Selamat tinggal 2015 dan selamat datang 2016. Hari ini dah masuk 1 Februari baru nak bercerita pasal tahun 2016, agak terlambat kan. Biasalah awal tahun banyak benda nak kena setel sampai tak sempat nak berceloteh dalam blog ni. Bila tengok trafik blog dah kurang baru rasa bersalah dan cepat-cepat nak kemaskini blog.
Tahun 2016 akan menjadi kenangan abadi kerana tahun ini secara rasminya saya tidak lagi bekerja makan gaji. Saya sudah meletak jawatan sebagai doktor residen di sebuah klinik swasta. Sekarang saya lebih senang nak mengatur masa antara kerja dan bisnes. Lagipun dah fed up dengan majikan yang asyik nak potong gaji je. Sampaikan duit syer dan gaji bulan terakhir saya pun dikebasnya!
Tak mengapa.. rezeki Allah itu sangat luas. Hilang kat situ dapat balik kat lain. Sekarang buat kerja lokum pun boleh dapat banyak lagi. Setiap hari ada je tawaran lokum. Lagipun saya boleh fokus pada bisnes bersama SHOM. Sekarang ni pun tengah fight untuk trip melancong percuma ke Beijing sebagai pembuka tirai tahun 2016.
Insya Allah 22/2 nanti saya bersama SHOM akan terbang ke Osaka, Jepun. Terasa excited sebab tak pernah sampai Jepun. Rasa seram sejuk pun ada sebab suhu kat sana nanti -2 hingga -8 darjah selsius. Brrr...sejuknya. Dulu pegi London-Paris pun suhu macam tu memang sejuk sampai ke tulang sum-sum. Huhu.
Pastinya sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk memulakan bisnes untuk side income sebagai benteng sekeluarga mengharungi kemelut ekonomi 2016. Sesiapa saja yang ingin menambah duit belanja atau mahu mencapai impian (yang banyak memerlukan duit) bolehlah sertai misi kami.
#DynastyProject
#AwesomazingTeam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan