Kemalangan jalanraya boleh berlaku apabila pemandu tertidur ketika memandu. Ia bukan saja membahayakan diri dan penumpang malah juga membahayakan nyawa pemandu jalanraya yang lain. Kemalangan berlaku bila pemandu tidak sedar yang dia sudah melebihi had dan tertidur tanpa sedar.
Beberapa tanda amaran sekiranya berlaku anda seharusnya berhenti berehat. Iaitu:
- tidak dapat fokus pada jalan dan berkhayal
- menguap dan mata berkelip-kelip
- susah mengingati beberapa batu perjalanan lepas
- terlepas jalan keluar
- kenderaan terkeluar dari garisan atau melanggar garis tepi
Masalahnya ramai yang berpendapat mereka boleh menahan rasa mengantuk ketika memandu tetapi hakikatnya mengantuk itu satu proses biologi yang sangat kuat sebagai tanda badan dan otak sudah keletihan dan memerlukan tidur sebagai rehat.
Sebaik-baiknya dapatkan tidur selama 7-8 jam terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Sekiranya tidak anda boleh cuba cara berikut:
1) Tidur sekejap 10-20 minit sebelum memandu. Ia boleh menyegarkan minda untuk satu tempoh waktu terutamanya jika memandu diwaktu malam.
2) Berhenti tidur sekejap apabila rasa mengantuk. Pastikan tempat yang selamat seperti di R&R atau stesen minyak. Tidur 15-20 minit sudah memadai untuk meneruskan perjalanan.
3) Bergilir-gilir memandu dengan pasangan setiap 2 jam. Cuba tidur apabila giliran anda tidak memandu.
4) Berbual-bual ketika memandu. Pasangan juga memainkan peranan supaya pemandu tidak merasa jemu ketika memandu.
5) Jangan terburu-buru hendak sampai ke destinasi. Bertolak awal dengan jangkaan tiba ke destinasi beberapa jam lebih awal.
6) Bagi yang bukan muslim elakkan mengambil minuman keras. Kesan alkohol walaupun sedikit akan menyebabkan rasa mengantuk.
7) Cuba elak memandu diantara jam 12 malam sehingga 6 pagi sekiranya ini adalah waktu tidur anda. Jam biologi badan sudah ditetapkan untuk tidur dan anda akan rasa sangat mengantuk.
8) Ambil minuman yang mengandungi kafein seperti minuman tenaga dan kopi. Kafein dapat meningkatkan daya fokus dan kecergasan untuk beberapa jam.
Saya lebih suka memandu balik ke kampung pada waktu malam. Selain jalanraya kurang sibuk saya juga dapat memandu dengan tenang dan aman bila semua anak-anak tidur. Maklumlah semua anak saya aktif dan suka meragam. Ada saja hal nak air lah, nak kencing lah, nak tutu (susu)lah..
Saya akan amalkan semua tips kat atas (of course tips nombor 6 tak berkaitan) kerana siang saya tak dapat tidur 7-8 jam kerana bekerja. Saya akan bertolak dalam jam 9-10 malam sebelum waktu tidur dan akan minum secawan Mineral Coffee sebelum keluar rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan