Salam kepada semua muslimin dan muslimat. Besok kita akan menyambut Awal Muharram atau Maal Hijrah Tahun 1435. Disini saya nak share doa akhir tahun dan awal tahun untuk kita sama-sama baca sempena menyambut Maal Hijrah 1435.
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Semoga kita semua mendapat keberkatan dan perlindungan daripada Allah di dunia dan akhirat. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan