Siapa yang taknak kelihatan awet muda kan?? Samalah kita.. saya pun jaga kesihatan, bukan nak kelihatan muda semata-mata tapi menjaga kesihatan tu kan ibadah. Bila badan sihat, otak cerdas kan lebih banyak amalan ibadah yang kita mampu lakukan.
Walaupun saya fokus pada bisnes network marketing bukanlah bermakna saya pencen drp menjadi seorang doktor. Saya akan tetapkan 5 hari bekerja sebagai doktor lokum (doktor pengganti) di beberapa klinik swasta berdekatan dengan rumah.
Nak bercerita satu hari di sebuah klinik adalah sorang pesakit berpangkat pakcik yg sangat sporting. Walaupun first time jumpa tapi mcm dah kamcing lama. Dia dtg sebab batuk selsema sikit saja dan bila sampai part saya bagi kaunseling, dia berkata...
pesakit : doktor, sy sejak dulu mmg jaga kesihatan, jaga makan, exercise..saya dah 60 tahun tau, semua org igt sy umur 40 lebih, nampak muda. Doktor umur brp skrgMoral of the story, sebelum cakap fikir dulu. Tak baik tau kata org nampak lebih tua drp umur sebenar, ia sangat melukakan hati..sob sob.. tapi nasib baik pakcik tu terkena jerat sendiri, takdelah saya terus terluka! dalam kes ni takdelah badan pakcik tu binasa tapi ingatlah lidah lebih tajam drp mata pedang dan mampu membinasakan diri jika tidak dijaga.
saya: 30 plus..(malu2)
pesakit: oh ingat 40-45, doktor nampak tua.. doktor nampak saya umur brp?
saya : 60
pesakit: ha? yeke. Alamak..
saya : hahahahaha! puas hati.. (dlm hati je)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan