Anak-anak ibarat permata hati yang tidak ternilai dan setiap ibu bapa pasti mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka terutamanya pendidikan. Awalnya saya dan wife tak terfikir pun nak hantar anak sulung kami, Aqil Haarith ke sekolah tahfiz.
Kami bercadang nak hantar sekolah rendah biasa je, yang penting dekat dengan tempat tinggal. Jadi saya register lah kat sekolah yang paling dekat. Memang dekatlah sebab belakang pagar kondo je, agaknya dari rumah boleh teropong dia dalam kelas nanti.
Tapi bila akhir-akhir ni kami dapat hidayah yang kami mesti hantar anak kami ni ke sekolah tahfiz. Memandangkan ayah saya pun pernah berhajat nak lihat anak cucu bergelar ahli tahfiz. Memang dah ada beberapa orang cucu dia yang hafiz Quran tapi sebelah kakak saya.
Cari punya cari akhirnya jumpalah Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum kat Gombak. Lihat dari segi prasarana dan ketelitian pemilihan para pelajarnya membuatkan kami berminat. Anak kami pun suka bila ditanya.
Tiba hari temuduga, pagi Sabtu awal-awal kami dah sampai sana. Kami disambut mesra oleh para ustazah dan ustaz, dan Aqil Haarith terus dibawa ke bilik ujian. Paling tak sangka rupanya ibu bapa pun kena ambil ujian bertulis! Kebanyakan soalan berkaitan kesediaan kami sebagai ibu bapa untuk sama-sama memberi komitmen membantu anak kami dalam pembelajaran. Soalan lain seperti asas akidah, tauhid dan tajwid.
Selesai tu ada lagi temuduga bersama ustazah. Masa menunggu tu rasa stress juga, manalah tahu kena tanya soalan lebih tinggi pulak. Kebetulan anak kami pun dah selesai ujian bertulis dan lisan bersama ustaz. Bila ditanya dia dengan happy kata soalan senang je. Ceh! Mama dgn ayah berpeluh-peluh jawab dia punya senang je?? Hehe..
Akhirnya selesailah temuduga. Takde apa sangat, cuma nak nilai persediaan dan kesanggupan kami membantu anak itu aje. Of course la, kami sanggup dan akan beri 100% komitmen asalkan anak kami berjaya.
Selang sebulan lepas tu, akhirnya kami dapat berita gembira. Aqil Haarith diterima walaupun result ujian dia bukanlah cemerlang. Ujian bertulis lulus tapi ujian bacaan Al-Quran failed. Tapi setelah dipertimbangkan dia diterima atas sebab kesungguhan dan komitmen kami. Alhamdulillah.
Masa pergi daftar haritu, masih ada lagi sesi interview. Rupa-rupanya pada hari kami interview, daripada 25 calon hanya 4 orang sahaja yang terpilih termasuk anak saya dan kuota hanya 25 orang sahaja untuk darjah satu sesi 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan