, , , , , , , , , , , ,

Rencana perjalanan ke Australia


Itinenari perjalanan ke Gold Coast, Australia sudahpun keluar. Maaflah kalau terasa saya ni terover sikit bila setiap kali sebut Gold Coast mesti nak tulis Australia. Sebabnya sebelum ni ada orang bertanya kepada saya, Gold Coast di Sepang tu ke? Hehe..segan nak jawab. Dulu pernah honeymoon kat Gold Coast Australia tapi Gold Coast Sepang belum pernah sampai lagi.

Kami akan berkumpul berkumpul di KLIA pada 15 Februari 2014, jam 5.30 petang. Seperti biasa sesi penerangan ringkas akan diberikan oleh tour leader kumpulan bas masing-masing sebelum menaiki pesawat menuju ke Australia. Kami dijangka akan kembali ke Malaysia pada 20 Februari 2014.

Selama enam hari ketiadaan saya dan isteri, anak-anak kami akan dijaga oleh ibu mertua saya yang akan tinggal di rumah bersama anak-anak dan pembantu rumah. Mujurlah ada mak mertua yang sudi menolong dan sudah ada pembantu rumah. Hendak hantar anak-anak ke kampung selama enam hari memang tak boleh sebab tak mahu anak sulung kami ponteng kelas.

Hari pertama :- 
Menaiki pesawat Singapore Airlines ke Queensland, Brisbane.

Hari kedua :-
Melawat Paradise Country Farm (Desa Ladang Paradise)

Paradise Country Farm di Gold Coast Australia

Menginap di Outrigger Surfers Paradise Hotel


Outrigger Surfers Paradise Hotel di Gold Coast Australia

Hari ketiga :-
Berseronok dalam Warner Brothers Movie World


Movie World di Gold Coast Australia

Hari keempat :-
Berseronok dalam Sea World
  
Sea World di Gold Coast Australia

Hari kelima :-
Membeli-belah di Harbour Town Factory Outlet


Harbour Town Factory Outlet di Gold Coast Australia

Melawat Bandar Brisbane sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Brisbane

Hari keenam :-
Tiba di Kuala Lumpur

Rencana Perjalanan ke Brisbane dan Gold Coast
Walaubagaimanapun, rencana perjalanan ini bukanlah muktamad. Kadangkala ada kumpulan yang bersepakat untuk menukar tempat lawatan setelah dipersetujui ketua rombongan atau terpaksa diubah atas sebab yang tertentu. Mengikut pengalaman saya ketika melawat Movie World dulu, masa satu hari yang diperuntukkan memang padan sebab banyak permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang hari itu.

Saya bersyukur kerana sekali lagi dapat melayakkan diri bersama-sama rakan kongsi melancong ke luar negara secara percuma. Ya, percuma sepenuhnya tanpa sebarang bayaran termasuklah Visa dan insurans perjalanan. Kalau anda suka melancong bolehlah hubungi saya atau isteri saya, Adibah. Kami memerlukan ejen dari seluruh negeri untuk sama-sama menambah pendapatan dan melancong ke Shanghai pula selepas ini.


Share:
Read More
, , , , , , ,

Anak didera pembantu rumah

Kamal Khairi anak kedua ketika usia 10 bulan ketika Hari Raya
Kamal Khairi
Salam. Kelmarin (Jumaat) adalah cuti umum Thaipusam tapi sekolah Maahad Tahfiz dimana anak sulung saya belajar tidak cuti, persekolahan macam biasa. Untuk pengetahuan, sekolah tahfiz MATAQU ni ada takwim sendiri, tidak mengikut kalendar cuti umum Malaysia. Apatah lagi kalau cuti perayaan bukan Islam, mestilah tidak ikut dan cuti sekolah pun dengar khabar cuti sekolah pun dipendekkan kerana dikhuatiri pelajar terlalu leka dengan cuti dan lupa ayat hafazan.

Berbalik kepada tajuk, saya nak cerita kisah penderaan anak saya oleh pembantu rumah. Kisah ni terjadi kira-kira 2 tahun lepas ketika kami baru berpindah ke Kuala Lumpur dan menetap di Wangsa Maju. Pembantu rumah tersebut adalah yang kedua bekerja dengan saya selepas pembantu rumah pertama berhenti sebelum habis kontrak. Pembantu rumah ini berasal dari Madura, Indonesia dan pertama kali sampai ke Malaysia dan mengaku tiada adik-beradik mahupun saudara di sini.

Pembantu rumah tu tampak alim, tak banyak cakap, lemah lembut, bertudung dan berumur awal 40-an. Kerjanya biasa saja, tapi tidak kisahlah asalkan boleh jaga anak-anak saya. Dipendekkan cerita, selepas setahun kerja dia sudah ingin berhenti dan pulang ke kampung. Kami tidak setuju sebab kontrak kerja 2 tahun tetapi selang beberapa hari datang seorang lelaki Indonesia ke rumah dan mengaku adiknya, mahu bawa dia pulang bersama ke Madura.

Atas nasihat ibu, kami lepaskan dia kerana tak mahu mengeruhkan keadaan. Kalau tidak bagi pun pasti dia akan lari esok lusa. Lagipun kepercayaan kami terhadap dia sudah hancur, bila sudah mula cakap berbelit dan malas buat kerja rumah sejak diberitahu mahu berhenti. Lagipun pembantu rumah boleh dicari, tidak berbaloi untuk merisikokan rumahtangga dan anak-anak demi mengelakkan sedikit kerugian.

Beberapa minggu lepas dia berhenti, saya terserempak dengan jiran belakang. Pakcik ini tinggal dengan isteri dia, dan selalu ada di rumahnya. Selepas bertanya khabar, pakcik tu mula bercerita pasal pembantu rumah saya. Ceritanya, kadang-kadang dia terdengar anak nombor dua saya menangis menjerit-jerit. Rupa-rupanya anak saya dikurung dibelakang rumah diwaktu pagi, ketika kami keluar bekerja dan anak sulung bersekolah tadika. Namun tidak pasti berapa lama setiap kali anak saya dikurung.

Sebenarnya rumah yang kami sewa itu terletak di Wangsa Ceria, rumah teres dua tingkat. Sempit je rumah tu dan belakang dapur rumah saya bersambung dengan dapur jiran belakang. Kiranya macam satu runag kecil berlantai simen dan dinding disekelilingnya, 3 x 6 kaki luasnya. Bilik nombor dua kat tingkat atasnya pun di belakang, jaraknya cuma 6 kaki dari bilik rumah belakang, memang rapat dan boleh nampak dan dengar dengan jelas kalau tingkap dibuka.

Walaubagaimanapun, syukur kepada Allah tiada kecederaan fizikal pada anak saya selama pembantu rumah itu bersama kami. Harapnya itu sahaja yang diperlakukan kepada anak saya, yang baru nak masuk 2 tahun tidak ingat apa-apa. Cuma nasihat saya, walau nampak baik macam mana pun pembantu rumah anda, jangan sesekali percaya 100%. Kalau ada bajet, pasanglah CCTV dalam rumah untuk pantau aktiviti pembantu rumah anda.

Pengalaman saya dengan ejen dan pembantu rumah sekarang memang banyak. Saya kenal mana ejen penipu dan mana ejen yang jujur. Kalau anda inginkan pembantu rumah, untuk menjaga anak-anak atau untuk menjaga orang tua, boleh hubungi saya di 012-3433661. Saya boleh rekomenkan ejen pembantu rumah yang jujur dengan harga yang berpatutan. Sila SMS atau WhatsApp nama penuh dan lokasi anda kepada saya untuk maklumat lebih lanjut.

  
Share:
Read More
, , , , , ,

Salam Maulidur Rasul 1435H/2014


Salam Maulidur Rasul 1435H/2014 drp Dr Hasbi dan keluarga

Salam Maulidur Rasul 1435H / 2014 


Rasulullah berpesan agar kita memperbanyak selawat terutama pada Jumaat. Ini bertepatan dengan hadis yang bermaksud: "Perbanyaklah berselawat ke atasku pada hari Jumaat, kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan kepadaku pada tiap-tiap hari Jumaat. Orang yang paling dekat kedudukannya kepadaku ialah orang yang paling banyak berselawat atasku."

Mengenai ganjaran menjawab selawat (salam), ada riwayat yang menyatakan bahawa setiap salam yang diucapkan oleh setiap Muslim akan beroleh balasan sepuluh salam pula daripada Allah sebagaimana balasanNya terhadap selawat. Antara hadis yang menjelaskan hal ini ialah:- "Hinalah orang, yang apabila (nama) aku disebutkan di hadapannya, maka dia tidak berselawat atasku."- "Sesiapa berpaling daripada berselawat ke atasku ketika aku disebutkan di depannya, kelak dia akan dipalingkan daripada jalan menuju syurga."

Share:
Read More
, , , , , , , , ,

Entrepreneurship Program 2014



Awesomazing Team Entrepreneurship Program KickStart2014 di Armada Hotel

Salam dan selamat sejahtera kepada anda. Jika anda sedang mencari satu peluang untuk menambah pendapatan secara sepenuh masa mahupun sambilan maka inilah program yang perlu anda sertai.

Awesomazing Team akan mengadakan satu program keusahawanan "Entrepreneurship Program" yang akan membuka tirai 2014 pada tarikh 25 Januari 2014 bertempat di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Tahun 2014 akan menjadi cabaran kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya yang menetap di bandar-bandar besar akibat kenaikan harga banyak benda, tol serta cukai GST yang akan dikenakan tak lama lagi.

Inilah masanya di awal tahun anda bersama-sama kami berusaha meningkatkan taraf ekonomi kita dengan berniaga. Sesungguhnya 9/10 rezeki itu datangnya dari hasil perniagaan.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran : "sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka..." (Ar-Ra'd:11)

PM me at 012 3433661 or Adibah at 019 6615447
untuk maklumat lanjut.

