, , , , , , , , ,

Pembantu rumah curi duit majikan


Kantoi amah curi duit majikan cerita drp ejen premium Beautiful Adibah Karimah dan Hasbi Harun
Gambar Hiasan
Ketika berada di kampung meraikan emak mertua pulang dari umrah, selepas kenduri tahlil kesyukuran dan arwah ayah mertua, kami duduk berkumpul di ruang tamu. Masing-masing keletihan selepas melayan para jemputan dan mengemas kerusi meja. Tiba-tiba dengan seriusnya mak mertua saya cakap nak bincang sesuatu. Semua adik beradik dan ipar yang lain pun jadi serius.. saya dan wife je tak faham kenapa. 

Rupa-rupanya, pembantu rumah kakak ipar saya yang duduk di Ulu Kelang tu dah disyaki mencuri duit. Abang ipar saya dah hilang RM200 dari dalam dompetnya yg diletak atas meja. Tambahan pula, bila diperiksa terjumpa sejumlah wang tunai lebih RM500. Setahu kakak ipar, dia tak pernah ambil duit gaji cash semua masuk bank sejak dia mula kerja 5-6 bulan lepas. Lagi nak jadi cerita, kantoi dia pergi beli handphone baru kat kedai berhampiran rumah mak.

Selepas hampir sejam disoal-siasat ala-ala polis akhirnya dia mengaku dah ambil duit yg dia jumpa dalam poket baju kotor nak dibasuh. Selebihnya dia kata org sedekah dan duit angpow raya tapi bersumpah tak curi duit dalam dompet. Kami tak percayalah takkan duit angpow raya sampai lima ratus ringgit, boleh beli handset baru lagi harga RM80.

Satu lagi masalahnya, dalam handphone baru tu berlambak nombor dia call ke iklan cari kerja. Buktinya, masa jumpa handphone tu diletak atas helaian suratkhabar ruang iklan cari kerja. Siap ada call ke Singapura lagi. Bengang betul ipar saya tu. Saya agak, minah ni curi duit nak buat bekal melarikan diri cari tempat kerja lain. Tak mustahil sebab wife saya pernah dapat nombor seorang amah, dia iklankan diri dia senyap-senyap tanpa pengetahuan majikan dia. Dia dah letih kerja amah, anak majikan ramai alasannya.

Keputusannya, ipar saya dah taknak gaji dia. Sementara cari pembantu rumah baru dia tinggalkan minah ni kat kampung. Semoga si amah tu dapat pengajaran yg terkesan pada hati sanubarinya dan terus bertaubat. Kalau majikan lain, entahlah mungkin dah kena hantar balai polis atau kena belasah. Nasib dia baiklah ipar saya tak ganas.

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan