, , , , , ,

Kelas belajar buat blog bersama ATeam


Kelas belajar buat blog bersama ATeam sebenarnya percuma kepada semua ahli Awesomazing Team khususnya ahli baharu. Tahniah kepada semua yang telah hadir semoga ilmu yang diberikan dapat membantu menaikkan nama anda dalam dunia perniagaan internet. Kelas ini telah diadakan di Shah Alam pada 19/12/15 yang lalu dan fokus kepada cara membuat dan menulis blog secara teori dan praktikal.

Kelas buat blog sehari bersama ATeam di Shah Alam

Alhamdulillah. Ramai yang hadir pada awalnya tidak tahu apa-apa tentang blog akhirnya siap satu blog yang memuaskan ketika selesainya kelas pada hari itu. Terima kasih kepada isteri saya CDM Adibah dan beberapa orang mastermind dalam kumpulan Awesomazing Team iaitu DDM Zahirine, DDM Raden Nazarinna dan SSM Nurul kerana turut membantu menjayakannya.

Tajuk-tajuk yang disampaikan pada hari itu adalah:

  1. Asas dunia blog
  2. Cara membina blog menggunakan Blogspot
  3. Idea menulis artikel blog
  4. SEO
  5. Menggunakan media sosial untuk SEO


Kelas buat blog sehari bersama ATeam di Shah Alam secara percuma
Sesi motivasi drp CDM Adibah Karimah

Kelas buat blog sehari bersama Awesomazing Team
Saya yang sampaikan tutorial pada hari itu

Kelas bina blog percuma sehari bersama Awesomazing Team
Makan tengahari bersama ATeam
Kelas bina blog secara percuma sehari bersama Awesomazing Team
Semua sedang kusyuk bagaikan tengah exam..hehe

Kelas bina blog percuma sehari bersama Awesomazing Team di KL

Jamuan selepas Kelas bina blog percuma sehari bersama Awesomazing Team
Wefie dulu sebelum terkam kek-kek tu

Jamuan kek aiskrim Baskin Robin Jamuan selepas Kelas bina blog percuma bersama Awesomazing Team
Kek pelangi wajib ada tapi kali ni ada surprise kek aiskrim Baskin & Robin yang sangat sedap. Donut Krispy Kreme pun sedap!

ATeam Singapore Rohaiza Kasdi bersama Awesomazing Team
Tahniah Rohaiza Kasdi. Salah seorang ahli ATeam baharu yang sedang naik.

Saya banyak menggunakan contoh daripada blog www.adibahkarimah.com sebagai bukti keberkesanan teknik SEO yang saya gunakan. Ini ialah diantara keywords yang dicari dan page drp blog tersebut berada dalam muka pertama search result page.

Premium Beautiful
Bio Velocity Sleep Mate
Bio Seleza Feminine Pad
Garam Buluh
Mineral Coffee

Kelas blog seterusnya akan dijalankan dalam masa yang terdekat. Mungkin pada awal tahun 2016 supaya ilmu yang telah diajar dapat diasah dan dipraktikkan secepat mungkin bagi persediaan projek terbaharu tahun 2016. Nak tahu projek apa? Jom risik-risik ATeam manalah tahu projek itu bakal merubah hidup anda selama-lama.

#AwesomazingTeam
#ATeamMillionProject



Share:
Read More
, , , , , , , ,

Pengalaman pertama kali bermain salji


Susulan entry saya terdahulu [BACA SINI] iaitu ceritera pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke negara Eropah. Memang saya sudah lama memasang impian untuk bermain salji sejak kanak-kanak lagi selepas melihat gambar kakak bermain salji ketika belajar di England. Impian akhirnya menjadi kenyataan..

Chapter Two : 

Pengalaman pertama kali bermain salji


Hari kedua berada di Switzerland kami dibawa pergi ke pergunungan Mount Titlis. Ia adalah tempat pelancongan yang sangat indah kerana sentiasa dilitupi salji. Kami naik ke puncak Mount Titlis menaiki kereta kabel. Di sini juga orang ramai berpeluang bermain ski di lereng gunung.

Melancong ke Mount Titlis Switzerland bersama SHOM
pemandangan sangat indah di kaki pergunungan salji

Melancong ke Mount Titlis Switzerland bersama Adibah Karimah
sebelum mendaki Mount Titlis menaiki kereta kabel Titlis Rotair

Melancong ke Mount Titlis Switzerland bersama Sahajidah Hai-O
menikmati pemandangan pergunungan Alps 

Melancong percuma ke Mount Titlis Switzerland bersama SHOM
perkampungan masyarakat negara maju memang lain macam 

Melancong percuma ke Mount Titlis Switzerland bersama Hai-O Marketing
ketinggian Mount Titlis 3020 meter

Melancong percuma ke Mount Titlis Switzerland 2010
belum pandai main ski ambil gambar je dulu

Melancong percuma ke Mount Titlis Switzerland bersama CDM Adibah
putih bak salji..betullah

Melancong percuma ke Mount Titlis Switzerland bersama isteri Adibah
tak puas tengok gambar ni

Melancong percuma bersama Adibah ke Mount Titlis Switzerland
macam berdiri depan poster je

Melancong percuma bersama CDM Adibah ke Mount Titlis Switzerland
kat sini takde jerebu macam negara kita ke..

Melancong bersama Adibah ke Mount Titlis Switzerland bersama SHOM

Moga-moga kami dapat datang lagi ke sini terutamanya bersama kawan-kawan yang lain dalam Awesomazing Team. Insya Allah tahun depan kalau ada rezeki panjang umur kami nak terbang ke Osaka pula. Sesiapa di luar sana yang berminat nak join kumpulan kami silalah risik2 kami atau call je nombor saya ni ==> 012-3433661



Share:
Read More
, , , , , , , , , ,

Ceritera pengalaman di Switzerland


Melancong adalah tarikan utama kenapa saya join bisnes ini. Saya suka melancong ke negara asing melihat melalui pengalaman yang berbeza di tempat asing. Kalau hanya setakat tengok gambar atau dokumentari dalam media memang tak puas sebab tak dapat rasa sendiri dengan semua pancaindera yang ada seperti bermain salji, menikmati makanan mereka dan melihat persembahan mereka secara live.

Negara Eropah pertama yang saya dan Adibah pergi ketika mula-mula berbisnes adalah Switzerland pada tahun 2010. Memang kebiasaan kompeni akan jalankan trip ke dua buah negara serentak dan Jerman adalah negara kedua kami pergi dalam trip ini. Semuanya rancangan telah diatur rapi dan percuma termasuklah tiket kapal cruise dan sebagainya.

Chapter One :
Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke Eropah


Kami berlepas dari KLIA menaiki penerbangan Qatar Airways singgah di Doha International Airport sebelum meneruskan penerbangan ke Zurich, Switzerland. Sampai di sana terus pergi membeli-belah di Bally Factory Outlet dan beberapa lagi tempat shopping. Kemudian dibawa melawat beberapa tempat menarik di bandar Zurich dan berhenti solat di masjid besar. Kami bermalam di Hotel Astoria di Zurich.

Trip melancong percuma ke Switzerland bersama Sahajidah Hai-O
cantik kan songkok pramugari tu...

Trip melancong percuma ke Switzerland bersama Sahajidah Hai-O Marketing
selfie jarak jauh dalam stesen kapal terbang Doha

Melancong percuma ke Switzerland bersama Sahajidah Hai-O
first time dapat trip percuma

Trip melancong percuma ke Zurich Switzerland bersama Sahajidah Hai-O
pekan yang sejuk dan tenang sekali

Bercanda di jambatan Sungai Limmet Zurich Switzerland
ber'dating' di Sungai Limmet Zurich

Kenangan di jambatan Sungai Limmet Zurich Switzerland
Sungai Limmet ini membelah dua Zurich 

Membeli-belah permata Swarovski di Zurich Switzerland
sini terkenal dengan batu permata Swarovski

Shopping jam Rolex dan Rado di Bucherer Switzerland
wisma Bucherer tempat jual jam mewah Rolex, Rado dsb

Kilang jenama Bally di Zurich Switzerland
kilang Bally

Melancong free bersama Awesomazing Team di Switzerland
shopping pakaian sukan berjenama di factory outlet 

Melancong free bersama Awesomazing Team di Zurich Switzerland
berhenti solat di Masjid Mahmud

Menginap di Hotel Astoria ketika melancong free ke Switzerland
menginap di Hotel Astoria

bersambung...
Next entry - Chapter Two : Pengalaman pertama kali bermain salji 


Share:
Read More
, , , , , , , ,

Jangan beli BMW sebelum baca ini


Saya pasti ada pemilik kereta BMW pernah alami perkara yang sama saya tempuhi di pusat servis BMW baru-baru ini. Ketika dibeli 3 tahun yang sudah kereta BMW F30 kami diberi waranti selama setahun dan servis termasuk alat ganti percuma selama 3 tahun atau 60,000 km yang mana terdahulu. Tiada sebarang isu sehinggalah..

Usia kereta mencecah 3 tahun dan bersedia untuk major servis. My dearest Adibah telah bawa kereta tu untuk diservis pada 21 Oktober. Anggapan saya servis masih lagi percuma kerana mileage ketika itu 59,777 km dan saya agak tarikh kereta dibeli adalah sama dengan tarikh di roadtax kereta iaitu 21 Oktober.

Kecewanya kami ketika di pusat servis kami dimaklumkan bahawa usia kereta itu sudah melebihi 3 tahun dan tiada lagi servis percuma. Mereka nyatakan tarikh kereta dibeli adalah pada 17 Oktober 2012 iaitu sudah terlebih 4 hari. Kami boleh teruskan servis tapi perlu membayar kos keseluruhan iaitu lebih kurang RM 2000!

Daripada pengalaman diatas saya ingin berkongsi beberapa perkara yang saya sendiri tak tahu selama ini agar semua pemilik BMW atau sesiapa yang berhajat membeli kereta BMW tidak terkena seperti saya nanti.

Anda perlu tahu bahawa:

  • Semua maklumat kereta disimpan dalam kunci kereta. Ia umpama pen drive setiap kali kita servis kereta maklumat akan dikemaskini. Jadi tiada buku rekod servis perlu dibawa setiap kali servis. 
  • Tempoh servis percuma tidak sama. Jika 3 tahun percuma maka jangan sampai terlebih walaupun sehari. Katanya sistem komputer sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah atau dirunding jika tempoh sudah tamat. Contohnya jika kereta dibeli pada 17/10/2012 maka andaian saya tempoh servis percuma akan tamat pada 17/10/2015.
  • Tarikh sebenar kereta anda dibeli. Mereka cakap saya beli pada 17 Oktober 2012 tetapi tarikh pada Perjanjian S&P adalah 19 Oktober 2012. Ini bermakna hari saya bayar duit deposit pada 17/10/2012 adalah dikira tarikh beli.

Sistem komputer iDrive BMW F30 320i

  • Anda boleh tengok rekod servis kereta anda dalam iDrive, iaitu komputer dalam kereta BMW. Perhatikan untuk servis-servis tertentu ia memaparkan 2 jangka ukur iaitu Tarikh servis berikutnya dan satu lagi jumlah jarak perjalanan dalam km yang berbaki sebelum perlu diservis.
  • Jarak perjalanan (km) yang berbaki pada iDrive tidak menurun secara sejajar dengan jarak perjalanan sebenar. Contohnya selepas tukar minyak enjin iDrive akan memaparkan baki jarak baharu sebanyak 10,000 km tetapi masih berbaki 3,000 km setelah memandu hampir 30,000 km.

Sistem iDrive BMW yang canggih

Sistem iDrive BMW yang canggih melaporkan rekod servis

  • Paparan pada iDrive akan bertukar kepada amaran 'change overdue' jika anda melepasi Tarikh servis tidak kira berapa jarak km yang berbaki. Contonya jika service due pada iDrive menunjukkan tarikh 10/15 (bulan 10 tahun 2015) atau baki jarak 3,000 km ia hanya akan mengeluarkan amaran 'change overdue' pada 1 November 2015.
  • Saya hanya diberitahu untuk melihat baki km untuk tujuan servis tanpa menyebut berkaitan Tarikh servis. Maksudnya tak payah servis selagi tak keluar amaran 'change overdue' menurut pegawai incaj bahagian servis. Bijaklah tu sebab memang confirm masa tu dah tamat tempoh servis percuma. Padahal boleh je servis kalau dah masuk bulan Oktober 2015.
  • Akhir sekali, jika anda mengalami masalah ini atau apa-apa jua masalah jangan bertekak di situ sebab anda tetap akan kalah dengan sistem komputer BMW. Senang saja, keluarkan hp dan hantarkan komplen anda terus kepada BMW Voice. Insya Allah masalah selesai terus tak sampai berapa jam pun. Memang saya puji bahagian aftersales sebab mereka cepat menyelesaikan masalah ini.

Sistem iDrive BMW yang canggih lepas tukar minyak hitam

Sistem iDrive BMW yang canggih utk tukar brek belakang

Sistem iDrive BMW yang canggih utk rekod servis brake fluid

Enjin lebih senyap dan lancar guna JTX Airtracker dan JTX engine oil

Lepas ni servis dah takde percuma. Katanya kos untuk servis minyak saja dah dekat seribu. Memang lepas ni pakai minyak JTX tambah dengan JTX Airtracker untuk lebih jimat minyak dan penjagaan enjin kereta. Klik sini untuk baca tentang ==>> JTX Airtracker.

Sebagai penutup, akhirnya kereta kami diservis secara percuma. Selamat RM2000 daripada melayang tak semena-mena. Jadi, kalau anda dah baca dan faham semua fakta diatas maka bolehlah pegi beli sebijik dua kereta BMW hari ni. Bak kata orang kalah membeli menang memakai.
P/s: kalau nak saya temankan anda test drive BMW boleh juga ;)




Share:
Read More
, , , , , , , , , ,

Apa itu alas tilam BVSM - Bio Velocity Sleep Mate?


Semakin ramai yang ingin tahu mengenai pelapik tilam berteknologi tinggi Bio Velocity Sleep Mate atau ringkasnya disebut BVSM. Saya sendiri sudah beberapa tahun menggunakan pelapik BVSM ni dan memang saya akui ianya berkesan. Tidur lebih lena dan badan rasa lebih cergas dan bertenaga keesokannya.

Bio Velocity Sleep Mate adalah pelapik tilam berteknologi tinggi

Kalau nak tahu lebih lanjut apa itu BVSM silalah tonton video ringkas ini.

 

Untuk info tambahan boleh baca artikel ini Kelebihan Bio Velocity Sleep Mate. 
Hubungi saya sekarang
*pertanyaan produk
*demo percuma
*tempahan


Share:
Read More
, , , , , , , , , , ,

Menonton pertunjukan Vietnamese Water Puppet


Sudah 3 minggu balik dari Vietnam tapi sekarang baru rasa nak kongsi pengalaman. Mungkin sebab Vietnam ni biasa-biasa aje bagi kebanyakan orang. Nak pergi sendiri pun tak perlu belanja besar kalau betul-betul nak jimat bajet. Tapi trip kami ni ditaja sepenuhnya oleh Sahajidah Hai-O jadi memang seronok sebab macam-macam program yang diaturkan untuk kami.

Salah satu tempat yang kami dibawa pergi adalah Water Puppet Theatre untuk menonton pertunjukan wayang air. Hiburan tradisi ni serupa wayang kulit kat negara kita juga, dimainkan bersama muzik dan ada ceritanya. Kalau datang melancong ke Ho Chi Minh memang wajib tengok pertunjukan Water Puppets ni. Jom layan gambar-gambar dalam Water Puppet Theatre tu.  

Bersama HBO Team di Water Puppet Theatre di Ho Chi Minh
bersama Team HBO depan Water Puppet Theatre 

Selfie bersama wife di Water Puppet Theatre di Ho Chi Minh
selpiss sebelum acara bermula...

Menonton Water Puppet Theatre di Ho Chi Minh
tukang karut sebelah kiri teater

Dalam Water Puppet Theatre di Ho Chi Minh
tukang karut sebelah kanan. Jumlahnya 6 orang semua

Persembahan Water Puppet Theatre di Ho Chi Minh
dari jauh nampak kecil tapi sebenarnya saiz patung paling kecil pun besar betis 

Persembahan menarik Water Puppet Theatre di Ho Chi Minh
siapa sangka pemain-pemain patung tu berada di belakang tirai hijau

Water Puppet Theatre di Vietnam
ini kali kedua saya menonton Water Puppet Show kat sini

Water Puppet Theatre di Ho Chi Minh memang best
rasanya jalan cerita dia tak sama dengan yang dulu saya pernah tengok

Melihat Water Puppet Theatre di Ho Chi Minh
kalaulah apa yang diorang cerita tu saya faham mesti lagi seronok

Pemain patung Water Puppet Theatre di Ho Chi Minh
inilah barisan pemain patung-patung tu

Barisan pemain patung Water Puppet Theatre di Ho Chi Minh
semuanya nampak veteran. Biasalah orang muda kurang minat nak belajar main

Saya ada rakam video persembahan tu tapi belum sempat nak upload dalam Youtube. Nanti ada kelapangan saya akan update lagi pasal video tu. Next saya akan update pasal Pasar Ben Thanh iaitu destinasi paling wajib pergi di Ho Chi Minh.



Share:
Read More