Petang ini Insya-Allah kami akan berlepas ke Australia dari KLIA dan kembali pada hari Khamis depan. Sebenarnya saya sedang menunggu transfer semua fail video masa di Korea dari kad memori ke laptop. Punyalah malas nak buat awal-awal hari ni baru terkial-kial nak transfer. Hihihi.
Sebenarnya nak cerita hati sedikit gelisah nak pergi bercuti sebab anak bongsu yang bernama Amir Khalif baru je mula demam panas sejak malam tadi. Hari ni masih tak kebah, itu pun suhu badan kurang sebab dah bagi supp. paracetamol, tapi badan panas balik selepas kesan ubat habis beberapa jam.
Beberapa hari lepas saya ada dengar radio IKIM tentang kisah seorang hamba Allah yang diberi ujian ketika berada di Mekah. Kisahnya orang ini tak boleh tidur langsung atau insomnia ketika berada di Mekah menunaikan umrah. Dipendekkan cerita, sebenarnya orang itu seorang bos yang workaholic iaitu seorang yang sangat rajin bekerja dan setiap masa memantau kerja-kerja orang bawahannya walaupun bukan tugas beliau.
Dalam erti kata lain, dia seorang yang langsung tidak berserah atau bertawakal kepada Allah SWT. Walaupun dia tidak melakukan dosa yang nyata tetapi hakikatnya kita sebagai makhluk Allah sepatutnya sentiasa berserah dan bertawakal kepada Allah dalam setiap perkara atau pekerjaan yang telah kita usahakan. Akhir cerita, orang itu bertaubat serta berserah kepada Allah dan Alhamdulillah akhirnya dia dapat tidur dengan lena.
ubat punggung yang saya berikan pada baby |
Apa yang saya ingin kongsikan disini sebenarnya tawakal adalah kunci kekuatan dan kelapangan jiwa. Kalau kita asyik memikirkan sesuatu perkara pastinya fikiran kita menjadi kusut dan jiwa tidak tenteram. Mungkin itulah yang terjadi kepada orang itu, asyik memikirkan hal kerja sehinggakan jiwa tidak tenang dan mengakibatkan sukar tidur.
Berbalik pada anak saya. Saya dah sediakan ubat-ubat yang perlu dan ada ibu mertua dan bibik yang menjaga anak-anak saya. Sekarang saya berserah dan bertawakal kepada Allah atas segala kehendak-Nya. Semoga jiwa saya tenang dan tenteram semasa di perantauan. Insya-Allah.
p/s: fail sudah siap transfer ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan