengukuhan ekonomi jangka masa pendek dan sederhana yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.

Apa yang dikatakan beliau memang betul cuma kebanyakan rakyat tidak faham melainkan satu lagi bebanan terutamanya golongan berpendapatan rendah. Bila harga minyak naik, confirm harga barang lain pun naik. Nasihat saya, cubalah tambah pendapatan dengan berniaga. Mula kecil-kecilan asalkan ada side income untuk ringankan beban belanja bulanan.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan