, , ,

Ditipu peniaga online


Segalanya dihujung jari. Itulah dia zaman teknologi canggih sekarang ini. Semua urusan boleh dilakukan secara online asalkan ada akses internet. Begitulah juga dengan saya dan isteri setiap hari melakukan urusniaga secara online. Semua pembayaran yang diterima melalui pindahan wang antara bank atau deposit tunai dipantau oleh saya. Selama bertahun-tahun semuanya berjalan lancar sehinggalah...
ditipu peniaga online dengan memalsukan resit bayaran
KLIK UNTUK LIHAT SAIZ BESAR

Pada suatu hari yang indah kami menerima bukti resit bayaran secara deposit tunai kedalam akaun saya berjumlah RM16500. Kesemuanya 4 keping resit diterima melalui WhatsApp dan bila disemak dalam online banking saya dapati jumlahnya kurang RM5000. Bila ditanya beliau sungguh-sungguh menyatakan duit memang berjaya didepositkan dalam akaun seperti bukti resit diatas.

ditipu peniaga online dengan cara memalsukan resit bayaran
semakan status pembayaran secara online

Tidak mengapa saya boleh telefon pusat kad kredit untuk pengesahan walaupun saya sudah pasti wang RM5000 memang tidak didepositkan. Ini kerana status transaksi dikemaskini serta-merta dan boleh dilihat pada skrin online banking seperti printscreen diatas. Pegawai bercakap mengesahkan bahawa hanya ada 3 transaksi deposit dilakukan.  

Untuk pengetahuan saya gunakan akaun kad kredit untuk menerima pembayaran terutamanya transaksi yang melebihi RM5000. Ia kerana kad kredit tiada had pembelian berbanding kad ATM bila saya hendak membuat pembelian produk di stokis kelak. Lagipun kad kredit yang saya gunakan mempunyai online banking tersedia untuk lebih kemudahan.

ditipu peniaga online dengan memalsukan resit bayaran deposit

ditipu peniaga online dengan memalsukan resit bayaran deposit tunai

Berbalik pada resit diatas, perhatikan resit 1 dan 2 yang masing-masing berjumlah RM5000. Semua angka adalah sama selain waktu yang berbeza pada minit iaitu 16:12 dan 16:42. Awalnya saya ingat resit 1 adalah palsu sebab jarak masa yang agak lama sebelum transaksi nombor 2, 3 dan 4. Peliklah kenapa ambil masa yang lama kalau boleh selesaikan semua deposit.

Saya perhatikan kedua-kedua resit tersebut. Saya dapati nombor ATM SEQ resit 1 dan 2 adalah sama iaitu 0473. Nombor ini sepatutnya berbeza pada setiap resit kerana ATM SEQ sebenarnya nombor aturan rekod transaksi  pada mesin ATM atau CDM tersebut. Kali ni dia memang betul-betul kantoi sebab tak edit nombor ni. Sepandai-pandai tupai melompat...sambung sendiri.

peniaga online penipu dengan memalsukan resit bayaran deposit tunai

Sekarang saya zoom bahagian cetakan masa, perhatikan nombor 4 pada waktu 16:42 tu kan nampak pelik dan tidak sama seperti nombor 4 yang lain. Inilah hasil edit daripada waktu sebenar transaksi 16:12 pada resit yang asli. Tak hairan sebab senang sangat nak edit, bersepah aplikasi dalam handphone yang boleh diguna untuk tujuan meng'edit' gambar.

Sekarang memang sah dia sudah menipu saya sebanyak RM5000. Mungkin bagi dia mudah mengaku tak bersalah dan bayar balik RM5000 yang konon-kononya tak berjaya masuk. Tapi memang dia berniat untuk mencuba nasib dan berharap saya tidak perasan duit tak ada RM5000 sebab saya pakai akaun kad kredit dan tak dapat semak duit dalam akaun.

Saya bukan nak mengaibkan cuma nak dia sedar yang perbuatan dia tu sebenarnya jenayah siber yang boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya saya buat laporan polis. Harap dia baca post ini dan segera bertaubat. Kalau kantoi dengan orang lain belum tentu dia selamat. Semoga peniaga online yang lain lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan penipuan resit seperti ini.



Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan