Salam Jumaat! Lama sangat rasanya tak update blog ni. Biasalah sebelum cuti sekolah bermula mesti nak selesaikan semua urusan baru aman dan tenang bila balik bercuti. Cuti sekolah seminggu belum lagi berakhir tapi saya dah masuk kerja sejak dua hari lepas lagi. Kami balik kampung aja jenguk mak ayah dan singgah bermalam di Pantai Cherating semasa pulang ke KL pada hari Isnin lepas.
Sejak dari awal lagi kami bercadang nak bermalam di chalet tapi tak pernah bercuti di Pantai Cherating jadi tak tahu nak stay kat mana. Cari dalam internet tak banyak chalet yang ada, ada pun sudah fullhouse. Akhirnya kami pergi cari satu-satu dan semuanya tak best. Dalam banyak-banyak yang tak best tu adalah yang boleh tahan sikit, iaitu Ranting Chalet ke apa namanya sebab ia betul-betul mengadap laut.
Kalau bukan kerana nak mandi pantai, memang kami akan cari hotel je. Ada breakfast dan lebih selesa berbanding chalet-chalet yang dah agak usang kat sini. Chalet yang kami duduk ni pun bukannya murah, RM160 satu malam memang mahal tak kena dengan keadaannya. Air paip dahlah perlahan lepas tu ada beribu nyamuk duk menunggu dalam tu. Nasib baik beli Ridsect malam tu.
seronok je baby Amir Khalif nak mandi pantai
pemandangan luar balkoni chalet kami duduk
alas perut dulu sebelum mandi pantai
pemandangan Pantai Cherating di waktu petang
mandi dan berkelah sambil makan aiskrim. Penjual aiskrim bermotosikal lalu tepi pantai je
baby tak layan aiskrim, syok main air
kawasan ni memang sesuai untuk kanak-kanak sebab pantainya landai dan ombak kecil
pasirnya..emm tak boleh compare dengan pasir Gold Coast yang halus dan putih macam gula halus
baby Amir Khalif dan lapar masa ni, makan cekedis dengan tangan penuh dengan pasir!
rawatan tradisional sakit belakang? haha cuba je lah tak salah
senyum nak ambil gambar ni?! Bukti pelancong ditanam hidup-hidup :p
makan malam western dengan 'ikan barat' bakar. Gambar lain-lain tak sempat snap sebab bateri handphone dah mati
Itu saja untuk kali ini. Insya-Allah saya akan update lagi dalam masa terdekat ni. Sekarang ni memang sibuk dengan kerja dan projek ATeam, Projek Angsa Emas. Nak tahu projek apa, jom check dengan kami di Instagram #AwesomazingTeam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan