Punca tak dapat anak ni macam-macam. Ada yang mengandung tapi tak pernah lekat, maksudnya gugur setiap kali mengandung. Ada yang langsung tak mengandung pun boleh jadi berpunca daripada suami juga. Jadi, suami pun kena buat medical checkup untuk pastikan dia bukan puncanya.
Bagi wanita yang gagal mengandung, ada beberapa punca.
Pertama, ada masalah atau kerosakan pada tiub fallopia (fallopian tube) yang menghantar benih wanita (ovum) dari ovari (kilang benih) ke rahim (uterus) untuk disenyawakan oleh benih lelaki (sperma). Contoh penyakit seperti jangkitan dalam pelvis, endometriosis, pembedahan pelvis boleh jadi penyebabnya.
Kedua, masalah ketidak-stabilan hormon wanita yang mengawal proses ovulasi (pengeluaran benih ovum) dan perubahan dinding rahim/uterus untuk persediaan tempat benih ovum selepas persenyawaan. Jika ada masalah hormon, mungkin tiada ovum yang dikeluarkan atau rahim/uterus tidak boleh menerima benih yang tersenyawa tersebut.
Ketiga, masalah serviks (cervix) dimana sperma tidak dapat melaluinya kerana tersumbat akibat penghasilan lendir (mucus) yang tidak normal atau kerosakan akibat pembedahan lalu. Masalah ini boleh diatasi dengan 'intrauterine inseminations' iaitu benih yang disenyawakan dimasukkan kedalam rahim menggunakan alat.
Keempat, masalah pada rahim atau uterus. Penyakit seperti polip (polyps) dan fibroid.
Kelima, punca yang tidak dapat dikenalpasti walaupun setelah dilakukan semua ujian berlaku dalam lebih kurang 20% daripada kes.
Jika anda masih tidak mengandung selepas 6 bulan berkahwin (anggap semuanya normal) dan hubungan intim pun normal maka anda patut mula mendapatkan nasihat doktor. Saya rekemen pakai Premium Beautiful Corset sebab saya dengar ramai testimoni pengguna yang sebelum tu sukar mengandung akhirnya hamil selepas beberapa bulan pakai korset ni.
Jika anda pernah mengandung atau sudah mempunyai anak pertama tapi gagal utk mengandung anak kedua, ini dikenali sebagai infertiliti sekunder atau ketidaksuburan sekunder (secondary infertility). Bezanya kejayaan rawatan lebih tinggi jika dibandingkan dgn infertiliti primer dimana pasangan tersebut tidak pernah mengandung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan