No.2 : Kurang tidur dan kulit kusam
Jika tidur lambat beberapa hari pun sudah nampak kesan lebam dikeliling mata dan kulit kelihatan tidak bermaya. Apatah lagi kalau kurang tidur berpanjangan dimana ia menyebabkan kulit menjadi kusam, bergaris halus, dan bulatan hitam dibawah mata.
Selain itu jika tak cukup tidur, tubuh akan menghasilkan lebih banyak hormon stres kortisol. Hormon kortisol yang berlebihan akan meleraikan kolagen dalam tubuh, iaitu sejenis protin yang mengekalkan kecantikan dan keanjalan kulit.
Kurang tidur juga menyebabkan tubuh kurang menghasilkan hormon tumbesaran (growth hormone). Semasa muda, hormon tumbesaran menggalakkan pembesaran. Bila semakin tua, hormon ini meningkatkan otot, menyihatkan kulit dan menguatkan tulang.
Malangnya hormon ini hanya dihasilkan ketika tidur sedang lena, dimana gelombang otak adalah perlahan ketika tidur. Ketika inilah berlaku pemulihan sel dan tisu tubuh, membaiki kerosakan tisu semasa kita jaga sepanjang hari.
No.3 : Kurang Tidur dan hilang ingatan
Tidur sangat penting untuk meningkatkan daya tumpuan berfikir. Kurang tidur memberi kesan yang negatif kepada proses pemikiran dari banyak segi.
Pertama, ia melemahkan daya fokus, daya sedar, akal logik, cara berfikir dan daya fikir menyelesaikan masalah. Ini akan menyukarkan proses pembelajaran.
Kedua, semasa tidur pada waktu malam, kitaran tidur akan menyimpan memori di dalam otak. Jika anda tak cukup tidur, anda tak akan dapat mengingat apa yang dipelajari dan dialami pada siang hari.
Cuba nak kekalkan daya memori yang kuat? Cuba dapatkan tidur yang mencukupi. Pada 2009, saintis Amerika dan Perancis mendapati "gelombang otak yang tajam" bertanggungjawab untuk menguatkan memori.
Gelombang ini juga memindahkan informasi yang dipelajari ke bahagian otak neokortex dimana memori lama disimpan. Gelombang ini hanya berlaku ketika kita tidur nyenyak.
No.4 : Kurang tidur dan lemah nafsu seks
Pakar terapi tidur berkata, wanita dan lelaki yang kurang tidur dilaporkan kurang bernafsu seks. Beberapa punca nyata seperti kehabisan tenaga, mengantuk dan tekanan emosi memberi kesan negatif kepada keinginan seks.
Lelaki yang menghidap apnea tidur, iaitu masalah pernafasan yang mengakibatkan gangguan tidur, juga menjadi punca masalah seks.
Kajian yang dilakukan dalam tahun 2002, mengatakan ramai lelaki yang menghidap apnea tidur mempunyai kadar testosteron yang rendah berbanding biasa.
No.5 : Kurang tidur dan penyakit jantung
Dalam banyak sebab kenapa kita perlukan tidur yang bagus, mungkin anda tak rasa ia paling penting untuk menjaga kesihatan jantung. Tetapi sebenarnya betul, beberapa kajian menunjukkan kaitan diantara tempoh masa tidur yang pendek iaitu kurang daripada 6 jam akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
Para penyelidik masih kurang faham bagaimana mekanisma yang berlaku diantara tempoh masa tidur yang kurang atau berlebihan dengan penyakit jantung.
Namun menurut Phyllis Zee, MD, PhD, seorang profesor neurologi dan pengarah Program Penyakit Tidur di universiti perubatan di Amerika berkata, "Kekurangan tidur tidak semestinya menyebabkan penyakit jantung, tetapi ia sememangnya meningkatkan risiko penyakit jantung."
Walaupun begitu hubungan diantara apnea tidur dan penyakit jantung semakin jelas. Cuma samada apnea tidur yg sebenarnya menyebabkan penyakit jantung atau sebaliknya masih tidak difahami. Tapi yg pasti jika sekarang anda menghidap apnea tidur, anda mempunyai risiko yg tinggi menghidap penyakit tekanan darah tinggi dimasa akan datang.
No.6 : Kurang tidur dan kerosakan otak
Menurut saintis neuro Dr. Sigrid Veasey, Profesor Madya Perubatan dan ahli Pusat Tidur dan Circadian Neurobiologi di Perelman School of Medicine, mereka telah dapat menunjukkan kehilangan tidur menyebabkan kehilangan sel otak iaitu sel neuron.
Kajian berasingan pula menunjukkan bahawa jika anda tidak dapat tidur yang berkualiti, anda berisiko lebih tinggi untuk mengalami demensia teruk lebih awal.
Tidur akan terganggu pada orang yang mungkin mempunyai penyakit awal Alzheimer tetapi belum lagi hilang ingatan atau masalah kognitif lain seperti dalam kes yang teruk, seperti dilapor oleh penyelidik dari Universiti Perubatan Washington dalam laporan St. Louis 11 Mac di JAMA Neurologi.
Bukti awal mencadangkan bahawa Alzheimer mungkin menyebabkan pesakit sukar tidur atau kekurangan tidur yang menggalakkan penyakit Alzheimer. Ini kerana masalah tidur adalah gejala biasa bagi pesakitt Alzheimer.
Tetapi saintis baru-baru ini telah mula mengesyaki bahawa kurang tidur juga boleh menjadi penunjuk awal Alzheimer. Kajian mereka adalah yang pertama menghubungkan kaitan antara Alzheimer dan masalah tidur.
No.7 : Kurang tidur dan kematian mengejut
Hanya satu malam sahaja tak tidur boleh menyebabkan seseorang mempunyai fenomena yang dipanggil "tidur mikro" atau terlelap keesokan harinya. Seseorang yang sangat mengantuk akan mula terlelap sekejap-sekejap selama hingga 30 saat.
Mata sesetengah orang sentiasa terbuka semasa terlelap, tetapi perkara yang membimbangkan mengenai perihal terlelap ialah semasa terlelap, orang itu pada dasarnya adalah 'buta', walaupun mata mereka terbuka, mereka tidak memproses maklumat. Mengantuk memperlahankan tindakbalas refleks seperti keadaan mabuk.
Kajian menunjukkan bahawa semasa terlelap, otak pergi ke dalam keadaan tidur dengan cepat dan tanpa kawalan. Orang ramai boleh memaksa diri mereka terjaga, tetapi mereka tidak akan bertahan lama sebelum terlelap lagi.
Keadaan ini boleh menjadi sangat berbahaya, terutamanya jika anda sedang mengendalikan mesin berbahaya atau sedang memandu kenderaan. Banyak kes kemalangan jalanraya berpunca daripada pemandu yang terlelap akibat terlalu mengantuk ketika memandu.