Share:
Read More
, , , , ,

Hari pertama persekolahan 2014


Sibuk betul saya awal tahun ni, maklumlah tahun ni anak sulung dah masuk darjah satu di Maahad Tahfiz. Tahun sudah anak-anak belajar tadika boleh excuse kalau masuk lambat tapi darjah satu kena menepati masa. Kelas hafazan start pukul 7.30 pagi setiap hari, jadi kena keluar rumah pukul 7.00 pagi untuk sampai dalam pukul 7.20 pagi. Kalau naik motorsikal boleh cepat 5 minit. Haarith cakap, kalau sampai lewat kena berdiri luar kelas itu yang mesti sampai awal tu.

Hari pertama di Maahad Tahfiz MATAQU
Muka kebuluran hari pertama sekolah.

Hari pertama jemput Haarith balik sekolah dalam pukul 6 petang dia cakap lapar. Terus pergi makan nasi pataya kegemaran dia, mahu dekat sepinggan dia makan. Rupa-rupanya kat sekolah hanya disediakan makan tengahari sahaja. Minum pagi dan petang tidak disediakan tapi boleh dibeli di kantin. Hari tu memang tak bagi duit langsung lah sebab tak tahu pun kantin menjual makanan. Sejak hari itu kami siapkan bekal dan duit belanja sekali, taknak dia berlapar dan tak boleh fokus pelajaran nanti.

Belajar di Maahad Tahfiz Al-Quran MATAQU
Hari Jumaat pakai jubah putih. Sejuk mata memandang.

Cerita anak nombor dua pula, sekarang dah jadi senior. Haha, sebab dia dah 5 tahun, ada lagi kecil 4 tahun kat tadika tu. Setiap pagi dah senang bangun, tak macam dulu kemain liat nak bangun pagi. Pergi sekolah pun dah tak meragam, maklumlah senior kan mesti dah konfiden. Tahun ni tadika dah tukar seragam baru, lebih cantik. Saya rancang tahun depan nak hantar dia pra-sekolah kat Haarith. Senang hantar dan jemput sekali sebab waktu balik sama.

Hari pertama tadika 2014 pakai seragam baru

Baby comel Amir Khalif kena tinggal sorang

Baby Amir Khalif ni apa cerita?? Haha, sekarang dia bos sebab dua orang abang dia takde dah pergi sekolah. Mainlah dengan kakak bibik tu sampai tengahari baru abang Kamal balik dan boleh buli dia.



Share:
Read More
, , , , , , , , , ,

Perkelahan air terjun di FRIM


Hujung minggu terakhir sebelum buka sekolah kami sekeluarga sempat pergi berkelah di Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) yang terletak di Kepong, KL. Sebenarnya FRIM dekat sangat dengan rumah kami, cuma beberapa kilometer saja. Ini kali kedua saya bersama anak sulung dan anak kedua datang mandi di sini. Tapi kali ni saya datang satu keluarga termasuklah pembantu rumah dan seorang kawan lama.

Kami sampai dalam pukul 11 pagi, dan memang waktu yang sesuai untuk main air. Cuaca pun memang elok hari itu. Masuk ke FRIM ni sebenarnya dikenakan bayaran, RM5 untuk kereta termasuk pemandu dan tambahan RM1 untuk setiap penumpang dewasa. Sebenarnya bukan air terjun sahaja yang menjadi tarikan di situ, ada lagi aktiviti yang boleh dilakukan seperti jungle tracking, mengayuh basikal dan canopy walkway dan banyak lagi.

Di bawah ada kedai makan dan beberapa gerai serta tandas awam untuk kemudahan pelancong. Untuk sampai ke tempat air terjun yang paling best cuma perlu mendaki sedikit sahaja. Air terjun kat sini bukannya besar sangat, tapi saya suka sebab kawasan serta airnya bersih dan terjaga. Ada banyak tempat yang sesuai untuk duduk bersantai atau boleh gunakan kemudahan wakaf yang disediakan. 

Lepas sejam berendam, mestilah lapar. Mujur isteri dah siap bekal, ada nasi ayam special, sandwich sardin dan kerepek. Sesekali makan berkelah memang luarbiasa rasa sedap nasi ayam tu. Habis makan dan solat kami sambung lagi mandi. Selagi tak kecut jari, bibir tak biru takkan nak naik nya budak-budak ni. Akhirnya anak nombor dua surrender sebab dah kesejukan. Mana tidaknya tengok jari dah kecut bibir pun dah lebam. Kami balik dalam pukul 4 petang, puas hati lah rasanya dapat mandi air terjun hari tu.

Suasana air terjun FRIM


Baby tidur dulu kat FRIM

Adibah Karimah dan baby lena kat FRIM

Mandi kat FRIM Kepong

Budak-budak seronok mandi kat FRIM

Dr Hasbi seronok mandi air terjun FRIM

    Kalau korang nak datang sini senang, search kat Google Map je. Hehee.

  
Share:
Read More