, ,

Happy Birthday to Adibah Karimah

Happy Birthday Adibah Karimah drp Hasbi Premium Beautiful top agents
Happy Belated Birthday to my lovely wife Adibah Karimah. Sebenarnya bukan tak ingat atau sengaja buat tak ingat nak post entry ni tapi taknak kacau mood yang tak berapa tenang pasal orang gaji ni. Hehe.. yelah sejak dua menjak ni cerita pasal kena tipu, pastu stress dengan POS Malaysia kad kuning hilang, lagi tensen bila kes mahkamah kena tangguh. Tiba-tiba nak cerita benda happy-happy birthday rasa tak kena pulak..
Happy Belated Birthday Adibah Karimah drp Hasbi Premium Beautiful
Adibah Karimah a.k.a. wife saya ni dah masuk umur 26 tahun pada tanggal 28 Ogos 2012. Ini kali ketujuh kami sambut ulangtahun hari jadinya sejak kahwin kira-kira 6 tahun lepas. Dalam blog Adibah ada juga post pasal birthday dia, tapi gambar kek tu sebenarnya diambil masa majlis kenduri tahlil kesyukuran dan arwah kat rumah mak mertua saya. Alang-alang nak balik kampung saya hadiahkan sebiji kek Secret Recipe special utk dia. Hadiah sebenar tak keluar lagi, rasanya nak combine sekali hadiah lepas bersalin nanti sebab yang ni sangat special.. hehe

Sepanjang berkahwin dengan Adibah ni macam-macam asam garam yg kami dah lalui bersama. Ada suka dan duka tapi kami tetap bahagia. Pada saya, saling faham-memahami adalah kunci kebahagiaan kami. Harapan saya semoga kami terus maju dan berjaya dalam bisnes Premium Beautiful ni dan kekal bahagia sampai ke akhir hayat. Aminn...

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan