Menurut statistik Kementerian Kesihatan, kanser usus adalah kanser ketiga tertinggi di Malaysia dan 90% daripada pesakit adalah berusia 40 tahun ke atas.
Kesedaran mengenai kanser usus masih kurang dimana kebanyakan pesakit hanya datang berjumpa doktor bila kanser sudah mencapai tahap 3 atau 4 yang mana sel kanser sudah merebak ke bahagian usus dan organ lain.
Oleh itu sangat penting untuk seseorang itu mengambil tahu tanda-tanda awal kewujudan kanser ini supaya ia dapat dirawat dengan berkesan.
Seseorang itu seharusnya berjumpa doktor dan sebaiknya dirujuk kepada pakar bedah sekiranya:
- Najis bercampur dengan darah dan tabiat membuang air besar bertukar secara berterusan selama lebih 6 minggu.
- Pendarahan berterusan melalui dubur tanpa simptom atau penyakit lain yang tidak berbahaya di bahagian luar dubur bagi yang berumur melebihi 65 tahun.
- Mengalami berak cair dan/atau kerap membuang air besar secara berterusan selama lebih 6 minggu.
- Sembelit kronik yang diselang-seli dengan najis berair. Pertumbuhan sel kanser menyebabkan laluan najis dalam usus atau rektum tersekat.
- Kekurangan darah merah atau anemia berpunca kekurangan zat besi (iron deficiency anaemia) tanpa sebab nyata dan kandungan Hb <10g/dL. Pesakit biasanya mengalami kelesuan dan keletihan yang berpanjangan.
- Mempunyai ketulan atau bengkak dalam perut atau rektum yang boleh dirasa dengan tangan. Pesakit mungkin rasa tidak selesa di bahagian perut dan dubur. Najis kelihatan kurus dan nipis daripada biasa.
- Kehilangan berat badan tanpa sebab. Contohnya berat susut 10kg dalam masa 2 bulan tanpa bersenam, diet dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan