, , , , , , , ,

Posisi tidur yang betul untuk menjaga kesihatan


Posisi tidur sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu miring ke kanan memberi kebaikan kesihatan
posisi tidur mengiring ke kanan yang betul
Islam menganjurkan posisi tidur yang betul iaitu mengiring ke kanan. Diantara hadis yang menyebut tentang hal ini adalah seperti di bawah:

"Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu."
(HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)


"Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya."
(HR. Abu Dawud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)

"Apabila kalian hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhulah seperti wudhu kalian untuk shalat kemudian berbaringlah kesisi kanan!"
(HR. Bukhari 247 dan Muslim 2710)


Para saintis mengakui posisi tidur mempengaruhi kesihatan tubuh dan tulang belakang. Saintis bersetuju ada dua posisi tidur yang boleh diamalkan oleh mereka yang mengalami sakit belakang ataupun ingin mencegah sakit belakang iaitu posisi mengiring dan posisi tidur terlentang. Kedua-dua posisi ini didapati dapat mengekalkan kedudukan tulang belakang dalam keadaan lurus, seterusnya dapat mencegah sakit belakang.

Kajian saintifik moden juga telah mengesahkan posisi tidur cara mengiring ke kanan dapat menjaga kesihatan jantung. Kajian telah dilakukan untuk menilai kesan autonomi sinaps sistem saraf jantung bagi tiga posisi tidur yang berbeza, iaitu posisi terlentang, posisi mengiring ke kiri dan posisi mengiring ke kanan.

Hasil kajian tersebut menunjukkan posisi mengiring ke kanan merangsang aktiviti saraf vagus jantung disamping mengurangkan aktiviti saraf simpatetik. Rangsangan saraf vagus jantung memberikan kesan anti-arritmia, iaitu mengekalkan rentak jantung yang seragam dan mencegah serangan jantung akibat arritmia ketika tidur. Sebaliknya posisi mengiring ke kiri dikaitkan dengan peningkatan aktiviti sistem saraf simpatetik dan meyebabkan penyakit kegagalan jantung kongestif bertambah teruk.

Posisi tidur yang mesti dielakkan ialah meniarap kerana ia menyebabkan leher anda meregang keatas dan terpusing ke luar. Ini memberi tekanan kepada sendi bahagian tengkuk tulang belakang dan akhirnya boleh meyebabkan sakit belakang. Tidur meniarap juga dilarang dalam Islam sebagaimana sebuah hadis "Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas baginda berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah."-Hadis riwayat Tarmizi.

Sebagai rumusan, posisi tidur yang paling baik adalah secara mengiring ke kanan. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak diceritakan disini selain ia menjaga kesihatan tulang belakang dan jantung. Apatah lagi bagi kita yang beragama Islam akan diberi ganjaran pahala daripada Allah SWT jika mengamalkan amalan sunnah ini. Wallahua'lam.

Rujukan:
1) http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3183634/#ref20
2) http://www.webmd.com/pain-management/features/back-dos-donts
3) http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0735109702027171

Share:
Read More
, , , , , , , ,

Apa itu Phenylketonuria atau PKU?


Mineral Coffee tidak sesuai bagi Fenilketonurik kerana mengandungi aspartame
Aspartame adalah pemanis tiruan yang berasal daripada asid aspartic dan phenylalanine.

Phenylketonuria (fenilketonurik) atau singkatannya PKU adalah penyakit genetik dimana kandungan asid amino phenylalanine dalam darah menjadi tinggi. Pesakit PKU tidak mempunyai atau kurang sejenis enzim ‘phenylalanine hydroxylase’ yang bertanggungjawab dalam metabolisma asid amino phenylalanine.

Phenylalanine ialah blok binaan protin (asid amino) yang penting utk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan. Ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh dan hanya diperolehi melalui makanan. Ia boleh didapati dgn mudahnya dalam semua jenis protin dan juga ada dalam pemanis tiruan aspartame.

Dengan adanya enzim yang normal, phenylalanine dicerna kepada asid amino tyrosine, yang kemudiannya digunakan oleh badan. Sekiranya enzim phenylalanine hydroxylase tiada atau tidak mencukupi, phenylalanine akan terkumpul dalam darah dan ianya toksik kepada tisu otak.

Tanda-Tanda Phenylketonuria

PKU adalah sangat jarang, berlaku kira-kira 1 dalam 10,000 orang sahaja. Penyakit PKU boleh diketahui seawal usia bayi beberapa hari dgn melakukan ujian penyakit PKU. Jika PKU tidak dirawat, phenylalanine akan terkumpul didalam tubuh sehingga ke tahap bahaya, mengakibatkan kecacatan intelektual dan masalah kesihatan yg serius.

Simptom PKU biasanya tiada pada bayi baru lahir. Bayi PKU mungkin kelihatan terlalu mengantuk, keletihan dan payah untuk menyusu. Tambahan, bayi PKU cenderung untuk mempunyai mata, kulit dan rambut yang berwarna cerah yang agak aneh disebabkan kurang pigmentasi. Juga ada kemungkinan bayi terbabit mengalami ruam kulit yang menyerupai ekzema, sejenis keradangan kulit yang gatal, merah dan melepuh.

Bahaya Phenylketonuria

Tanpa rawatan, kebanyakan bayi PKU akan mengalami kecacatan mental yang teruk. Bayi tersebut mungkin juga akan mengalami masalah neurologi lain seperti sawan (epilepsi), hiperaktif, kecekapan koordinasi yang teruk, cara berjalan atau postur badan yang tidak normal, tingkahlaku yang agresif ataupun penyakit psikiatri. Simptom tambahan seperti rasa loya, muntah dan bau badan yang hapak disebabkan adanya asid phenylacetic (produk sampingan phenylalanine) dalam urin dan peluh.

Bagi mencegah kecacatan mental, rawatan termasuk diet terkawal yang mengandungi kurang phenylalanine dimulakan dari usia beberapa hari atau minggu selepas lahir. Pakar mencadangkan diet kurang phenylalanine ini mesti diteruskan seumur hidup bagi penghidap PKU klasik. Kategori pesakit PKU klasik adalah mereka yang mengalami mutasi yang sangat teruk pada 2 gen phenylalanine hydroxylase. 

Diet Phenylketonuria

Pesakit PKU mestilah mengawal diet yg mengandungi asid amino phenylalanine. Diantara sumber makanan yg tinggi kandungan phenylalanine adalah:

- kacang soya
- keju parmesan
- kekacang dan bijian
- daging lembu dan ayam
- makanan laut
- telur

Phenylalanine juga terdapat dlm kuantiti yg sangat sedikit dalam pemanis tiruan aspartame. Ia adalah pemanis tiruan yg dihasilkan oleh gabungan asid amino aspartik asid dan phenylalanine. Aspartame byk digunakan sbg bahan pemanis dlm industri minuman, makanan ringan, gula-gula getah, minuman kurang kalori spt diet soda dan juga pengganti gula tebu.

Melainkan anda adalah pesakit phenylketonuria, tak perlulah risau tentang nota amaran pada kotak minuman kopi garam buluh Min Kaffe tersebut. Itu tandanya pengeluar produk tersebut mengambil berat tentang pelanggannya. Seorang phenylketonuria tentunya sudah sedia maklum dan arif tentang diet yg telah diamalkan sejak kecil lagi.



*Hakcipta Terpelihara

Share:
Read More
, , , , , , , , , ,

Habis akal baru tawakal


Salam.

Petang ini Insya-Allah kami akan berlepas ke Australia dari KLIA dan kembali pada hari Khamis depan. Sebenarnya saya sedang menunggu transfer semua fail video masa di Korea dari kad memori ke laptop. Punyalah malas nak buat awal-awal hari ni baru terkial-kial nak transfer. Hihihi.

Sebenarnya nak cerita hati sedikit gelisah nak pergi bercuti sebab anak bongsu yang bernama Amir Khalif baru je mula demam panas sejak malam tadi. Hari ni masih tak kebah, itu pun suhu badan kurang sebab dah bagi supp. paracetamol, tapi badan panas balik selepas kesan ubat habis beberapa jam.

Beberapa hari lepas saya ada dengar radio IKIM tentang kisah seorang hamba Allah yang diberi ujian ketika berada di Mekah. Kisahnya orang ini tak boleh tidur langsung atau insomnia ketika berada di Mekah menunaikan umrah. Dipendekkan cerita, sebenarnya orang itu seorang bos yang workaholic iaitu seorang yang sangat rajin bekerja dan setiap masa memantau kerja-kerja orang bawahannya walaupun bukan tugas beliau.  

Dalam erti kata lain, dia seorang yang langsung tidak berserah atau bertawakal kepada Allah SWT. Walaupun dia tidak melakukan dosa yang nyata tetapi hakikatnya kita sebagai makhluk Allah sepatutnya sentiasa berserah dan bertawakal kepada Allah dalam setiap perkara atau pekerjaan yang telah kita usahakan. Akhir cerita, orang itu bertaubat serta berserah kepada Allah dan Alhamdulillah akhirnya dia dapat tidur dengan lena.

Habis akal baru tawakal saya bila anak demam panas ketika mahu berangkat ke Australia
ubat punggung yang saya berikan pada baby
Apa yang saya ingin kongsikan disini sebenarnya tawakal adalah kunci kekuatan dan kelapangan jiwa. Kalau kita asyik memikirkan sesuatu perkara pastinya fikiran kita menjadi kusut dan jiwa tidak tenteram. Mungkin itulah yang terjadi kepada orang itu, asyik memikirkan hal kerja sehinggakan jiwa tidak tenang dan mengakibatkan sukar tidur.

Berbalik pada anak saya. Saya dah sediakan ubat-ubat yang perlu dan ada ibu mertua dan bibik yang menjaga anak-anak saya. Sekarang saya berserah dan bertawakal kepada Allah atas segala kehendak-Nya. Semoga jiwa saya tenang dan tenteram semasa di perantauan. Insya-Allah.  

p/s: fail sudah siap transfer ;)  


Share:
Read More
, , , , , , , ,

Awesomazing Kick Start 2014


Awesomazing Kick Start 2014

Lega rasanya bila seminar yang dirancang sejak awal tahun 2014 akhirnya berjaya diadakan pada tanggal 8 Februari 2014 lepas. Awesomazing Kick Start 2014 sebenarnya seminar yang sama dijadual pada 25 Januari lalu dengan nama "A Kick Start of 2014" di Hotel Armada. Namun ada kesilapan teknikal berkaitan tempahan hotel dan kami terpaksa tunda dan menukar tempat ke Bukit Kiara Equestrian Golf & Country Resort. 

Seminar ini diadakan khusus untuk rakan kongsi baharu dalam Awesomazing Team sebagai "kick start" untuk memulakan bisnes bersama-sama kumpulan. Banyak tips, strategi dan motivasi yang disampaikan oleh pemimpin kumpulan, Adibah Karimah. Beberapa penceramah lain juga turut menyampaikan tips untuk memulakan perniagaan secara online dan offline. Penceramah jemputan yang juga mentor dalam Green Leaders Academy Malaysia, Razali Zain juga dijemput untuk memberi kata-kata motivasi.

Awesomazing Kick Start 2014
CDM Adibah Karimah
Awesomazing Kick Start 2014 di Bukit Kiara
CDM Razali Zain
Awesomazing Kick Start 2014 di Bukit Kiara Equestrian
sebahagian peserta bergambar dengan AJK dan mentor
Seminar "Awesomazing Kick Start 2014" ini dianggap acara pembuka tirai bagi tahun 2014 dan Insya-Allah banyak lagi seminar dan business roadshow akan menyusul. Semuanya berkat usahasama dan kesungguhan setiap ahli kumpulan Awesomazing Team dalam kerjasama meningkatkan empayar bisnes kumpulan masing-masing di serata negeri. 

Seminar ini sememangnya telah berjaya memberi impak positif kepada semua peserta yang hadir. Semuanya melahirkan rasa semangat yang luarbiasa dan perasaan berkobar-kobar untuk mempraktikkan ilmu yang diajar. Masing-masing yakin akan berjaya melayakkan diri ke trip melancong Shanghai yang sedang berlangsung sekarang ini. Insya-Allah!  
  
Testimoni seminar Awesomazing Kick Start 2014
Akhir kata...
"Awesomazing hebat! Saya hebat! Pasti hebat!"


Share:
Read More
, , , , , ,

Najis berdarah tanda kanser usus


Najis bercampur darah atau sembelit kronik adalah tanda awal kanser usus

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, kanser usus adalah kanser ketiga tertinggi di Malaysia dan 90% daripada pesakit adalah berusia 40 tahun ke atas.

Kesedaran mengenai kanser usus masih kurang dimana kebanyakan pesakit hanya datang berjumpa doktor bila kanser sudah mencapai tahap 3 atau 4 yang mana sel kanser sudah merebak ke bahagian usus dan organ lain.

Oleh itu sangat penting untuk seseorang itu mengambil tahu tanda-tanda awal kewujudan kanser ini supaya ia dapat dirawat dengan berkesan.

Seseorang itu seharusnya berjumpa doktor dan sebaiknya dirujuk kepada pakar bedah sekiranya:

  • Najis bercampur dengan darah dan tabiat membuang air besar bertukar secara berterusan selama lebih 6 minggu.
  • Pendarahan berterusan melalui dubur tanpa simptom atau penyakit lain yang tidak berbahaya di bahagian luar dubur bagi yang berumur melebihi 65 tahun.
  • Mengalami berak cair dan/atau kerap membuang air besar secara berterusan selama lebih 6 minggu.
  • Sembelit kronik yang diselang-seli dengan najis berair. Pertumbuhan sel kanser menyebabkan laluan najis dalam usus atau rektum tersekat.
  • Kekurangan darah merah atau anemia berpunca kekurangan zat besi (iron deficiency anaemia) tanpa sebab nyata dan kandungan Hb <10g/dL. Pesakit biasanya mengalami kelesuan dan keletihan yang berpanjangan.
  • Mempunyai ketulan atau bengkak dalam perut atau rektum yang boleh dirasa dengan tangan. Pesakit mungkin rasa tidak selesa di bahagian perut dan dubur. Najis kelihatan kurus dan nipis daripada biasa.
  • Kehilangan berat badan tanpa sebab. Contohnya berat susut 10kg dalam masa 2 bulan tanpa bersenam, diet dan sebagainya.
Bercakap pasal kanser usus, saya terkenang arwah kakak dan suami yang meninggal akibat kanser walhal dalam keluarga saya mahupun sebelah suaminya tiada keturunan kanser. Allah lebih menyayangi mereka dan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman.
  

Share:
Read More