, , ,

Kenapa kita bekerja?

Kenapa kita bekerja persoalan kepada diri sendiri drp premium beautiful top GLG agents
Gambar Hiasan
Dulu zaman sekolah rendah bila cikgu tanya dalam kelas bila besar nanti nak jadi apa, semua akan jawab profession yang hebat-hebat macam lawyer, engineer, arkitek, doktor dsb. Tiba-tiba dalam kelas saya tu ada seorang kawan ni jawab nak jadi ahli bomba. Semua orang pandang dia, mungkin sebab ahli bomba tu tak sehebat orang lain. Cikgu pun buat-buat terkejut pastu tanya dia kenapa nak jadi ahli bomba. Dia jawab sebab nak tolong orang. 

Saya rasa jawapan tu yang terbaik dan jujur sebab dia nak tolong orang dia nak jadi ahli bomba, bukannya terpengaruh dengan orang lain yang nak jadi orang hebat-hebat sebab glamer dan gaji besar. Hakikatnya tu cuma cita-cita ketika zaman sekolah, sekarang bila jumpa kat Facebook hanya segelintir saja yang jadi apa yang mereka citakan dulu.

Sebab orang bekerja ada macam-macam. Secara umumnya orang bekerja sebab nak cari makan, nak sara kehidupan diri dan keluarga. Tak kurang yang bekerja atas dasar tanggungjawabnya terhadap masyarakat, agama dan negara. Juga ramai yang bekerja secara sukarela tanpa sebarang gaji demi membela nasib seseorang atau sesuatu. Ataupun bekerja kerana hobi atau minat pada kerjanya walaupun mereka sebenarnya sudah kaya-raya dan tidak perlu bekerja. Ada orang bekerja untuk kekal aktif secara fizikal dan mental atau sekadar mengisi masa lapang.

Namun, apa jua kerja yang dilakukan mestilah ada minat. Sebabnya kalau tak ada minat kemungkinan kerja yang dilakukan setakat ala kadar sahaja. Mutu kerja yang kurang, malas, layanan buruk kepada pelanggan dan pelbagai masalah akan timbul. Hakikatnya sekarang ini masih ramai yang bekerja kerana terpaksa untuk menanggung kos sara hidup dan bebanan hutang yang tinggi. 

Kalau sepuluh tahun dulu gaji rm3000 sebulan dikira besar tapi sekarang kalau tinggal di bandar metropolitan seperti KL golongan ini termasuk kategori orang miskin. Harga barang dan minyak terus meningkat dengan ganasnya tetapi kenaikan gaji tetap cool and steady!

Isteri saya, Adibah adalah graduan ijazah dalam bidang IT. Bidang yang digembar-gemburkan di zaman IT tapi hakikatnya Malaysia masih lagi baru dalam industri multimedia dan kurang infrastrukturnya. Akibatnya kurang peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang IT menyebabkan ramai graduan IT mengannggur. Ramai yang terpaksa memilih kerjaya lain luar dari bidang IT. Ilmu yang ditimba selama bertahun-tahun dalam bidang IT dibazirkan begitu saja. Skrol ijazah IT hanya tinggal nama, sekadar sekeping kertas untuk memberitahu tahap pendidikan pemiliknya..

Persoalan di atas, kenapa kita bekerja? Jawapannya kita bekerja untuk memenuhi keperluan. Definisi keperluan itu bergantung pada diri masing-masing. Keperluan diri, keluarga, masyarakat, negara, agama, hobi dsb. Saya bekerja sebagai doktor kerana mak suruh keperluan tanggungjawab pada diri, keluarga dan masyarakat. Isteri saya, Adibah berbisnes korset Premium Beautiful asalnya kerana keperluan menyara kos sara hidup tapi sekarang dia begitu minat dengan bisnes ini. Pelbagai insentif dan bonus yang diterima kini telah melangkau keperluan. Ini menaikkan semangat dan minat kami untuk terus berjaya dalam perniagaan ini.

Share:

2 ulasan: