, , , , , ,

Kelas belajar buat blog bersama ATeam


Kelas belajar buat blog bersama ATeam sebenarnya percuma kepada semua ahli Awesomazing Team khususnya ahli baharu. Tahniah kepada semua yang telah hadir semoga ilmu yang diberikan dapat membantu menaikkan nama anda dalam dunia perniagaan internet. Kelas ini telah diadakan di Shah Alam pada 19/12/15 yang lalu dan fokus kepada cara membuat dan menulis blog secara teori dan praktikal.

Kelas buat blog sehari bersama ATeam di Shah Alam

Alhamdulillah. Ramai yang hadir pada awalnya tidak tahu apa-apa tentang blog akhirnya siap satu blog yang memuaskan ketika selesainya kelas pada hari itu. Terima kasih kepada isteri saya CDM Adibah dan beberapa orang mastermind dalam kumpulan Awesomazing Team iaitu DDM Zahirine, DDM Raden Nazarinna dan SSM Nurul kerana turut membantu menjayakannya.

Tajuk-tajuk yang disampaikan pada hari itu adalah:

  1. Asas dunia blog
  2. Cara membina blog menggunakan Blogspot
  3. Idea menulis artikel blog
  4. SEO
  5. Menggunakan media sosial untuk SEO


Kelas buat blog sehari bersama ATeam di Shah Alam secara percuma
Sesi motivasi drp CDM Adibah Karimah

Kelas buat blog sehari bersama Awesomazing Team
Saya yang sampaikan tutorial pada hari itu

Kelas bina blog percuma sehari bersama Awesomazing Team
Makan tengahari bersama ATeam
Kelas bina blog secara percuma sehari bersama Awesomazing Team
Semua sedang kusyuk bagaikan tengah exam..hehe

Kelas bina blog percuma sehari bersama Awesomazing Team di KL

Jamuan selepas Kelas bina blog percuma sehari bersama Awesomazing Team
Wefie dulu sebelum terkam kek-kek tu

Jamuan kek aiskrim Baskin Robin Jamuan selepas Kelas bina blog percuma bersama Awesomazing Team
Kek pelangi wajib ada tapi kali ni ada surprise kek aiskrim Baskin & Robin yang sangat sedap. Donut Krispy Kreme pun sedap!

ATeam Singapore Rohaiza Kasdi bersama Awesomazing Team
Tahniah Rohaiza Kasdi. Salah seorang ahli ATeam baharu yang sedang naik.

Saya banyak menggunakan contoh daripada blog www.adibahkarimah.com sebagai bukti keberkesanan teknik SEO yang saya gunakan. Ini ialah diantara keywords yang dicari dan page drp blog tersebut berada dalam muka pertama search result page.

Premium Beautiful
Bio Velocity Sleep Mate
Bio Seleza Feminine Pad
Garam Buluh
Mineral Coffee

Kelas blog seterusnya akan dijalankan dalam masa yang terdekat. Mungkin pada awal tahun 2016 supaya ilmu yang telah diajar dapat diasah dan dipraktikkan secepat mungkin bagi persediaan projek terbaharu tahun 2016. Nak tahu projek apa? Jom risik-risik ATeam manalah tahu projek itu bakal merubah hidup anda selama-lama.

#AwesomazingTeam
#ATeamMillionProject



Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan