, , ,

Oppa Gangnam Style versi Melayu



Best kalau dapat balik beraya di kampung halaman bersama ahli keluarga. Untung aku sebab wife, Adibah Karimah pun orang Terengganu jadi setiap kali cuti tak payah nak bincang atau gilir nak balik rumah mak siapa. Dulu arwah mak pernah pesan kalau nak kahwin jangan cari isteri yang jauh-jauh takut susah nak balik kampung.

Hari Raya Aidiladha baru-baru ni aku macam biasa celebrate kat Terengganu. Mak mertua aku ikut kawan karib dia pergi Kemboja hari raya pertama sampai raya ke-enam. Hari raya pertama semua pakat tak buat korban sebab hari Jumaat, takut tak sempat nak siang dan masak daging kaum lelaki kena solat Jumaat. Keluarga sebelah aku dah rancang nak buat majlis korban dengan Hari Keluarga dan Penyerahan Geran pada hari raya ke-dua.

Hari raya ke-dua pagi-pagi kitorang dah sampai kat Kg. Lingai, tapak tanah lot yang ayah beri. Kat situ ayah dah siapkan sebuah surau kecil. Orang-orang kampung situ sama-sama turut serta menyembelih lembu dan masak di sebelah surau tu, Surau Haji Harun. Sementara nak tunggu masakan siap, kami sekeluarga adakan majlis sukaneka.

Family Day keluarga Hj Harun drp Hasbi dan Adibah premium beautiful top agent
ahli keluarga berkumpul..
Harimau Malaya sudah ready!
acara pertama, kutip gula-gula

pengadil mengira gula-gula dengan telitinya..
ayahanda

acara kutip lada hitam

semua berusaha bersungguh-sungguh nak menang!

kira sendiri ke?? ada chance nak cilop ni!

breakfast dulu sebelum acara seterusnya...
acara timbang belon pulak..

tak senang okey, belon tu melayang ditiup angin..

aiseh.. giliran aku...sikit lagi nak menang.. hehe
kutip gula-gula dalam tepung dengan mulut


acara kopek kelapa tua guna parang... peserta dua orang je

acara masuk benang dalam jarum jahit untuk kaum ibu... memang susah kalau dah berumur 50 tahun mata dah kelabu..


acara terakhir mainan jadi patung... yang kedua terakhir diminta jadi patung dengan muka garang...hmm, boleh agaklah siapa menang kan..


muka senyum je ni?

seriously garang!







Majlis penyampaian hadiah oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Harun dan Yang Berbakti Cikde ;)












Majlis penyerahan geran tanah kepada anak-anak.


Pertunjukan oleh adik Aqil Haarith, Oppa Gangnam Style..



Sebelum beredar ayah bahagi duit raya seringgit seorang untuk kiraan yang hadir..

Makan tengahari masakan gulai kawah kampung yang sangat sedap. Credit to orang-orang Kg. Lingai. Habis makan kitorang pun beransur pulang.
Semoga tahun depan boleh bersama-sama buat majlis begini.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan